Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.
"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.
Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.
Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.
Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".
Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.
Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.
Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.
Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.
Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.
Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.
Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.
Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda.
Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.
Sumber : Malaysiakini.com
Ulasan :
Apa yang hendak ditakutkan kata tidak bersalah. Penghakiman telah diputuskan. Dialah jadi polis menyiasat, dialah jadi AG, dialah jadi pendakwa, dialah jadi peguam bela dan dialah jadi hakim. Tiba-tiba ada orang lain lagi hendak menyiasat, tentulah ada perkara yang tidak kena sebab kita seorang-seorang yang lakukan. Keadilan kepala pak dia.
Siapa yang hendak mengaku berak tengah jalan.
Kita harap selepas ini, Maharaja Setan akan dihina diperingkat antarabangsa kerana isu ini.
2 comments:
BILA NAJIS BERLAMBAK-LAMBAK DITENGAH JALAN CUBA DITUTUP DENGAN NYIRU ! MANA ADA JALAN ! HANYA DI MALAYSIA :)
lama saudara tidak komen di blog saya ni.kemana saudara menghilang
Post a Comment