DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, June 26, 2011

LAKSANA DAHULU TUNTUTAN BERSIH, BARU "ANAK JANTAN" - DR NASIR

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak perlu ada keberanian terlebih dahulu untuk menunaikan segala tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0, jika mahu mencabar Pakatan Rakyat bersaing di arena itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang juga bekas tahanan Bersih 1 pada 2007, Najib sepatutnya hanya mencabar Pakatan Rakyat bertanding selepas beliau melaksanakan gesaan rakyat di bawah gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan di negara ini yang mahukan pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

" Kalau kita lihat semua tuntutan Bersih, ia adalah tuntutan yang memang semua orang mahukan untuk dapatkan pilihan raya yang adil.

" Kalau ini dapat kita laksanakan, lepas itu kita boleh berlawan (secara adil). Sekarang ini kalau pilihan raya memang berat sebelah. Cuba kita lihat tuntutan Bersih itu, boleh mereka kata tidak mahu.. Kalau mereka tak mahu, maknanya mereka tak mahu pilihan raya yang bersih," kata Dr Nasir merujuk kepada pendirian Najib dan rakan-rakannya dalam Umno-Barisan Nasional(BN).

Semalam Najib mencabar Pakatan Rakyat untuk berdepan dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 sebagai "anak jantan" dan bukan turun di jalanan untuk mengadakan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dakwa Najib, himpunan Bersih 2.0 bukan bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi bertujuan mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan

berdepan dengan undang-undang,” Najib dipetik sebagai berkata ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di Kuala Lumpur, semalam.

Najib juga turut memberi amaran bahawa beliau akan mempertanggungjawabkan segala insiden pada hari berkenaan kepada Pakatan Rakyat dan mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan akan menerima "akibat" dari perbuatan itu.

Melihat kepada pendirian Najib dan tindakan polis mutakhir ini menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning terutamanya yang mempunyai logo Bersih jelas mencerminkan ketakutan yang begitu memuncak dalam jiwa pemimpin negara itu.

" Najib sekarang ini memang paranoid, takut pada bayang-bayang sendiri. Nampak orang baju kuning pun tak boleh.

" Oleh kerana 2008, rakyat sudah berubah. Ramai orang yang mengundi kita... tetapi oleh kerana penyelewengan, kemenangan kita itu nampak kecil kita menang (majoriti undi)," katanya.

Oleh itu katanya, segala bentuk perundangan hatta nama Yang di-Pertuan Agong akan digunakan bagi mengekang kemaraan rakyat kerana mereka tahu tuntutan yang dibawakan oleh Bersih 2.0 akan meranapkan impian mereka mempertahankan Putrajaya.

" Sekarang ini kalau kita berentap, memang berat sebelah kepada dia (Umno-BN). Sebab itu mereka tak mahu ikut Bersih, mereka akan bermasalah, mungkin mereka akan jatuh.

" (Trend pengundian) ini yang mereka takutkan sebab kalau tidak ada penyelewengan, mereka tidak akan lepas (menang pilihan raya). Sebab itu tuntutan Bersih yang sememangnya adil, tidak ada satu pun yang boleh dipertikaikan kepada sesiapa yang mahukan pilihan raya adil, inilah yang harus diikuti.. tetapi mereka tak mahu itu. Jadi kalau kata nak bertanding secara saksama, tapi tak mahu ikut cara yang betul macam mana?," kata Dr Nasir.

Sumber : DISINI

7 comments:

Anonymous said...

Q :Siapa dapat Projek HSBB (main con & Sub Con)???
A :Zam Zam Ala Kazam (GCEO), Ahmad Azhar Yahya (Chief Strategy Officer)& Imri Mokhtar (EVP Consumer)

Q :Siapa luluskan projek RM 25 Juta untuk Tajaan Manchester United??
A :Sherena (Cheif Marketing Officer),Zam Zam Ala Kazam (GCEO), Khalis (Chief Human Capital Officer) & Datuk Bazlan (Executive Director)

Q :Faratech, rakan karib siapa???
A :Zam Zam Ala Kazam (GCEO), Khalis (CHCO), Jaafar Majid (Presiden NUTE) & Mariam Bevi Batcha (baru resign)

