DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, August 19, 2011

DAFTAR PEMILIH: 5 LAGI NAMA UNTUK DIJEJAK SINAR HARIAN


Ekoran Sinar Harian berjaya menjejaki En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad dan mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing, Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan lima lagi nama "jarang didengar".

Tindakan akhbar itu juga telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk terus bersama Pemuda PAS membongkar ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya di negara kita.

Sambil mengucapkan terima kasih atas usaha murni akhbar bahasa Melayu itu, Exco dewan itu Suhaizan Kaiat mahu akhbar itu menjejaki lima lagi nama yang didakwa mempunyai klon kad pengenalan.

Lima nama yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. Jumaayah Bin Alus
No MyKad (pertama): 511122105834
No MyKad (kedua): 511122105754
Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.


2. Sainam Binti Tukisan
No MyKad (pertama): 500307105490
No MyKad (kedua): 500307105474
Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

3. Katimah Binti Kadni
No MyKad (pertama): 500808015282
No MyKad (kedua): 500808015290
Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12

4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi (Pengundi Pos)
No Tentera (pertama): T373594
No Tentera (kedua): T375594
Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja.

5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir (Pengundi Pos)
No Tentera (pertama): RF107781
No Tentera (kedua): RF107881
Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.

"Oleh itu saya mohon kepada Pihak Sinar Harian dan mana-mana pihak agar membuat semakkan terhadap data tersebut," kata Suhaizan yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat.

Mengulas kenyataan salah seorang Besah yang dipetik akhbar itu sebagai berkata bahawa beliau kesal dengan fitnah PAS yang menuduhnya mengundi dua kali, Suhaizan berkata tidak timbul soal tuduh-menuduh itu.

Ia kerana pihak mereka sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR seperti yang pernah di sebut oleh Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar pada 24hb Julai 2011 dalam akhbar The Star.

"Pemuda PAS tetap yakin bahawa pengundi hantu atau pengundi klon benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR. Enam data yang saya keluarkan hanyalah 6 daripada ribuan data yang dimiliki oleh Dewan Pemuda PAS.

"Kajian tahap satu telah pemuda PAS lakanakan dengan menggunakan nama yang biasa dimiliki oleh rakyat Malaysia. Maka langkah seterusnya adalah PemudaPAS mahu mengeluarkan enam data bagi nama-nama yang jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia," katanya merujuk kepada nama-nama seperti telah dinyatakan di atas.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad yang telah mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing.

Sumber : Harakahdaily

Ulasan :

KEPALA BUTUH PAK DIA menyatakan kesilapan daftar pemilih hanya 0.0001% tidak memberi apa-apa kesan ke atas 12 juta pengundi berdaftar.

Walaupun kadar sekecil itu, tetapi ia tetap memberi kesan ke atas pilihan raya. Kalau dalam mesyuarat agung mana-mana pertubuhan sekiranya seorang wakil yang bukan ahli dalam mesyuarat tersebut, ia dianggap batal dan pertubuhan itu juga diharap haram. Pertubuhan itu terpaksa buat AGM lain.

Rujuklah kes pengharaman pada tahun 1987 dulu.

No comments: