· Kira-kira 47 juta rakyat Thailand layak mengundi untuk melantik 500 anggota Dewan Perwakilan negara.
· Para pengundi perlu menandakan pada kertas undian mereka - satu untuk Ahli Parlimen (AP) kawasan undi dan satu lagi bagi parti pilihan. Ada juga pilihan untuk menandakan 'tidak mengundi' pada kotak khas.
· Terdapat 3,832 calon daripada 42 parti politik yang bertanding bagi tempoh khidmat empat tahun mendatang. Tujuh parti telah mendapat kerusi masing-masing pada pilihan raya 2007.
· Parti yang memenangi pilihan raya harus menguasai majoriti lebih 250 kerusi. Jika tidak, ia perlu mendapatkan sokongan parti-parti bersaiz sederhana lain untuk membentuk sebuah kerajaan.
· Dua parti utama yang bersaing ialah Parti Demokrat pimpinan Encik Abhisit Vejjajiva dan Parti Puea Thai pimpinan Cik Yingluck Shinawatra, adik bongsu mantan perdana menteri, Encik Thaksin.
· Parti lain yang bertanding:
- Parti Bhumjai Thai- Parti Chart Thai Pattana- Parti Chart Pattana Puea Pandin- Parti Matabhum- Parti Rak Santi- Parti Rak Prathet Thai- Parti Tindakan Sosial.
· Di bawah perlembagaan 2007 Thailand, parlimen baru harus dimulakan dalam masa 30 hari selepas hari pengundian untuk melantik speaker dewan. Ia mempunyai 30 hari lagi untuk melantik seorang perdana menteri dalam kalangan penggubal dasar Dewan Perwakilan.
· Pada pilihan raya 2007, Parti Kuasa Rakyat (PPP), yang bersekutu dengan Encik Thaksin, memenangi 233 kerusi, kebanyakannya di kawasan luar bandar di utara dan timur laut negara itu - jauh mendahului Parti Demokrat yang memenangi 165 kerusi, sebahagian besarnya di kawasan selatan dan tengah Thailand.
· PPP dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand pada 2008 atas kesalahan menipu dalam pilihan raya. Dengan ini membolehkan Parti Demokrat membentuk kerajaan pakatan bersama lima parti lebih kecil.
· Parti Demokrat - parti tertua di Thailand - belum pernah memenangi sebarang pilihan raya di Thailand sejak 1992.
· Pembangkang utama Parti Demokrat, Parti Puea Thai, sebuah lagi parti dikaitkan dengan Encik Thaksin, telah mencalonkann Cik Yingluck sebagai calon perdana menteri Thailand jika ia menang pilihan raya kali ini.
Sumber : DISINI
No comments:
Post a Comment