Apa lagi yang anda mahu tahu, segala bentuk kajian, undian dan bancian dibuat berhubung Himpunan BERSIH 2.0 yang dituduh haram oleh pemimpin Umno-BN, semuanya berpihak kepada rakyat.
Kini, kebanyakan rakyat sudah mula menunjukkan riak mereka tidak lagi suka dengan Barisan Nasional (BN) yang mereka tersilap pilih dalam pilihanraya umum lepas (PRU-12).
Sebelum ini, The Star Online telah membuat banciannya berkaitan populariti yang dicapai BERSIH 2.0 yang bertujuan melihat sejauh mana rakyat bersetuju himpunan itu diadakan. Amat mengejutkan, 99% hasil undian bersetuju dengan BERSIH 2.0. Baca laporan seterusnya di sini.
Hari ini, penulis WarkahDaily Online meninjau satu undian yang dilakukan oleh portal berita satu bumbung rasmi Umno, Utusan Malaysia milik KarangKraf, Sinar Harian juga menunjukkan hasil yang sama menyebelahi BERSIH 2.0 yang cuba diharamkan pemimpin kerajaan Umno-BN.
Undian Sinar Harian setakat hari ini, 7 Julai jam 11 pagi, menunjukkan 65% daripada 13,440 orang pengundi telah memilih ‘menyokong’ Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Baki daripadanya tidak menyokong.
Jelas, rakyat dilihat tidak termakan dengan provokasi jahat pihak pemimpin Umno-BN dan polis yang bersekongkol untuk melawan kebangkitan rakyat demi survival kuasa mereka.
Sekarang, memberi gambaran kepada kita, pemimpin Umno-BN dan polis bukan lagi bermusuhan dengan Pakatan Rakyat (PR) dan pihak BERSIH 2.0, namun lebih besar lagi, mereka kini sedang berhadapan dengan rakyatnya sendiri. Maksud lain, kerajaan BN telah bermusuhan dengan rakyatnya sendiri.
Tidak keterlaluan jika penulis WarkahDaily Online boleh berkata, rakyat Malaysia sudah muak dan tidak boleh menerima lagi pemerintahan kerajaan BN dan ianya harus digantikan seberapa segera yang boleh.
Sumber : warkahdaily.blogspot.com
No comments:
Post a Comment