Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.
Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Maharaja Setan yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM).
Mereka yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, seseorang boleh ditahan untuk tempoh 60 hari dan dinafikan hak untuk dibicarakan.
Diiringi Imelda Rosmah Mansor
Menurut portal Sarawak Report, konvoi Maharaja Setan sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.
Maharaja Setan kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.
Semalam, beliau dengan isterinya, Imelda Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.
Turut mengiringi mereka adalah Menteri Dalam Negeri, sepupu Maharaja Setan dan Menteri Luar Anifah Aman.
Sumber asal : Malaysiakini.com-disesuaikan oleh Tun Telanai.
Ulasan :
Maknanya himpunan BERSIH 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya. Mesej system pilihan raya yang dijalankan secara kotor, memanipulasikan SPR secara keterlaluan, rasuah bermaharalela dilakukan sebebas, media menjalankan operasi pandy kutty secara terang-terangan, beli undi, menyalahgunaan kuasa, mengguna dan memperalatkan system pentadbiran Negara berkempen untuk UMNO serta 1001 macam penipuan dan kerja-kerja kotor telah sampai ke tengah-tengah masyarakat seluruh dunia. Dalam ,negara rakyat mulai tersentak dari tidur yang panjang dan golongan muda menjadi penentu masa depan Negara.
Adakah mereka berkehendakan sebuah Negara yang terus diperintah oleh regim Maharaja Setan yang dibelenggu dengan pelbagai masalah dan senantiasa menjadikan rakyat sebagai hambanya atau mereka mahukan sebuah Negara ditadbirurus secara bijaksana untuk kebajikan seluruh rakyat.
Ternya imej Maharaja Setan tercela di peringkat antarabangsa. Ratu Elizabeth pasti menyedari apa yang telah dan sedang berlaku di tanah bekas jajahannya yang mana ada golongan sedang menuntut sebuah system piliahan raya yang adil dan bebas. Ratu juga pasti telah diberitahu bahawa Maharaja Setan sangat fobia dengan warna kuning dan rakyat Malaysia yang memakaian pakaian berwarna kuning akan ditangkap dan disumbat dalam penjara, tetapi Ratu Elizabeth tidak memperdulikannya tetap berpakaian warna kuning.
Sedangkan ketika menyambut Presiden Amerika Syarikat Obarak Obama bersama isteri, baginda Ratu boleh berpakaian warna merah jambu yang begitu cantik dan menawan. Ini merupakan satu tamparan ke muka Maharaja Setan. Di Malaysia dialah raja lebih dari segala raja-raja dan sultan-sultan
Begitu takut Maharaja Setan dengan warna kuning, seolah-olah Firaun telah menjelma kembali kembali. Firaun Mesir takutkan kepada kanak-kanak lelaki. Digubal undang-undang, membunuh semua bayi-bayi lelaki yang dilahirkan, Firaun Malaysia merangkap Maharaja Setan juga mengubal undang-undang menangkap dan menyumbat dalam penjara sesiapa sahaja yang membekal, menjual, menyimpan dan memakai pakaian berwarna kuning. Ertinya, serupa dengan Firaun Mesir, tidak lama kemudian Firaun Mesir di matikan oleh Allah swt dalam Laut Merah. Bagaimana Firaun Malaysia akan dihapuskan oleh Allah swt.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga Firaun Malaysia @ Maharaja Setan ini ditimpa azab yang penih sebelum nyawanya dicabut dari jasadnya ynag penuh dosa dan noda. Celakalah engkau buat selama-lamanya. Amin..Ya rabul..Alamin.
No comments:
Post a Comment