DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, June 28, 2011

PEMIMPIN BABI BERJIWA SETAN SEWA RUMAH SAHAJA RM18,000 SEHARI

Rakyat dibiarkan merana dalam kemiskinan. Pemimpin tambah kaya raya kerana kebodohan rakyat. Pemimpin boleh berbelanja sakan menggunakan duit rakyat. PM dan TPMnya berbelanja RM18,000.00 sehati, sedangkan jumlah itu cukup untuk keperluan setahun bagi rakyat miskin yang berpendapatan RM300.00 sebulan ke bawah.

Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat

Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.

Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.

"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.

"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.

Sumber : DISINI

Para pemimpin UMNO adalah terdiri daripada golongan BABI berjiwa SETAN termasuk PM dan TPMnya membelanja duit rakyat sesuka hati tanpa memperhitungan kebajikan rakyat. Rakyat berada dalam kedudukan merana kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Minyak petrol naik, tariff elektrik naik, tariff air naik semuanya naik menyebabkan kenaikan barang-barang keperluan asas rakyat turut mencekik kehidupan rakyat.

Tetapi kerana UMNO berjaya dalam agendanya menglembukan rakyat, maka golongan babi dan setan yang merintah boleh buat apa dia suka. Walaupun bagaimana pun tidak semua rakyat boleh diperlembukan, maka golongan ini bangkit menentang puak-puak BABI dan SETAN dan gerombolannya melalui BERSIH 2.0.

Pilihan raya adil dan bersih cukup menakutkan golongan babi dan setan ini.

No comments: