DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, July 7, 2011

CERITA-CERITA MENARIK GABRAH MAHARAJA SETAN





Polis: Perintah mahkamah halang 91 individu


Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang

Cerita selanjutnya di sini





Kakitangan awam pun dilarang ke perhimpunan Bersih 2.0

Tertekan dengan hasrat rakyat yang mahu meneruskan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling melarang penglibatan pegawai awam terbabit dengan perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan Negara.

Pekeliling bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagaimanapun tidak menamakan mana-mana perhimpunan.

Abu Bakar, dalam pekeliling tiga halaman yang dialamatkan semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan persekutuan dan setiausaha kerajaan negeri mengingatkan kakitangan awam supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram. Ketua pengarah JPA mengingatkan kakitangan awam untuk mempertahankan prinsip 'neutrality' dan 'impartiality' dalam perkhidmatan awam dan memastikan mereka berkecuali terhadap mana-mana politik, kumpulan termasukan gerakan, fahaman dan parti politik. Beliau juga menyingkap Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 mengenai tindakan yang boleh dikenakan.

Selanjutnya di sini




Permit sewa bas pun tidak dikeluarkan pada hari Jumaat dan Sabtu ini

Permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengeluaran permit sementara itu tidak perlu kerana ia bukan musim perayaan atau cuti sekolah.

Bagaimanapun perkhidmatan pengangkutan awam - LRT, KTM dan bas - di Kuala Lumpur berjalan seperti biasa pada 9 Julai. Seterusnya di sini

Bagi menutup seluruh saluran komunikasi Bersih 2.0, internet mungkin akan digodam

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa mereka menerima maklumat bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini.

jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata tindakan itu bagi membantutkan perhimpunan berkenaan akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.

Ceritanya di sini



Maharaja Setan semakin kecut perut sehingga 10 orang pemakai baju kening telah didakwa di mahkamah.

Sepuluh ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kajang di Putrajaya kerana memakai baju T BERSIH 2.0 semasa mesyuarat majlis itu pada 29 Jun lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 47(1) Akta Pertubuhan 1966 kerana dituduh memaparkan simbol atau propaganda sebuah pertubuhan haram. Ahli majlis itu didakwa melanggar undang-undang dengan “mempamerkan kenyataan bergambar dan tulisan melalui baju yang dipakai bagi kepentingan satu pertubuhan yang melanggar undang-undang iaitu BERSIH 2.0”.

Sebelum itu pada 6 Julai 2011, seorang peguam dan seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuantan atas pertuduhan memiliki baju T tertera tulisan 'Bersih 2.0 menuntut pilihan raya bersih dan adil', yang memaparkan kepentingan sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ceritanya di sini

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka; warna kuning diisytihar racun terbisa. Diragutnya baju-T segeram tenaga dan diumum itulah busana bahaya. Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu. Kini cahaya mentari mungkin diramas dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya. Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya. A Samad Said

No comments: