Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.
Dr Juanda Jaya perlis mufti candidate 081106 “Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.
Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.
“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang," katanya.
Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan ssebarang bacaan selain azan dengan kuat ssebelum dan selepas'.
Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.
azan call for prayer“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.
“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih.
“Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam,” katanya.
Hormati keputusan
Mengulas perkara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik Bernama berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.
NONE"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur malam semalam.
Berita Harian semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Akhbar milik Umno itu juga memetik pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Abd Shukor Husin, berkata larangan itu ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini
Sebaliknya, kata beliau, larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.
berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.
"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya dipetik Berita Harian.
Sumber : Harakahdaily.net
Ulasan :
Seronok aku tenguk juak-juak UMNO ni, sudahlah jahil tetapi masih hendak bertegas juga menegakkan benang basah, kata mereka kerana DAPlah mengarahkan masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang tidak boleh azan kuat di waktu subuh kerana boleh menganggu tidur orang lain (begitu indahnya Islam bagi menjaga kehormurnian kaum), Islam dihina kononnya. Juak-juak UMNO tetap mahu menolak respon Mufti Perlis yang menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.
Yang lucunya mereka marah sebab baca quran tidak boleh guna microfon, tetapi tidak pernah marah bila bilangan jemaah dari dulu tidak pernah bertambah termasuklah orang yang mengata itu tidak pernah ke masjid atau surau untuk berjemaah. Mereka marah sebab tidak boleh guna microfon. Tetapi, yang marah itu sendiri tidak pernah baca quran guna microfon.
Lagi seronoknya orang yang marah itu sebab tidak boleh guna microfon. Tetapi yang baca guna microfon pun tidak pernah ambil tahu apa makna ayat-ayat bacaannnya. Marah sebab tidak boleh guna microfon. Tetapi tidak sedar orang lain marah juga sebab bacaannya salah tajwid, makhraj dan taranum.
Marah sebab tidak boleh guna microfon. Tetapi ahli keluarga sendiri yang malas pergi masjid tidak pernah baca al-Quran untuk amalkan firman tuhan. Jangan baca untuk sejuk hati sahaja. Jangan baca untuk bertanding saja. Jangan baca untuk halau jin sahaja. Jangan baca nak tunjuk-tunjuk saja. Baca untuk praktikkan suruhan ayat-ayat al-Quran dalam kehidupan. Hari-hari dengar ayat suruh tutup aurat, tapi bini masih langar ayat Quran yang didengar melalui microfon itu.Pernah ke nak marah.
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyokong keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.
Asri juga berkata, mematuhi keputusan dikeluarkan Jabatan Mufti Pulau Pinang tidak harus dianggap sebagai isu politik semata-mata.
“Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya,” katanya lagi.
“Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Seterusnya DISINI
Juah-juak UMNO semakin gila macam dirasuk setan….
No comments:
Post a Comment