Saya dah tulis dalam posting sebelum ini, sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah s.w.t., kita kena pertahankan keluarga dan kawan-kawan kita dari semua ajaran dan fahaman asing. Hanya ajaran dan fahaman Islam sahaja yang kita pegang dengan sekuat-kuatnya. Saya maksudkan semua, tak kiralah sama ada ajaran atau fahaman Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Umno, Kristian, Yahudi atau apa saja.
Dalam ayat 20 surah al-Baqarah, Allah mengingatkan kita dengan ingatan yang mafhumnya, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka".
Begitu juga fahaman dan ajaran lain seperti ajaran dan fahaman Umno, Jais atau apa sahaja. Depa pun sama, tak akan redha kepada kita selagi kita tidak ikut depa atau jadi pak yet depa. Lihatlah sendiri betapa kasih dan redhanya Umno kepada beberapa ekor musang berbulu ayam yang kononnya berjuang menentang Umno.
Bagi Umno, kalau kita tak jadi pak yet depa, depa akan klasifikasikan kita sebagai PAS, PKR atau DAP. Yang power sekali depa akan kata kita anti-Melayu. Macam la kita tak tau Umno tu pengkhianat Melayu dan jahat terhadap orang-orang Melayu. Hati Umno sudah tertutup - lihat surah al-Baqarah ayat 18 yang mafhumnya, "Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)". Depa tak nampak kita lawan depa bukan kerana parti apa pun dan bukan kerana apa-apa pun selain Allah.
Semua itu membuktikan Umno adalah mudharat terbesar dalam negara ini yang perlu dibunuh kuasanya oleh rakyat yang berakal. Benarlah apa yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno sudah busuk hingga ke usus. Dr Mahathir juga kata Umno sudah jadi parti perasuah. Dan, dia juga kata orang makan rasuah macam makan babi.
Puak makan babi hari ini menunjuk-nunjuk nak jadi hero Islam. Masuk akalkah puak ketagih babi nak bela Islam? Tolonglah kembali kepada keimanan dan kewarasan anda! Bak kata pak lawak, "Lu pikir la sendiri!"
Pun begitu, adakah kita perlu sekat puak makan babi yang tergelejat-gelejat nak jadi hero Islam tu? Jangan. Dalam ilmu berlawan itu salah. Jangan kacau siapa pun nak debik ancaman kepada kita. Tinggal lagi jangan percaya seduit pun puak makan babi yang tergedik-gedik nak jadi hero Islam tu. Memang la depa bajet macam bagus sangat. Tapi jangan percaya kat depa. Depa pun lebih kurang puak yang kononnya depa nak lawan sangat tu. Kita kena pandang depa sama ja. Tak kira la sama ada Umno, Jais, pendakyah agama lain, Zionis, mustakbirin - semua sama ja. Kalau kita percaya kat depa, tu maknanya kita izinkan puak makan babi agendakan hidup dan pemikiran kita. Jangan sekali-kali buat macam tu. Berdosa besar kita!
Tu fasal puak makan babi menunjuk-nunjuk nak jadi hero Islam.
Mengenai apa yang dibohongkan kepada kita sebagai Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen bagi menambah baik proses pilihan raya di negara ini, saya tak dan nak baca lagi apa pendirian parti-parti. Saya juga tidak akan bantah jika jawatankuasa itu mereka pandang tak berguna selagi lapan tuntutan Bersih tidak dilaksanakan.
Bagi kita sebagai rakyat, apa yang penting ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah berada di bawah Agong dan diselia oleh Jawatankuasa Khas Parlimen yang bertugas bagi pihak Agong. Keanggotaan jawatankuasa itu perlu mestilah seimbang dan mencerminkan kesungguhan untuk mewujudkan pilihan raya yang adil dan bersih.
Selagi SPR berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), parti mana perintah pun kita tak boleh percaya sama sekali kepada SPR.
Sumber : PenarikBeca
No comments:
Post a Comment