BERSIH GAGAL DAPAT PERMIT HIMPUN DI STADIUM MERDEKA-Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.
Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.
"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.
Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.
"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya.
"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh.
Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok
“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.
Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.
Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya".
“Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".
Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.
Sumber : Malaysiakini.com
Dalam pada itu Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaludin Abu Bakar akan tetap meneruskan berarak ke Stadium Merdeka esok. Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata mereka masih merayu penolakkan permohonan permit, tetapi walau apa pun terjadi, mereka tetap akan berhimpun.
Sementara itu PERKASA @ PERKOSA meminta ahli-ahlinya keluar "bersiar-siar” di sekitar Kuala Lumpur khususnya, di Taman Tasik Titiwangsa ekuran kegagalan PERKOSA mendapatkan kebenaran dari pelbagai stadium sekitar Kuala Lumpur yang dipohon sebagai lokasi perhimpunan mereka yang dikenali sebagai "Gerak Aman" dan pihak polis tidak mengeluarkan permit untuknya.
Presidennya merangkap Maharaja Katak "Buat masa ini batal, tetapi kita akan berusaha untuk mendapatkan stadium, kalau dapat kita akan pohon permit polis (sekali lagi).
"Kita memberi cadangan kepada warga PERKASA... Keluar seperti biasa, bersiar-siar, berjalan-jalan pada hari cuti macam di kompleks membeli belah, tempat yang tak menjadi larangan.
Bagi pemimpin Pakatan Rakyat yang menerima perintah mahkamah melalui pasukan polis yang diperkudakan oleh Maharaja Setan melarang 91 pemimpin Pakatan dari memasuki KL, pemimpin Pakatan Rakyat akan tetap turun bersama orang ramai yang akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya di laman sosial tweeter sama ada mereka akan ke Kuala Lumpur esok, menjawab, “ Pemimpin Pakatan Rakyat akan hadiri”.
Walaupun, permohonan BERSIH 2.0 untuk menggunakan stadium Merdeka ditolak (sudah tentu arahan dari Maharaja Setan), namun ia tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.
Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.
BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan yang diperolehi daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.
“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.
“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”
Sudah menjadi perkara biasa bagi mana-mana Negara di dunia yang diperintah sang dictator akan mempergunakan seluruh saluran Negara dan pasukan polis dan tentera bagi menghalang kebangkitan rakyat bagi menumbangkan sebuah regim yang zalim, rasuah, menyalahgunaan kuasa dan menyelewengkan amanah rakyat untuk terus kekal berkuasa. Kaedah ini diaplikasi sepenuhnya oleh Maharaja Setan untuk terus berkuasa, walaupun semakin ramai rakyat membenci dan meluat melihat gara-gara curak pemerintahannya yang kelam-kabut.
SELAMAT BERJUANG KEPADA SELURUH PEJUANG YANG BERANI MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN HARGA DIRI DARI DIKENCING OLEH MAHARAJA SETAN DAN ANJING-ANJING DAN BABI-BABI PELIHARAANNYA.
SEMOGA ALLAH BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG BENAR.
INGATLAH PERISTEWA PEPERANGAN BADAR DI ANTARA NABI SAW DENGAN PIHAK QUARISH YANG DIPIMPIN OLEH ABU JAHAL.
No comments:
Post a Comment