Trio Umno atau Datuk T mengaku bersalah mengedarkan video lucah dan masing-masing didenda antara RM3,000 hingga RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Ketiga-tiga mereka, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda RM1,000; Datuk Shazryl Eskay Abdullah RM3,000 manakala bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim RM1,500.
Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:
“Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”
Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.
Ketiga-tiga mereka didakwa selepas tiga bulan mengaku menayangkan video seks yang dikatakan dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menafikan beliau adalah pelakunya. Keluarga Anwar juga menafikan itu adalah Anwar manakala Datuk Johari Abdul, anggota Parlimen Sungai Petani, antara orang paling awal ditunjukkan video itu berkata, ia bukan Anwar.
Dalam perbicaraan pagi ini, Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah. Pihak pendakwaan pula diwakili timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.
Selepas pertuduhan dibacakan, mahkamah menangguhkan perbicaraan untuk membolehkan tertuduh berunding dengan peguam masing-masing. Apabila mahkamah disambung balik, ketiga-tiganya mengaku bersalah dan dikenakan denda berkenaan.
Ini bermakna, kes ini hanya berjalan sekejap sahaja dan selesai.
Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.
Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.
Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju dan berkata "Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.
Sumber : Harakahdaily.net
Sememangnya Negara ini berada diambang kehancuran dan akan dilaknat oleh Allah saw kerana system keadilan yang tempeng angkara pemimpin yang angkoh dan sombong, zalim, perasuah, menyalahgunaan kuasa dan menjadikan rakyat sebagai hamba abdi sepanjang masa.
Hukuman yang dijatuhkan ke atas 3 ekur setan ini sangat tidak setimbal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Penguasa yang zalim telah memanipulasikan undang-undang memberi advantage kepada setan-setan ini.
Saya terkenangkan pada 10 Jun lalu seorang pemandu bas, P. Kanapathy, 38 dihukum penjara maksimum tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di Melaka selepas mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan cakera padat video (VCD) lucah kepada seorang penumpang wanita warga Indonesia (tetapi setan-setan 3 ekur ini menayangkan video lucah kepada berpuluh orang terpilih dan berjuta manusia tua-muda di seluruh dunia) di dalam bas yang dipandunya didakwa di bawah Seksyen yang sama dengan setan-setan ini, tetapi mereka dihukum paling ringan dalam sejarah perundangan negara berbanding kerosakan yang mereka telah lakukan.
Kes ini berlaku pada pukul 8.15 malam, 6 Jun 2011 semasa dalam bas ekspres Melor Interline yang dipandu oleh P. Kanapathy antara Plaza Tol Sungai Besi dan Jalan Bemban, Jasin, Melaka. Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Kanapathy yang merupakan bapa kepada empat anak memohon hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai tanggungan keluarga, tetapi mahkamah menolaknya dengan alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius (seorang pun serius, apatah lagi berjuta manusia telah menontonnya).
Rakyat Malaysia telah dapat melihat sendiri perjalanan perundangan di Malaysia. Keadilan di Malaysia hukuman berdasarkan pilih bulu (darjat dan keturunan), kuasa dan wang bukan berdasarkan konsep keadilan. Kanapathy terpaksa merengkok dalam penjara selama 3 tahun kerana Kanapathy tidak kenal Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor.
Apa bezanya Kanapathy dengan setan-setan ini. Kesalahan mereka adalah sama dan didakwa pun menggunakan Seksyen yang sama. Yang membezakan mereka hanyalah status dan kedudukan. Yang satu itu hidup susah, tetapi 3 ekur setan ini punya wang yang banyak dan berkuasa pula serta menjadi kenalan baik pada Najib-Rosmah.
2 comments:
HUKUMAN PADA INDIA MABUK RM3000 SYABAS ,PUNYA LA ADIL !
Memang saudara ku Amuraria negara ini diperintah oleh kaum baruah lebih jahatnya lebih dari syaitan laknatullah yang derhaka kepada Allah saw.
Golongan ini lebih jahat dan lebih zalim daripada Abu Jahal di zaman jahilliah dan lebih berkuasa daripada Firaun laknatullah. Selagi golongan ini tidak dihapuskan di Malaysia ini, selagi itulah seluruh rakyat tidak akan aman dan tenteram.
Berdasarkan itu semua adalah wajib ke atas seluruh rakyat di negara ini bangun serentak menumbangkan golongan penguasa yang paling zalim ini pada PRU ke-13 nanti.
Berjuang menghapuskan UMNO adalah JIHAD dan merupakan satu perjuangan yang suci.
Post a Comment