DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, August 10, 2011

KAPAL NAJIB TENGGELAM, TIKUS-TIKUS LARI MENYELAMATKAN DIRI

Oleh Maclean Patrick

Najib kini sedang berhadapan dengan kehilangan sokongan daripada parti-parti komponen BN. Beliau di hantui kes yang sedang dibicarakan di Perancis berkaitan skandal Scorpenes yang juga melibatkan kes bunuh; skandal cincin isterinya dan juga pentadbiran yang lemah.

BN yang merupakan pakatan 13 parti politik dengan UMNO merupakan yang terbesar diikuti dengan MCA dan kemudian MIC, kini sudahpun berusia 53 tahun. Kebelakangan ini, UMNO kerap menunjukkan taringnya apabila ia dengan angkuh menetapkan perjalanan dan polisi pakatan tersebut justeru mengakibatkan hilangnya sokongan daripada kebanyakkan rakyat.

Percubaan Najib untuk mendapatkan sokongan MIC dengan memberikan presiden mereka jawatan menteri telah mengecewakan diri beliau sendiri apabila Presiden MIC mengeluarkan kenyataan angkuh bahawa hanya MIC yang boleh mewakili kepentingan kaum India dalam BN. Sekiranya ada parti kaum India lain yang menyertai BN, MIC akan meninggalkan BN.

Dan sekarang, ada lagi suara-suara lain yang didengari. MCA juga nampaknya telah memikirkan mengenai halatuju parti tersebut dalam BN. Tetapi, tidak seperti MIC, MCA tidak mengugut untuk meninggalkan BN. MCA, dengan cara “kiasu” nya hanya berminat untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap pemimpin yang bakal menerajui negara selepas kejatuhan Najib iaitu Muhyiddin Yassin.

Cina dahulu kemudian Warga Malaysia?

Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek telah cuba sedaya upaya untuk memastikan MCA sentiasa berada dihadapan dan standing parti lain. Sebagai contoh, tindakan Dr Chua baru-baru ini yang menuduh DAP melaga-lagakan sesama bangsa Cina dan sedang berusaha untuk mewujudkan “little China” (Negara Cina kecil) dilihat sebagai lebih kepada mencari publisiti daripada benar-benar ikhlas menyuarakan pendapat beliau.

Mengikut perlembagaan negara, agak mustahil untuk Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri berbangsa Cina mahupun mewujudkan Malaysia- Kaum Cina sepeti yang ditegaskan Dr Chua. Undian masyarakat Cina sahaja tidak akan dapat untuk membentuk sebuah kerajaan. Malaysia akan tetap menjadi sebuah negara yang memerlukan kerjasama daripada semua kaum.

Kenyataan Dr Chua terhadap DAP ini agak tidak masuk akal. Mungkinkah Dr Chua sedang cuba untuk menyemarakkan rasa marah kaum Cina terhadap DAP? Atau cuba mendapatkan penyokong UMNO untuk menyerang DAP?

Diketahui umum Utusan Malaysia telah baru-baru ini menuduh masyarakat Christian sedang cuba untuk menaikkan seorang yang beragama Kristian sebagai Perdana Menteri, Kini Presiden MCA pula meyerang DAP dengan kenyataan “mini China” (China kecil). Semua tuduhan palsu berbau perkauman ini seakan selari dengan pendirian Muhyiddin Yassin.

Oleh kerana MCA cuba untuk menonjolkan sokongan kepada Muhyiddin, maka tidak hairanlah Dr Chua sendir telah berkelakuan seperti pemimpin yang mereka pernah tuduh sebagai perkauman dan anti 1Malaysia. Semua ini kerana mereka melihat era Najib sudah sampai ke hujung jalan dan mereka pasti bahawa Muhyiddinlah pengganti Najib.

Pemimpin MCA melihatyakin langkah ini boleh berjaya memandangkan Najib telah kehilangan kepercayaan masyarakat Cina. Dr Chua pernah memberitahu kaum Cina bahawa dengan mengundi DAP, akan berkuranglah suara kaum Cina di Parliamen. Percubaan belia gagal kerana masyarakat Cina bukalah bodoh seperti yang beliau sangkakan.

Sekarang, Dr Chua sedang cuba untuk mengikut jejak langkah Muhyiddin. Adakah beliau akan mengeluarkan satu kenyataan berbunyi –Cina dahulu kemudian warga Malaysia?

Tikus lari dari kapal tenggelam

Dengan MCA bertungkus- lumus menujukkan bahawa mereka sebuah parti yang kuat, pemimpin MCA seperti telah kalah lagi dalam episod ini. Sekiranya Muhyiddin bersetuju untuk membantu mereka, dapatkah ini mengukuhkan kedudukan MCA? Benarkah Muhyiddin sangat berpengaruh?

Hakikatnya, BN belum dapat memenagi semula hati penguundi Cina. Untuk mendapat kepercayaan pengundi Cina, MCA haruslah mempunyai pendirian sendiri dan bukan hanya menjadi boneka UMNO.

Hidup matinya MCA tidak penting buat kaum Cina kerana sokongan kepada Muyhiddin sebenarnya hanya menguntungkan pemimpin-pemimpin tertinggi MCA sahaja.

Sebahagian besar masyarakat Cina sebenarnya tidak mendapat sebarang keuntungan daripada MCA. Mereka masih lagi berhadapan dengan masalah sama yang menimpa kaum mereka sejak dari awal kemasukkan MCA ke dalam BN. Sekiranya pemimpin MCA masih terus berkeras menyokong Muhyiddin, ini boleh mengakibatkan MCA semakin dipinggirkan oleh masyarakat Cina.

Sememangnya, sekarang adalah waktu yang menarik dan juga merunsingkan kerana parti-parti dalam BN sedang berlumba-lumba untuk mendapat kedudukan istimewa dalam kerajaan yang bakal diterajui Muhyiddin Yassin. Apa yang nyata, mereka sememangnya telah mendedahkan wajah sebenar mereka juga ketidak- ikhlasan mereka.

Bukan sahaja mereka telah menyimpang daripada sebab utama kewujudan mereka iaitu menjaga kepentingan rakyat dan negara, mereka telah menunjukkan bahawa mereka tidak lebih daripada ahli politik rakus yang sanggup mengenepikan prinsip demi mengejar wang dan pangkat.

- Malaysia Chronicle

No comments: