Pemuda Umno percaya cadangan yang akan dijadikan komponen utama rangka kerja bagi Jawatankuasa Khas Parlimen bukan hanya terikat dengan tuntutan gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata sebaliknya cadangan yang akan menjadi rangka kerja dalam jawatankuasa khas itu adalah daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda Umno, Suhakam dan beberapa NGO yang berdaftar.
"Pemuda Umno setuju dengan penubuhan jawatankuasa khas itu untuk mengkaji penambahbaikan kepada sistem pilihan raya di negara ini.
"Tetapi kami percaya penubuhan itu bukan kerana cadangan-cadangan daripada BERSIH 2.0 sebaliknya daripada pelbagai pihak lain" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jom Ihya Ramadan Pergerakan Pemuda Umno di Masjid Lahar Tabut di Kepala Batas hari ini.
Sumber : Malaysiakini
Ulasan :
Rakyat (pengundi) tidak mengambil peduli siapa punya idea atau cadangan penubuhan JK Parlimen untuk membaik pulih kredibilti SPR. Yang penting SPR betulkan segala kepincangan yang berlaku selama ini yang memberi advantage kepada UMNO untuk menang mudah.
Pada PRU ke-13 nanti rakyat hendak melihat satu pertandingan yang adil dan sihat. Kita tidak mahu melihat lagi seluruh jentera kerajaan turun padang membantu UMNO. Biar perlawanan tersebut berlangsung dalam ‘padang yang sama rata’ bagi menunjukkan kejantan Najib Tun Razak seperti yang dilaung-laungkan selama ini.
Selama ini kita melihat pengadil, penjaga garisan, penonton dan barua-barua UMNO turut turun padang membantu UMNO menyumbat gol. Setiap masa apabila bola di kaki lawan untuk menyumbat gol, wisel dibunyikan dan pintu gawang sering dialih-alihkan bagi mengelak lawan meyumbat gol.
Tetapi, apabila bola di kaki UMNO, pengadil dan penjaga garisan buat tidak ambil kisah pun, walaupun secara terang-terangan UMNO melakukan kesalahan dalam peraturan permainan.
UMNO, khususnya Khairy sebagai KetuaPemuda perlu insaf dan sedar bahawa iklim politik dunia sudah berubah. Lihat apa yang berlaku di Negara-negara yang dulunya rakyat dipaksa mengundi parti pemerintah dengan melakukan berbagai penipuan, penyeleweangan dan rasuah, kini jatuh satu demi satu. Terbaru regim, Muammar Ghadafi yang mempunyai berbagai kekuatan, akhirnya tersungkur menyembah bumi kerana rakyat beliau kini tidak boleh diperbodohkan buat selama-lamanya. Mereka bangkit menentang regim Ghadafi, walau pun terpaksa mengorbankan beribu jiwa yang melayang.
Di Malaysia, kecelaruan dalam system pilihan raya yang didedahkan secara meluas dengan disertai bukti-bukti sekali perlulah diperbaiki dengan kadar segera bagi mengelak berlakunya mala petaka dalam Negara ini. Semua kita tidak mahu perkara seumpama itu berlaku.
Apa yang berlaku di Selangor dalam usaha UMNO untuk merampas kembali Negara itu dengan melakukan berbagai strategi dan taktik kotor amat membimbangkan. Bimbang bukan takut negeri Selangor dirampas kembali oleh UMNO secara anak jantan, tetapi bimbang kebangkitan rakyat Selangor menentang kerja-kerja kotor UMNO menidakkan kemahuan rakyat Selangor melalui kaedah penipuan yang menimbulkan kemarahan rakyat.
Ia menjadi bertambah bimbang melalui kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim bahawa sejumlah 1,002,736 rekod biometrik warga Indonesia telah didaftarkan, sekaligus mengekalkan negara tersebut sebagai pendahulu atau 46 peratus daripada 2,222,636 jumlah keseluruhan warga asing yang didaftarkan setakat 8.30 pagi ini (24.8.2011).Daripada jumlah keseluruhan warga Indonesia yang berdaftar, seramai 610,328 atau 61 peratus adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang didaftarkan menerusi Program 6P, manakala selebihnya adalah pekerja sah yang pendaftarannya akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.
Bersihkan segera system pilihan raya yang digunapakai sekarang sudah expire dan ketinggalan zaman. Biarkan ia berlangsung dalam suasana adil dan bebas. Biarkan rakyat mendapat maklumat dari kedua-dua belah pihak secara seimbang dan rakyat berhak menentukan pilihannya.
Ini yang penting. Sesiapa yang memperagakannya tidak penting.
No comments:
Post a Comment