Sebab itulah Dato' A. Samad Said kata keadaan sosial rakyat dalam negara ini berada dalam kedudukan yang bahaya kerana ia dikuasai oleh golongan bangsawan. Golongan bangsawan kehidupan mereka dikelilingi oleh kemewahan. Oleh sebab itu sekarang, kita dapat melihat kehidupan rakyat tidak dipedulikan. Kebajikan rakyat tidak dijaga. Kenaikan kos harga barangan dan perkhidmatan, kenaikan tarif elektrik dan macam-macam terus naik tanpa henti-henti (pada masa yang sama subsidi untuk rakyat dihentikan atau dipotong) lagi cukup mencengkam kehidupan rakyat. Sastrawan Negara ini mengharapkan pada suatu masa nanti ia kembali dikuasai oleh golongan bangsawan lagi. Harapan rakyat terletak di bahu pemuda-pemuda masa kini akan menentukannya.


No comments:
Post a Comment