DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, June 18, 2011

KEMASKINI : MOHAMAD SABU TIDAK SEPATUTNYA HADIR DALAM MAJLIS PELANCARAN LL4G MALAM INI

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.

Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00 malam.

"Ya, saya akan hadir dalam majlis itu," katanya.

Ketika ditanya harapannya kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, semua anggota masyarakat perlu bangkit menentang kezaliman di mana sahaja ia berlaku termasuk dalam negara ini.

Terdapat tiga lagi ucapan selain dari beliau yang mewakili Pakatan Rakyat, Pengerusi LL4G, Noorazman, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Najib.

Selain pidato, hadirin akan melihat persembahan multimedia mengenai apa yang berlaku dalam Flotilla 1, persembahan lagu Gaza dan deklamasi sajak Palestin oleh Dr Lim Swee Tin.

Penyanyi nasyid, Muadz Dzulkifley juga akan menghiburkan penonton dengan lagu-lagu bersemangat termasuk adaptasi daripada Hadis Nabi Muhammad SAW.

Menghimbau sejarah pada 8 Mei 2002, dua pemimpin utama Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor pernah berada sepentas berbicara tentang isu sama, Palestin.

Pertemuan dua pemimpin utama umat Islam negara ini telah menghasilkan Pernyataan Bersama berbunyi:

"Atas semangat kemanusiaan dan keamanan sejagat, kami atas nama rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan keturunan serta fahaman politik yang berbeza-beza, berkongsi rasa, cita dan perjuangan dengan seluruh rakyat Palestin yang mempertahankan hak di bumi kelahiran mereka.

"Kami menggesa seluruh warga dunia agar turut serta menyuarakan dan memberikan sumbangan dalam bentuk apa sahaja sehingga rakyat Palestin dapat hidup dengan aman dan damai di negara yang berdaulat''.

Sementara itu, AJK Pemandu LL4G Malaysia, Zulkefli Mohd Nani dalam kenyataannya berkata, penentangan terhadap kezaliman Israel menuntut kesanggupan semua rakyat negara ini tanpa mengira ras, agama dan budaya.

Menurutnya, LL4G adalah sebuah gabungan badan bukan kerajaan Malaysia, akan menyertai bersama lebih 600 sukarelawan antarabangsa dari pelbagai bangsa dan agama, dalam Misi Kemanusiaan “International Freedom Flotilla 11” ke Gaza hujung bulan ini.

Menurutnya, kesemua kapal antarabangsa ini dijangka berada di lautan pada 27 atau 28 Jun ini.

"Misi Pelayaran Kemanusiaan ini bakal disertai oleh 13 buah kapal antarabangsa; 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo, akan belayar bersama menghantar bantuan kemanusiaan.

"Sekali gus memberi tekanan supaya Israel menamatkan embargo ekonomi yang dikenakan ke atas penduduk di Gaza dan Palestin.

"Bertemakan Pertahankan Kemanusiaan atau Stay Human, misi ini bergerak berdasarkan prinsip-prinsip keamanan dan mematuhi seluruh undang-undang antarabangsa termasuk semua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," jelasnya.

Zulkefli turut memaklumkan misi ini akan membawa bersama bantuan kemanusiaan seperti peralatan hospital yang amat diperlukan oleh penduduk di Gaza, bahan-bahan pendidikan untuk kanak-kanak serta barangan pembinaan asas yang diperlukan dalam pembinaan semula bangunan.

Sumber : DISINI

Ulasan :

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diberitakan akan menghadiri Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang akan diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur malam ini.

Kehadiran Mohamad Sabu dalam majlis yang turut sama dihadiri oleh PM, Najib Razak (Presiden UMNO) dan Khairy Jamaluddin (Ketua UMNO) adalah tidak wajar dan tidak kena pada tempatnya.

Berkongsi pentas yang sama untuk berucap dan akan diiringi persembahan hiburan yang menyoronokkan adalah tidak suai kerana majlis ini bertujuan untuk mengutip derma, mengisahkan kekajaman Isreal, membaca puisi dan sebagainya bagi tujuan menaikkan semangat orang ramai (rakyat Malaysia amnya) untuk membantu mangsa-mangsa keganasan Israel yang terdiri daripada rakyat Pelestain yang tertindas berdekad-dekad lamanya, tetapi kita bersuka ria dengannya.

Mat Sabu tidak sepatutnya berada sepentas dengan Najib kerana Najib secara tidak langsung menyokong Israel dengan menggunakan perkhidmatan APCO. APCOlah yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pentadbiran Najib bagi mengembangkan idea-idea, strategi dan taktik untuk memusnahkan musuh-musuh politik Najib dalam Negara ini.

Sebanyak RM72 juta duit rakyat digunakan untuk membayar perkhidmatan nasihat APCO kepada Najib. Wang rakyat yang diterima oleh APCO itu digunakan semula untuk memusnahkan penentang-penentangnya (sebenarnya pejuang-penjuang rakyat) yang terdiri daripada para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri sama ada PAS, PKR dan DAP. Anwar Ibrahim menjadi target utama APCO (juga musuh utama Najib) untuk dimusnahkan sepertimana mereka memusnahkan pemimpin Hamas Sheikh Ahmed Yassin yang dibunuh dengan kejam dengan menggunakan peluru berpandu dari atas udara di waktu beliau baru selesai menunaikan solat subuh dan melangkah untuk meninggalkan masjid.

Semenjak Najib menggunakan perkhidmatan APCO sebagai ‘Penasihatnya’, Najib telah mengambil tindak lebih nekad dan lebih berani lagi. Tindakannya kini sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan dan prinsip-prinsip peradapan. Beliau seolah-olah hilang pedoman sebagai seorang manusia yang berakal. Beliau memberi sokongan penuh, galakkan dan perlindungan kepada individu, golongan, puak, organisasi dan pertubuhan yang memberi sokongan kepadanya untuk melakukan sebarang tindakan terhadap musuh-musuh politik, mereka diberi imuniti.

Beliau boleh bertindak lebih kejam terhadap musuh-musuh politiknya dengan sokongan golongan ini. Disamping itu, beliau juga telah membelakangkan dan sudah tidak mengambil kira lagi kebajikan rakyat, malah hampir menyamai apa yang dilakukan oleh regim Isreal ke atas rakyat Palestin.

Apa yang dipentingkannya sekarang ialah matlamat politiknya tercapai. Falsafah politiknya matlamat menghalalkan cara. Berapa kos yang beliau perlu bayar, tidak perlu ambil kira dan beliau sanggup membayarnya dengan harga yang paling mahal agar cita-citanya mengekalkan kuasa tercapai.

Najib menjadikan seluruh instrument pentadbiran Negara sebagai kuda tungganngannya. Sistem keadilan Negara dilacurkan (sejak dari era Mahathir lagi) sehingga hancur lebur dan kini menimbulkan krisis keyakinan di kalangan rakyat. Rakyat telah sedar terdapat amalan rasuah dan pembelian hakim boleh berlaku dalam system keadilan Negara seperti yang dibuktikan dalam Siasatan Diraja mengenai kes video Lingam. Pasukan yang menjaga keamanan dan ketenteraman awam pula musnah kredibilitinya.

Di bawah pemeritahannya, para pemimpin diangkat menjadi tuan kepada rakyat dan rakyat seluruhnya dijadikan hamba abdi. Rakyat di bawah tidak ada nilai. Slogan ‘rakyat didahulukan’ adalah satu agenda tersembunyi untuk menekan rakyat seperti isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dengan mengurangkan subsisdi. Rakyat dipaksa sujud bagi memenuhi kehendak kerajaan pimpinannya.

Najib dilihat menggunakan sepenuhnya strategi Israel mengekang pergerakan penentang-penentangnya. Kuasa yang ada digunakan sepenuhnya. Golongan berkuasa (kuat) akan menguasai yang tidak berkuasa (lemah). Sebelum musuh menerkam, kita hendaklah menerkamnya terlebih dahulu. Dalam pertempuran sama ada kita dibunuh atau kita membunuh. Sebelum musuh menembak, kita perlu menembak terlebih dahulu. Kita dimusnahkan atau kita memusnahkan.Inilah yang menjadi pegangan Israel selama ini dalam menghadapi musuhnya (Palestin).

Melihat permainan politik Najib masa kini, Najib bertindak yang tidak mengenal batas-batas dosa-pahala. Oleh itu, langkah yang diambil oleh Mat Sabu itu adalah TIDAK TEPAT dan TIDAK SESUAI dengan masa yang ada. Manusia durjana seperti Najib ini tidak perlu ada perkongsian rasa pertanggungjawapan dan rasa kemanusiaan sejagat. Beliau sendiri telah menafikan hak itu dalam Negara ini dan seolah-olah beliau sekongkol dengan regim Israel untuk memusnahkan seteru masing-masing.

NAJIB ADA PISTOL, TETAPI TIDAK ADA PELURU

Cerita selanjutnya disini . Najib takut dengar pidato Mat Sabu.

Najib jadi berani kerana ada KPN dibelakangnya, ada Zaki Azmi (CJ) dan Ghani 4tahil (AG). Kalau tidak ada mereka ini lama dah Najib mampus.

No comments: