DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, June 4, 2011

MUKTAMAR PAS KE-57 AMAT PENTING


Muktamar PAS kali ke-57, hampir melabuhkan tirainya. Muktamar pada kali ini amat penting, pertama adanya pemilihan dan perubahan kepimpinan dalam PAS menjelang PRU ke-13 bagi menentang hemogini politik UMNO dalam Negara ini. Kedua adalah diharapkan perubahan kepimpinan dalam PAS akan membawa perubahan atau pendekatan yang lebih agresif bangkit menentang UMNO dan BN bersama-sama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Harapan rakyat agar regim UMNO dapat dikuburkan atau pun dapat direhatkan sementara waktu selepas PRU nanti.

UMNO telah banyak membawa kecelakaan yang menimpa ke atas kepala rakyat jelata keseluruhannya khususnya orang Melayu dan Islam. Orang Melayu telah kehilangan serba-serbi 54 tahun UMNO memerintah berkongsi kuasa dengan kaum-kaum lain dalam BN. Orang Melayu lebih baik sedikit taraf kehidupannya berbanding di zaman penjajahan Inggeris dahulu. Orang Melayu masih tersisih dalam pendidikan, ekonomi, kedudukan kuasa politik mulai tergugat kerana strategi bodoh dan bangang para pemimpin regim UMNO pada tahun 2003 dan lain-lain sector juga turut kebelakang berbanding kaum-kaum lain. Pendokong regim ini pasti tahu yang mereka diajar untuk menentang sesiapa sahaja yang berhujjah dengan mereka dan mereka tidak akan mengaku kesalahan mereka walau pun selalunya mereka tidak betul, umpamanya tentang sumpah laknat yang dilakukan bajingan Datuk T, mereka akan pertahankan sumpah itu walau pun bertentangan dengan ajaran Islam.

Islam pula dipinggirkan. Islam menghadapi masa depan yang tidak menentu kerana regim UMNO menggunakan Islam bagi kepentingan politiknya. Islam sering dihina dan diperlekehkan. Pegangan umat Islam terhadap Islam semakin longgar. Aqidah umat Islam semakin rapuh di bawah regim ini memerintah. Berbagai gejala tidak sihat berlaku di kalangan masyarakat. Pergaualan bebas muda-mudi berluasa yang mencetuskan hubungan seks bebas yang akhirnya banyak bayi-bayi yang di buang di tepi-tepi jalan dan di merata tempat. Imej Islam turut dicalarkan oleh regim UMNO kerana casino terbesar di dunia terletak di Malaysia iaitu Casino Genting (di PAHANG). Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bahawa Malaysia merupakan 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia. rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus. Begitu juga dengan berbagai aktivit maksiat dan perjudian halal dan haram turut berkembang dalam masyarakat kerana kerajaan sekarang tidak mementingkan Islam sebagai panduan hidup umatnya.

Pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden menggantikan Nasharuddin Mat Isa akan membawa pendekatan baru menentang UMNO bagi membela nasib rakyat yang tidak terbela di bawah regim UMNO. Nasharuddin lebih ‘mesra alam’ dengan regim UMNO. Oleh sebab itu media massa yang dikuasai regim ini membuat liputan meluas mengenai kepimpinan ulama dalam PAS menjelang muktamar. Ini secara tidak langsung membantu kempen bagi pihak Nasharuddin.

Kemenangan Husam Musa (yang dituduh memberi wang kepada seorang blogger upahan UMNO yang gila Kickdefella atau dikenali dengan Syed Azidi Syed Abdul Aziz) kembali semula sebagai Naib Presiden, manakala Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar mengekalkan kerusi Naib Presiden masing-masing. Kemenangan mereka ini dipercayai merancakkan lagi merangka strategi baru yang lebih agresif menentang UMNO. Kalau dulu strateginya ‘mahu tapi malu’ untuk bersatu dengan regim UMNO, tetapi kini dengan gadingan baru dalam PAS akan menjarakkan PAS dengan UMNO selari dengan penegasan Presiden dalam ucapan dasarnya bahawa PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Polisi Bersama Pakatan Rakyat yang sudah dibahas dan diterima oleh PAS.

Harapan rakyat, gandingan lama dan baru akan mencaturkan semula gerak kerja PAS yang kelihatan mandom kerana adanya strategi mahu tapi malu membonsaikan segala aktiviti PAS sebelum ini. Secara perbandingan, suasana menjelang PRU ke-12 dulu amat berbeza dengan suasana di ambang PRU ke-13 kali ini. Kalau dulu berbagai aktiviti dan gerak kerja PAS dilakukan terutamanya ceramah-ceramah umum diadakan seluruh pelosok Negara termasuk ke ceruk-ceruk kampung yang terpinggir bagi menerangkan isu-isu semasa ketika itu, tetapi kini rakyat tidak dapat maklumat terkini dan tepat yang keluar dari mulut pemimpin PAS sendiri. Kini, rakyat hanya bergantung kepada media massa regim UMNO yang sudah tentu dimanipulasikan untuk kepentingan regimnya bukan kepentingan rakyat.

PAS sebagai rakan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak agresif seperti dulu lagi (mungkin pendekatan baru) membiarkan rakan-rakan dalam PKR sendiri menentang dakyah jahat regim UMNO, seolah-olahnya masalah PKR adalah masalah peribadi bukan masalah Pakatan Rakyat. PAS tidak bersama-sama menjelajah ke seloroh pelusuk Negara menerangkan kepada rakyat mengenai isu-isu semasa yang melibatkan regim UMNO menyalahgunakan kuasa dan urustadbir negara termasuk isu liwat II dan isu video lucah yang mana regim UMNO memperalatkan seluruh jentera kerajaan untuk memusnah seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Ini mengambarkan PAS sudah kekeringan idea untuk bangkit menentang regim UMNO yang memerintah yang tidak lagi memperdulikan nasib rakyat. Standard of living rakyat merudum dengan kenaikan harga petrol dan tariff elektrik (kontrak IPP disembunyikan kerana kerajaan ada kepentingan) yang turut menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, sedangkan kadar upah tidak dinaikkan kerana regim UMNO yang memerintah kekeringan duit disebabkan ketirisan yang melampau akibat amalan rasuah dan menyalahgunaan kuasa memperkudakan institusi-institusi Negara bagi kepentingan kelompok berkuasa dalam regim agar turus bergayut pada kuasa. PAS membiarkan regim UMNO memeras keringat rakyat demi memenuhi kantong kerajaan dengan menaikkan cukai, harga petrol, tariff elektrik, menaikan harga barangan keperluan harian rakyat sesuka hati tanpa ada bantahan dan halangan seperti yang PAS pernah lakukan di masa-masa lalu.

Akibat kemandoman PAS itulah yang menyebabkan PAS kini menghadapi situasi yang agak mencabar untuk mengembalikan sokongan dan undi Melayu-Islam sebagai alternatif kepada UMNO. Selain itu, program "PAS Ganti UMNO" rakyat tidak faham dan juga dikatakan masih jauh daripada matlamat yang digariskan kerana kelemahan jentera penerangan PAS. Propaganda dan sentimen perkauman dan agama yang ditiupkan media massa regim UMNO berjaya menarik mood Melayu-Islam untuk menolak PAS kerana PAS gagal melaksanakan untuk memahamkan rakyat.

Kesimpulannya, dengan kepimpinan yang baru dipilih ini boleh merangka satu pelan tindakan segera (kerana tempuh menjelmanya PRU ke-13 sangat singkat) pendekatan terbaik PAS untuk mendekati dan menarik sokongan pengundi Melayu terutama di kampung-kampung tradisi, di ulu-ulu, kawasan Felda (4 pilihan raya kecil semuanya PAS kalah) dan yang lebih penting dari itu ialah menangani komplot jahat SPR-BN-JPN-PDRM-SPRM-AG khususnya menyekat manipulasi senarai daftar pemilih dan memantapkan posisi PAS dalam persefahaman politik bersama PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat.

No comments: