Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat
SHAH ALAM 21 JULAI : Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu.
Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi mata yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran.
" Apa jawapan polis tentang kecederaan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ke atas pengawal peribadi Anwar, Yew Boon Lye dan ramai yang berada di dalam terowong termasuk Datuk Seri Anwar. Bukankah mereka cedera? Bukankah kita sudah tunjuk keterangan video dan gambar. Tiada jawapan.
" Penafian polis hari ini mereka menggunakan rakaman yang terpilih. Tidak menunjukkan keseluruhannya sedangkan kita telah menunjukkan banyak video tentang berlaku banyaknya keganasan. Apa jawapan polis tentang tembakan 12 das di terowong KL Sentral?,"katanya kepada Tv Selangor.
Dalam insiden 9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil walaupun terpaksa meredah pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata polis.
Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara.
Selain puluhan mengalami kecederaan, seorang meninggal dunia.
" Mereka seolah-olah berpura-pura bahawa tidak ada isu. Walhal sebenarnya banyak keterangan dan isu telah dibawa tetapi tidak dijawab. Bagaimana kes Mohamad Sabu, kes Baharuddin, bagaimana pula orang ramai yang dipukul dan dikasari oleh pihak polis,"soal Surendran.
Malah naib presiden PKR itu turut mempersoalkan bagaimana video-video rakaman media antarabangsa yang memaparkan aksi ganas polis.
" Bagaimana rakaman daripada Al-Jazeera yang menunjukkan pihak polis menyepak mereka yang berhimpun secara aman? Tidak ada jawapan untuk semua ini,'kata Surendran.
Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi Tv Selangor menyerahkan hal ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat siasatan.
Malah katanya beliau yakin, saksi-saksi keganasan polis pada hari kejadian akan tampil menceritakan hal sebenar sekaligus menafikan kenyataan dan video yang dipaparkan polis hari ini.
" Polis tidak ada kredibiliti. Oleh itu apa jua video yang mereka tunjuk, ia tidak menunjukkan apa yang berlaku. Beribu-ribu orang di sana menjadi saksi dan kita lihat banyak lagi video lain.
" SUHAKAM selepas ini akan membuat inkuiri awam dan kita tunggu lah orang-orang ramai untuk kemukakan bukti. Kita harap polis pun akan kemukakan bukti mereka juga,"katanya.
SUHAKAM sebelum ini memutuskan akan mengadakan inkuiri awam menyiasat dakwaan keganasan polis bulan depan.
Menurut naib pengerusi SUHAKAM, pihaknya yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang mereka perolehi pada hari terbabit.
Sumber : TVS News
Bersih : Polis Tutup Kezaliman Diri, Kata Mat Sabu
SHAH ALAM 21 JULAI : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.
"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau kepada TvSelangor.
Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.
Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.
Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.
Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.
Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.
Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.
Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu.
Beliau berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar pihak berkuasa untuk menutup kesalahannya.
"Saya tak mahu buat apa-apa kenyataan (bersabit insiden itu) melainkan di mahkamah," kata beliau.
Mohamad Sabu berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar kerajaan untuk menutup kesalahan pihak berkuasa.
"Kita ada SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia), kalau kenyataan dari SUHAKAM atau mana-mana badan bebas lain, kita terima. Ini gunakan polis. Sudah tentu mereka berkata begitu," kata beliau.
"Bagaimana dengan mereka yang pecah kepala, nasib yang menimpa YB Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) dan sesiapa sahaja yang tercedera? Siapa yang bertanggungjawab?. Oleh kerana itulah kita perlu laporan daripada SUHAKAM ataupun badan bebas dan bukannya polis," tegasnya.
Mohamad Sabu berkata, kelewatan polis sendiri untuk tampil dengan rakaman video menimbulkan pelbagai kecurigaan.
"Dua minggu baru keluar video siapa boleh terima, jadi penafian polis tidak boleh diterima. Kita perlu badan lain, Polis memang suka berbohong."tambahnya.
Sumber : TVS News
Ulasan :
Saya percaya orang gila sahaja yang percaya polis. Orang berak tengah jalan, sekiranya mengaku yang ia berak,maka bermakna orang itu memang gila.
Dalam sebuah masyarakat yang cerdik mana boleh pakai polis menyiasat polis.
Sepatutnya ada orang ketiga untuk menyiasat perkara ini. Jadi, cukuplah. Kembalilah ke fungsi asal peranan polis.
Usahlah asyik hendak berbohong kepada rakyat demi untuk membela UMNO dan Maharaja Seran agar terus menang dalam PRU dan kekal berkausa.Cukuplah.
4 comments:
sepatut nya badan yg menyiasat kes ni bukan pihak polis sendiri, kerajaan kena melantik pasukan bebas menyeluruh ngo, peguam, hakim,wakil dr semua parti politik,kerana ia mengenai kepentingan awam. ini dia sama dia,paham ja la you garu my back ,i cucuk buntut you.cakap nak telus mana nak dapat kan.kan.......
Sepatutnya pihak PR dah siapkan senarai nama pegawai polis yang akan dan sesuai dilantik sebagai ketua-ketua dan pegawai tinggi polis apabila mereka berkuasa nanti. Siapkan juga senarai nama ketua-ketua dan pegawai tinggi polis sekarang yang akan dibicarakan dan akan meringkuk di dalam penjara akibat salah guna kuasa dan kedudukan mereka dengan mengabaikan amanah rakyat. Bila UMNO dah tak berkuasa lagi, gunakan apa sahaja kezaliman mereka terhadap rakyat (semasa UMNO memerintah) kembali kepada mereka, biarpun kekejaman itu tidak masuk akal dan tidak boleh diterima oleh rakyat. Kalau luar negara boleh, kenapa kita di Malaysai tidak boleh laksanakan?
JAWAPAN YA, Kami percaya Terhadap Kewibawaan Polis. Penjenayah sahaja yang tidak percayakan kewibawaan itu.Pakatan Haprak dan penipu memang takutkan polis, takut tembelangnya pecah. Kehidupan aman damai dan tenteram ini adalah hasil usaha pasukan Polis. Pakatan Haprak hanya tahu buat kacaubilau sahaja.
saya amat mengalu-alukan semua pandangan pro dan kontra. Itu adalah amalan demokrasi. Tetapi dalam negara ini yang diperintah oleh MAHA Maharaja Setan laknatullah takut kepada amalan demokrasi yang sihat.
Kerana apa kerana Maharaja Setan paling barua dalam sejarah negara ini yang memerintah takut segala bentuk penyelewengan, amalan rasuah yang ia dan kuncu-kuncunya lakukan, menyalahgunaan kuasa dan sebagainya dibongkar dan didedahkan kepada rakyat. Sekiranya ini dapat dilakukan, maka rakyat akan hilang kepercayaan dan kewibawaan terhadap kerajaan yang diperintah oleh Maharaja Setan ini yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan regim UMNO-BN. Hilang kuasa bermakna hilang semuanya yang ada di dunia ini. Hilang kedudukan dan hilang kemewahan hasil rompakan harta rakyat yang tidak dihalalkan oleh rakyat.
Polis menjalankan tanggungjawab yang terbaik di era sebelum 1987. Ketiga itu pasukan polis sungguh tercemerlang dalam menjalankan peranannya menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Banyak nama-nama pegawai kanan polis yang tersohor peranannya seperti Zaman Khan dll. Mereka menjalankan tugas penuh tanggungjawab.
Tetapi selepas tarikh tersebut, peranan dan tanggungjawab pasukan polis sudah berubah. Rakyat bukan bodoh lagi. Polis dilihat bertindak mengikut telunjuk para pemimpin UMNO laknatullah bagi menjaga survival UMNO dan para pemimpin UMNO celaka yang memerintah bersultan di hati dan beraja di mata.
Sejak dari itu, tindak-tanduk pasukan polis tidak lagi mengikut garis panduan perlembagaan dan HAM yang diiktiraf oleh manusia yang bertamadun.
Pembohongan demi pembohongan dilakukan oleh pasukan polis untuk menipu rakyat untuk menyelamatkan UMNO dan para pemimpinnya macam setan. Banyak inseden-inseden yang boleh dibuktikan menunjukkan polis bertindak berdasarkan mengikut telunjuk UMNO laknatullah.
Pembunuhan beramai-ramai di Memali misalnya sampai kini belum dapat diselesaikan (1985-2011). Polis bertindak ganas atas arahan siapa ketika itu. Polis sanggup menembak dan menyerang dengan menggunakan kereta kebal masuk ke kampungan Ibrahim Libya yang bersenjatakan parang kontot seperti pihak polis tunjukan kepada rakyat ketika di ambang bersih 2.0 lalu.
Dakyah parang kontot ini sering digunakan oleh pasukan polis bagi membohongi rakyat bahawa golongan yang menentang UMNO laknatullah itu adalah golongan pengganas.
Disini saya ingin menyarankan kepada pasukan polis supaya pada masa akan datang jangan tunjuk lagi parang kontot lagi. Tunjukkan senjata lain pula bagi menyakinkan rakyat. Takut nanti rakyat ketawakan pasukan polis dulu, kini dan selama-lama menggunakan idea yang lapok.
Gunakanlah kaedah lain bagi menunjukkan pasukan polis itu lebih cerdik dari rakyat.
Post a Comment