Jawapan Mat Sabu: Buat apa saya tipu?
Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab bagi beliau menipu apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
“Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” katanya kepadaHarakahdaily di Georgetown, malam semalam.
Malah dakwanya, tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.
“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.
“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” katanya.
Sehubungan itu, menurut Harakahdaily lagi, bagi menangkis tohmahan jahat polis, Mohamad sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin supaya menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.
Saleh pada taklimat di Bukit Aman itu berkata menurut siasatan polis, timbalan presiden PAS itu juga hanya cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Justeru, katanya, polis tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda.
“Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya. Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini... Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis," katanya.
Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mohamad Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.
Pemimpin PAS pada wawancaranya dengan Malaysiakinipada Rabu lalu menafikan beliau berlakon dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.
“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” katanya kepadaHarakahdaily semalam.
Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah dirinya.
Sebelum ini, Umno dan rakan-rakannya juga mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.
Empat hari lalu, pengawal peribadi Anwar membuatlaporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas terkena kanister gas pemedih mata sehingga menyebabkan tulang pipinya patah.
Pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, hampir 1,700 orang ditangkap dan ramai yang mendakwa polis bertindak kasar dan keterlaluan.
Di sebalik bukti gambar dan video, namun ini disangkal oleh pihak polis sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein.
Sumber : Malaysiakini.com
Ulasan :
Saya amat simpati nasib yang menimpa ke atas PDRM. Ini adalah akibat daripada beberapa orang pegawai kanan polis yang bersikap lebih kuah dari sudu dalam mempertahan sebuah kerajaan SETAN yang dipimpin oleh Maharaja Setan laknatullah yang melakukan berbagai kezaliman ke atas rakyat dalam berbagai bentuk dan kaedah.
Tidak perlu saya perhalusi apa bentuk kezaliman yang pernah dilakukan oleh golongan Maharaja Setan (dulu dan kini) terhadap system pentadbiran Negara ini dalam usaha menegakkan dan mengekalkan pemerintahan UMNO di bumi Malaysia yang bertuah.. Semuanya sudah ada dalam rekod pentadbiran pihak polis dulu dan kini.
Usaha pihak polis untuk mempertahankan diri dengan mempergunakan media milik Maharaja Setan tidak akan mendatangkan sebarang hasil seperti apa yang diharapkan, malah seperti mencurahkan cuka ke atas tempat yang luka. Pedih.
Tindakan sedemikian boleh dilihat sebagai tuduhan pihak berkuasa bahawa dakwaan rakyat mereka dikasari semasa perhimpunan 9 Julai lalu satu pembohongan demi mempertahankan diri sendiri. Pihak polis sepatutnya menyiasat dakwaan polis menggunakan kekasaran dan kekerasan.Mereka sepatutnya menyiasat dakwaan berkenaan untuk memastikan sama ada Standard Operating Procedure (SOP) diikuti anggota semasa menjalankan tugas.
Apabila mereka menggunakan media untuk membuat penafian sebegini, ia memberi gambaran seolah-olah polis sudah berpolitik.
Imej PDRM akan terus dipandang hina oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.Selama ini media-media milik Maharaja Setan sudah tidak diperduli oleh sebahagian besar rakyat dalam Negara ini khususnya golongan belia dan pemuda. Genarasi ini sudah mengSETkan dalam benak masing-masing bahawa media-media milik Maharaja Setan adalah merupakan alat PROPAGANDA murahan kerajaan Maharaja Setan.
Siapa yang hendak menonton TV1 atau TV3 atau siapa yang sudi untuk membaca Utuseks atau BeritaHairan. Tidak siapa yang teringin untuk menonton atau membacanya, kecuali anjing, babi, lembu dan orang-orang kampung yang sudah lama diperbodohkan dan diperlembukan oleh golongan Maharaja Setan.
Dunia kini terdedah dengan berbagai maklumat terkini yang diperolehi melalui saluran internet, facebook, twitter dan sebagainya. Lama sudah rakyat tidak mempercayai media-media ini. Adalah tidak cerdik bagi pihak polis menggunakan saluran yang dibenci, dianjingkan dan dibabikan oleh ramai rakyat dalam Negara ini.
Pihak polis perlu sedar bahawa persepsi rakyat terhadap media-media ini adalah yang baik dan suci itu sudah tentu datangya dari Maharaja Setan celaka ini. Manakala semua yang buruk dan dan busuk (tidak ada satu pun kebaikan) semuanya datang dari pihak lain (Pakatan Rakyat, NGO-NGO, Petubuhan atau dsbnya yang tidak sealiran dengan Maharaja Setan).
Adalah menjadi hak pihak polis untuk membuat penafian, tetapi ianya perlu disertakan dengan siasatan sama ada tindakan diambil adalah mengikut SOP. Bagaimanapun, tindakan menayangkan video ini hanya akan mengelirukan rakyat kerana ianya mengambarkan seolah-olah polis menuduh rakyat menipu. Dakwaan penggunaan kekerasan bukan sahaja dibuat pemimpin yang mengambil bahagian dalam BERSIH 2.0 tetapi juga rakyat secara keseluruhannya.
Adegan penghantaran pulang Peguam Perancis William Bourdon ke Paris pada jam 11.30 malam 23.7.2011 kelmarin akan menambah calar lagi di muka Maharaja Setan diperingkat antarabangsa. William Bourdon dating ke Malaysia hendak bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit yang melibatkan pemimpin peringkat tertinggi dalam Negara ini bersama sahabat baiknya dan termasuk pegawai kerajaan. Kalau kita tidak bersalah, apa yang hendak ditakutkan. Selama mana kita boleh penutup kes ini dan kes pembunuhan mistri Altantuya Shaaribu. Hanya masa akan menentukan.Semakin banyak kita buat penafian, semakin menebal kepercayaan rakyat dua kes itu benar.
Kesimpulannya, dalam Negara ini bolehlah Maharaja Setan menutup segala kepincangan dan penyelewengan serta menyalahgunaan kuasa yang dilakukannya kerana dia ada kuasa yang boleh ia mempergunakan institusi kepolisan, kehakiman, media dan sebagainya. Tetapi di peringkat antarabangsa, ia tidak berkuasa.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran berharap sangat dengan kuasa Allah membenamkan yang BATHIL dan menegakkan yang HAQ.
1 comment:
kalau kau org dlm kesusahan..rumah masuk pencuri ke, anak kau hilang ke atau anak kau kena rogol ke atau kereta kau hilang ke...kau nak cari sapa masa tu...cari tok2 lebai pas ke atau cari nuar berahi....dasar hipokrit
Post a Comment