DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, August 3, 2011

NAMPAKNYA NAJIB SEMAKIN KALUT UNTUK MENANG

Hayat UMNO semakin hari semakin menghampiri lubang kubur dan telah bersedia untuk ditalqinkan. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itulah Najib terpaksa berpaut apa sahaja sebagai tali hayat untuk terus berkuasa sebagai mana Najib kerap kali berkata bahawa beliau akan mencari jalan apa sahaja yang ada untuk menang.

Seluruh institusi Negara telah pun diperalatkannya dan kini beliau telah menggunakan pula jalinan hubungan dan kerjasama erat dengan SPR dan JPN untuk mendaftar pendatang asing dalam kempen pembersihan yang dilaksanakanya sekarang. Disamping itu, mana-mana penduduk bukan warga Negara yang memegang kad pengenalan merah yang memohon menjadi warganegara dengan cepat dan segera diberi taraf warganegara dan diberi hak untuk mengundi dalam PRU akan datang.

Tony Pua, Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, UMNO (baca :Najib) mendakwa SPR dan JPN telah melakukan satu konspirasi jahat secara terang-terang menipu untuk menang dan menjadikan PRU ke-13 sebagai "pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia.Tony mendakwa, khabar angin tersebar meluas bahawa sejak beberapa bulan lalu yang UMNO-BN tertalu bergiat-aktif mendaftarkan pekerja asing dan penduduk tetap sebagai pengundi untuk PRU akan datang.

Dalam pada itu, pihak-pihak tertentu bertindak mencicirkan banyak pengundi dari golongan kaum Cina yang secara tegar memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Melalui kaedah pemindahan dan mencicirkan nama pengundi dari kaum Cina, Najib percaya ia boleh mengurangkan sokongan kepada Pakatan dan pada masa yang sama beliau mengambil pekerja asing dan penduduk tetap sebagai warganegara dan diberi hak untuk mengundi.

Hak rakyat dan kepentingan masa depan Negara tidak dipedulikan, asalkan ia menang dalam PRU. Bagaimana keadaan rakyat dan Negara ini 20 tahun akan datang? Sudah tentu rakyat asal Negara ini akan menjadi pengemis jalanan.

Masih ada lagikah peluang untuk anak dan cucu-cicit kita boleh hidup aman, selesa dan sejahtera pada mas-masa akan datang?

No comments: