Ketika tulisan ini sedang ditulis, lebih 100,000 rakyat sudah menyatakan bahawa Perdana Menteri Umno iaitu Najib Tun Razak harus berundur dengan segera. Hanya dalam 48 jam lebih 100,000 rakyat berbilang kaum dan agama mendesak Najib segera letak jawatan.
Sekali lagi laungan Undur bakal kedengaran. Pertama kali ketika tahun 1998. Nah sekali lagi, laungan itu akan dilaungkan oleh para pahlawan rakyat. Percayalah, laungan Undur Najib Undur akan menjadi laungan tetap untuk setiap himpunan rakyat. Undur Najib Undur akan terus sampai ke telinga Najib dan sekaligus menjadi laungan berhantu buat Najib.
Kenapa laungan itu akan dikemundangkan? Kerana Najib dilihat terlalu jahat dan tidak cerdik dalam menangani isu Bersih. Rakyat sudah muak dengan sifat Najib yang terlalu lembik dalam menangani Perkasa yang terlalu bersifat perkauman. Sering sahaja mengugut rakyat (walaupun penakut sebenarnya). Najib terlalu lemah dan dilihat tidak mampu mentadbir Negara. Najib juga kerap mengikut keadaan semasa walaupun keadaan itu merugikan Negara. Lihat sahaja isu Tanjong Pagar, Najib dengan tenang menyerahkan Tanjong Pagar kepada Singapura. Walaupun pelbagai hujah diberi, namun Tanjong Pagar tanah kita. Tanah Malaysia! Telah dijual kepada Singapura.
Najib semakin lama semakin hilang cengkaman. Rakyat dipaksa membayar harga barang yang tinggi hanya semata – mata untuk menjana ekonomi Negara. Sedangkan Najib berbelanja dan mempunyai gaji mencecah jutaan ringgi setahun. Kenapa tidak dipotong gajinya dahulu. Kenapa tidak dipotongnya gaji pak menteri yang lain. Kenapa rakyat yang menjadi mangsa walhal pak menteri yang dilantik oleh rakyat dan bekerja untuk rakyat tidak dikenakan apa – apa tindakan. Semuanya percuma dari barang kemas hinggalah barangan makanan.
Rakyat sudah muak dengan Najib. Terima kasih Najib kerana terus membuli rakyat dan kemuncaknya apabila terkorbannya Allahyarham Baharudin ketika menyuarakan pendapat mengenai sistem pilihanraya di Malaysia. Najib bersiap – sedia dengan amarah rakyat yang semakin lama semakin menyampah dengan dia. Kalau 2007 2/3 telah musnah, jangan terkejut pada PRU-13 BN bakal hilang satu Semenanjung dan beberapa kerusi parlimen di Sarawak dan Sabah.
Ingatlah Najib, laungan Undur Najib Undur bakal menjadi laungan ngeri buat kamu dan isteri kamu. Amarah rakyat sudah semakin memuncak.
HIDUP RAKYAT!! KUBURKAN UMNO
Dalam pada itu Malaysiakini.com menyiarkan pula tajuk dalam siaran hari :Undur Najib, kata warga internet
Malaysiakini menyatakan bukan sahaja ribuan rakyat membanjiri Kuala Lumpur kelmarin, pengguna internet juga mempunyai cara tersendiri menunjukkan bantahan mereka dengan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Melalui laman "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur), sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka),
Hanya 48 jam selepas dimulakan, jumlah itu sudah melepasi sasaran yang 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.
Sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong BERSIH 2.0, berdasarkan lencana profil mereka.
Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0, sebagaiu landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan.
Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang.
Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.
Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya. Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.
Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang
Ulasan :
Mampus le engkau wahai Maharaja Setan. Rakyat sudah mulai membenci engkau. Tunggu kau dalam PRU ke-13. Ingat amaran Presiden PAS bahawa himpunan BERSIH 2.00 9 Julai lalu sebagai mukadimah sahaja.
Katanya ia boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang atau selepas PRU ke-13. Kebangkitan rakyat dalam jumlah yang lebih besar lagi akan berlaku sekiranya engkau dengan sewenang-wenangnya melakukan penipuan, rasuah, menyalahguna kuasa dan menggunakan kemudahan dan jentera-jentera kerajaan untuk berkempen dalam PRU nanti.
Engkau harus sedar, Suharto, Marcos, Saddam Hussein dan ramai lagi pemimpin jenis engkau jatuh dan digulingkan oleh rakyat sebaik sahaja menang besar dalam pilihan raya.
No comments:
Post a Comment