NGO hak asasi manusia, Suaram, telah mendedahkan maklumat lanjut tentang perjalanan kedua penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, kali ini ke Hong Kong.
"Kami mendapati terdapat tiket penerbangan ke Hong Kong atas nama Altantuya, Razak dan beberapa orang lagi," kata Cynthia Gabriel (kiri) yang merupakan ahli sekretariat Suaram.
Altantuya bersama dengan Abdul Razak - seorang rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - sebelum menandatangani perjanjian untuk membeli dua buah kapal selam dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.
Suaram sebelum ini telah mendedahkan bahawa kedua-duanya telah ke Macau dalam kunjungan pertama mereka, bersama seorang lagi individu misteri.
Maklumat itu muncul menjelang lawatan peguam terkemuka Perancis, William Bourdon ke Malaysia, di mana Suaram berjanji akan
mendedahkan maklumat baru tentang urusniaga kapal selam Scorpene yang kontroversi itu, termasuk butiran tentang pembayaran yang tidak diketahui sebelum ini yang melibatkan "pegawai yang berkedudukan sangat tinggi".
Ditanya jika Suaram bimbang Bourdon tidak akan dibenarkan masuk dan dihantar pulang sewaktu tiba di Malaysia, Fadiah Nadwa Fikri, yang juga seorang ahli sekretariat Suaram, berkata ia adalah suatu risiko.
"Kami menggesa kerajaan supaya tidak mengenakan sebarang sekatan untuk Bourdon masuk ke Malaysia, apa-apa sekatan yang dikenakan, adalah bertentangan dengan kebebasan pergerakan," kata Cynthia.
Sumber : Malaysiakini.com
Ulasan :
Seluruh umat manusia yang mengikuti kes pembunuhan misteri ini percaya dan yakin bahawa pada suatu hari nanti kebenaran akan muncul dan orang yang terlibat akan menerima pembalasan yang setimbal dengan kesalahan dan dosa yang dilakukannya. Sedikit demi sedikit kes ini mulai terburai dan orang ramai mulai menghidu bau busuk itu.
Ingatlah Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambanya, hatta orang bukan Islam. Dalilnya lihatlah Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang pada suatu masa dulu dizalimi secara kejam tanpa peri kemanusian, demi mempertahankan seorang pemimpin UMNO yang korup. Beliau hilang semuanya dalam kehidupan seorang insan.
Tiba-tiba dengan kuasa Allah swt, beliau diangkat martabat dan darjatnya sebagai seorang Ketua Menteri yang penuh bergaya. Lihatlah orang yang menzaliminya, terus dihina dan dilupakan oleh orang. Dipungut oleh Maharaja Setan dijadikan Pengerusi RISDA kerana Rosmah membalas budi baik orang ini yang berusaha dan member peluang menemukan beliau dengan Maharaja Setan sehingga Rosmah kini berbangga mengatakan ia seorang Wanita Pertama Malaysia kononnya.
Seorang lagi sudah menjadi hampas kerana teribat dengan rasuah dipungut dan diangkat menjadi Pengerusi FELDA kerana jasanya menyelamatkan Maharaja Setan dalam kes ‘Port Dickson’. Itulah mainan orang berkuasa. Dia merasakan kuasa adalah ‘harta pusakanya’ akibat terlalu lama berkuasa.
No comments:
Post a Comment