DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, June 7, 2011

MENTERI KERAJAAN PANDI KUTTY TELAH BERI AMARAN

Menteri Beri Amaran Demo BERSIH 2.0

KUALA LUMPUR 6 JUN : Pihak berkuasa memberi amaran tegas bahawa tiada pengecualian undang-undang terhadap perhimpunan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, BERSIH 2.0.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau memberi layanan istimewa kepada demonstrasi berkenaan.

"Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

"Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa,"dakwa beliau.

"Kita ikut undang-undang, keutamaan kita (pada) keamaanan dan keselamatan. Jika ini pertimbangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh tuduh KDN dan polis salah guna kuasa," tambahnya, petik portal Malaysiakini.

Semalam, muktamar PAS ke-57 meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta pada 9 Julai akan datang.

Sumber : TVSelangor

Hussain kena tanya pasai apa orang nak buat perhimpunan tersebut. Tengok tujuan tu. Tentulah mereka sangat muak dengan SPR yang sangat tak profesional. Merancang pilihanraya untuk memberi kemenangan besar kepada BN. Ini semua rakyat yang ada otak tahu. Yang otak udang saja tak tahu atau buat-buat tak tahu. Rakyat kena lawan SPR yang sangat tak ada maruah tu. Mereka mesti paham kalau buat pilihanraya tipu, kerajaan yang dilantik tak sah, belanja duit negara haram, kabinet haram, lantikan menteri haram, buat keputusan haram, semua surat tandatangan kabinet, PM, TPM, Menteri, timbalan menteri dan semua penjawat hasil kabinet tu pun haram. Semua ni SPR kena paham dan kena tanggung dunia & akhirat. Bukan senyum buat bodoh. Tu yang nak buat Perhimpunan BERSIH. Nak bersih semua yang HARAM tu! Nak selamatkan hangpa la di akhirat nanti.

No comments: