DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0 SETUJU BERDEMO DI STADIUM

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga ,Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Sekarang, kami akan bekerjasama dengan kerajaan berhubung perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini," katanya sambil menambah pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai stadium untuk berkumpul.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk kompromi, Ambiga menjawab:

"Ya. Dalam keadaan ini, kami berpendapat, (cara) ini jalan terbaik untuk meneruskan (perhimpunan ini). Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan (perhimpunan) di stadium".

Pertemuan cukup baik

Menurut Ambiga pertemuan Tuanku Mizan berlangsung dengan suasana yang cukup baik dan pihaknya bersyukur dengan pertemuan tersebut.

Sebelum itu, ketiga-tiga pemimpin itu dibenarkan mengadap Yang di-Pertuan Agong jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

Sumber : Malaysiakini.com

BUAT HIMPUNAN BERSIH 2.0 DI SEMUA STADIUM DI SELURUH MALAYSIA

Yang di-Pertuan Agong telah pun bertitah. Titah baginda itu wajar dipatuhi oleh semua golongan rakyat. Kita sedang menanti reaksi UMNO/APCO terhadap titah tersebut. Kita juga sedang menanti reaksi pendokong BERSIH 2.0 terhadapnya. Sekali gus kita menyaksikan campur tangan istana dalam kes kecelaruan politik di Malaysia masa kini.

Perlukah BERSIH 2.0 dibatalkan? Meskipun ketika rencana ini ditulis, kita belum mendengar apa-apa jua perkhabaran daripada mana-mana pihak, BERSIH 2.0 perlu diteruskan. Perhimpunan itu perlu diadakan secara besar-besaran. Di mana? Di seluruh negara kita ada banyak stadium. Adakan perhimpunan BERSIH 2.0 di semua stadium yang ada di negara kita. Tidak kira stadium besar, sederhana, atau kecil. Himpunkan semua rakyat yang terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Perhimpunan itu perlu diadakan secara berperingkat-peringkat bermula dari Kangar, Perlis hingga ke Semporna, Sabah selagi lapan tuntutan itu tidak dipenuhi.

Beritahu mereka lapan tuntutan BERSIH 2.0 itu. Biar UMNO/APCO tahu bahawa niat sebenar BERSIH 2.0 bukan untuk menggulingkan kerajaan atau menentang Yang di-Pertuan Agong. Biar UMNO/APCO tahu bahawa semua peserta perhimpunan BERSIH 2.0 tidak kurang ajar seperti mereka yang berdemonstrasi di Pulau Pinang itu. Biar seluruh dunia tahu peserta perhimpunan BERSIH 2.0 cerdik dan bertamadun.

Apabila sampai Pilihan Raya Umum Ke-13, kita pakat-pakat pangkah Pakatan Rakyat demi menamatkan pemerintahan UMNO/BN. Jom ubahhhhh!!!

Sumber : DISINI

1 comment:

Anonymous said...

kalau kat stadium bekannya berdemo tapi berceramah, tak rock langsung.