DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, August 21, 2011

AL-FATIHAH : USTAZ HAJI AZIZI HAJI ABDULLAH KEMBALI KE RAHMAHTULLAH

Saya terkedu menerima berita kembalinya Ustaz Haji Azizi bin Haji Abdullah ke rahmahtullah. Beliau seorang sastrawan terkenal tanah air, seorang pejuang kemanusian dan seorang ahli politik marhaein yang banyak berjasa kepada rakyat dan Negara ini khususnya dalam bidang sastra.

Saya amat sedih kerana tidak sempat menziarahinya semasa beliau sakit.Beliau, saya menganggap sebagai sebagai guru dan sahabat. Beliau banyak mendorong saya terus menulis dan memberi tunjuk ajar dan nasihat menghasilkan bentuk penulisan yang baik.

Beliau banyak menjemput saya menghadiri majlis perhimpunan penulis bagi membincangkan beberapa isu-isu kontemporari. Saya tidak pernah menghampakan harapannya. Kali terakhir saya dan beberapa kawan penulis bertemu dengan beliau pada 25 hingga 27 Februai lalu di RECSAM Pulau Pinang atas anjuran CAP.

Beliau juga pernah membantu saya menerbitkan tiga buah buku politik karya saya di pasaran. Segala jasa baiknya kepada saya, tidak mungkin saya lupakan.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah pada 4 April 1942 dan mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam

Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai (Sekolah yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia) hingga tahun 1965.

Allahyarham mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-аn. Arwah mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat Allahyarham melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar terutama akhbar terbitan Utusan Melayu.

Selepas bersara sebagai guru agama pada tahun 1997 beliau menjadi Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah. Alllahyarham juga adalah bekas kolumnis Warta Darul Aman, akhbar rasmi kerajaan Negeri Kedah.

Dengan terhasilnya novel KAWIN-KAWIN, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Allahyarham sejak tahun 60-аn lagi di samping hampir 200 cerpen.

Sebentar tadi, selepas solat sunat tarawih, saya bersama keluarga mengadakan majlis tahlil ringkat untuk dihadiahkan kepada rohnya. Semoga Allah swt mengampuni segala dosa-dosa dan beliau ditempatkan dikalangan para shuhadah dan para tabii.

AL-FATIHAH 7 X

No comments: