DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, August 29, 2011

BAHAN-BAHAN PEMBERITAAN UTUSAN SETARAF SAMPAH LONGKANG TANDAS BERBAU HANYIR

Utusan gagal batal saman pembelaan MP Seputeh

Utusan Melayu (M) Bhd @ UTUSAN SETAN gagal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk membatalkan pembelaan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam kes saman fitnah terhadap ahli politik pembangkang itu berhubung komennya mengenai makanan disajikan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.

Hakim Datuk John Louis O'Hara memerintahkan saman itu menjalani perbicaraan penuh selepas memutuskan Kok mempunyai kes yang kukuh untuk membela dirinya.

"Ini bukannya kes yang biasa dan terang-terangan untuk dibatalkan, dan kes ini patut menjalani perbicaraan penuh," kata O'Hara sebelum memerintahkan syarikat akhbar itu membayar kos RM5,000 kepada Kok.

Pada Februari 2009, Utusan Melayu menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Kok, 47, pengerusi DAP Selangor yang nama penuhnya Teresa Kok Suh Sim, kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenainya dalam akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Dalam pernyataan tuntutannya, Utusan Melayu mendakwa Kok membuat kenyataan berunsur fitnah itu pada 22 Sept, 2008, apabila beliau mendakwa akhbar itu telah memutar belit kenyataannya kepada media perdana dan dalam blognya mengenai makanan yang disajikan kepadanya semasa ditahan di bawah ISA pada 2008.

Utusan Melayu menuntut, antara lain, mahkamah mengarahkan artikel, perkataan, petikan atau komen berunsur fitnah itu dikeluarkan daripada blog itu.

Ia juga memohon injunksi untuk menghalang Kok (kiri), ejen atau orang bawahannya daripada menerbitkan semula atau menyebabkan perkataan berunsur fitnah itu diterbitkan semula.

Utusan Melayu menuntut ganti rugi am, khas, tambahan dan punitif serta kos dan sebarang relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Utusan Melayu, memberitahu pemberita yang anak guamnya akan merayu terhadap keputusan mahkamah itu.

Kok diwakili peguam Sangeet Kaur. .

Sumber : Malaysiakini

No comments: