Dewan Pemuda PAS Pusat menganggap kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mengaitkan serangan terhadap beberapa laman web kerajaan ada kaitan dengan himpunan Bersih sebagai tidak bertanggungjawab.
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan tanpa menampilkan sebarang bukti itu adalah cubaan memberi gambaran buruk terhadap himpunan aman Bersih 9 julai ini.
"DPPM kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab beliau yang menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Menteri dengan menyebarkan fitnah berasaskan andaian semata-mata. Amat buruk dan sangat tidak profesional bila mana seorang Menteri berkelakuan begini," katanya.
Semalam Rais mendakwa serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
Mengulas lanjut, Riduan berkata kenyataan menteri itu adalah cubaan mengalih perhatian rakyat dan menyembunyikan kelemahan kerajaan menangani pencerobohan penggodam itu sehingga beberapa maklumat dibocorkan.
"DPPM mencadangkan organisasi Bersih membuat laporan polis dan menyaman menteri ini diatas tindakan beliau," ujarnya lagi.
Pemuda PAS Pusat juga tegasnya mahu hasil siasatan terhadap serangan siber itu didedahkan kepada rakyat.
Ia kerana kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit wang rakyat untuk menyediakan fasiliti keselamatan siber namun begitu mudah laman-laman berkenaan diserang hingga menyusahkan ramai pihak.
Sumber : DISINI
Ulasan :
Hebat Pakatan Rakyat mempunyai pakar-pakar IT yang boleh mengodam website kerajaan. Kalaulah macam itu PRU ke-13 ini godam semua website yang dimiliki oleh kerajaan dan juga blog-blog pro UMNO.
Dengan kepakaran itulah dalam PRN Serawak ke 10 baru-baru ini website Malaysiakini, MalaysiaReview, Harakahdaily, Serawak Report dan banyak lagi web pro Pakatan digodam.
Bernasnya otak Rais Yatim. Tak ada isu nak dicakap carilah isu-isu murahan seperti itu.
Dulu bakar jambatan, kini disambung balik. Manusia paling hipokrit dan munafik. Buku ditulisnya telah dibakar dan habuknya dibuang ke dalam laut merah.
No comments:
Post a Comment