Q :Ayat siapakah ini “its good working with TM b’coz I can tons od money through corruptions???
A : Jeremy Kung (EVP New Media/CEO TMNET), Giogio Migliarina (Chief Technology Officer) - kedua-dua bangkai nie adalah warganegara asing dan diberikan jawatan tertinggi didalam TM, walhal ramai lagi orang Malaysia yang layak,,, tapi kenapa?? sbb Zam Zam Ala Kazam masukkkkkkk

Q :Syarikat GLC mana didalam Malaysia yang import pekerja dari oversea dan dibayar RATUSAN RIBU RINGGIT???
A : Telekom Malaysia la jawapannya : dan bangkai tersebut adalah seperti jawapan diatas

Q :Adakah benar Imri bercinta dengan Sherene ??
A :Hanya mereka sahaja yang tahu, @ tanya dengan staff di Concord Hotel hehehehe

Q :Mc Kinsey = Consultants + Pengurusan TM yg BARU adalah Staff Mc Kinsey = Siapa yang buat DUIT didalam TM?????
A : Jawapan nie agak syok skit, sbb 8 orang Senior Management adalah dari Mc Khinzir yang mana syarikat consultant ini sehingga kini masih mempunyai jutaan ringgit kontrak dengan TM.

SIAPA YANG UNTUNG ??
SIAPA YANG KAYA ??
SIAPA YANG BUAT DUIT ??
SIAPA YANG JAHAT ??
SIAPA YANG ZALIM ??
SIAPA YANG BANGSAT ??

Anonymous said...

WAJAH UMNO BN DI MTUC - MELAKAR PLOT IMEJ UMNO DALAM POLITIK NEGARA MELALUI POLITIK PEKERJA

Khakid Atan (KA) & Halim Mansor (HM) merupakan budak suruhan Ex GS MTUC-Rajasekaran (RS). Segala gerak kerja KA & HM adalah dicaturkan oleh RS. Mereka bertiga mempunyai connection dgn kjaan UMNO kerana HM adalah ajk UMNO Malacca. Mereka juga menggunakan perantara UMNO iaitu bekas Setiausaha Execitive MASEU-Mustaffa Maarof (MM). Mustaffa Maarof yg juga bekas N.Presiden MTUC telah disingkirkan oleh MASEU kerana mengkritik & cuba menjatuhkan Presiden MASEU dgn melobi EXCO MASEU. MM juga mempunyai connection politik dgn pihak UMNO kerana beliau merupakan ajk UMNO N9. Selain itu MM turut active dlm gabungan Pengguna Islam (S/Usaha-persatuan pengguna pro UMNO yg dipelopori Nakhaie) & PERDANA PEACE Organisation (tajaan Mahathir).

Usaha menumbangkan Team SS (Syed Shahir & Abdullah Sani-CLUB Union) bukan dilakukan dlm masa yg singkat. Ianya adalah perancangan lebih 3 tahun yg dipelopori UMNO kerana UMNO melihat suara pekerja semakin lantang dipelopori Syed Shahir dgn sokongan kuat Abdullah Sani yg juga MP Kuala Langat serta Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen. Umum mengetahui Team SS adalah team yg dipelopori 2 pemimpin parti PKR kerana Syed Shahir adalah Tim. Pengerusi PKR Selangor merangkap Ketua Cabang Kelana Jaya manakala YB Abdullah Sani adalah ahli Parlimen PKR yg lantang menentang dasar pemerintah yg menzalimi pekerja.

Team SS asalnya mempunyai kekuatan yg cukup untuk memonopoli semua jawatan dalam pemilihan MTUC kerana perancangan yang cukup baik serta gerak kerja yang tersusun dengan sokongan kesatuan gabungan MTUC. Kekuatan Team SS diperkukuhkan dengan sokongan padu NUBE yg dikuasai J.Solomon (setiausaha). NUBE amat terhutang budi kepada Team SS kerana team tersebut berjaya membantu NUBE ketika berlaku perpecahan dalam Kesatuan NUBE suatu ketika dahulu.
Team KH dan cabinet bayangannya menyedari halangan amat besar bagi mereka untuk berdepan dengan Team SS. Untuk itu mereka telah mendapatkan kerjasama orang perantara-Mustafa Maarof bagi menjalankan gerak kerja fasa kedua iaitu menyerang balas benteng Team SS. Mustafa Maarof dalam masa sama dengan liciknya menghubungi Jaafar Majid (NUTE) bagi mengujudkan pakatan yang lebih besar bagi mengekang pengaruh Team SS. Difahamkan Jaafar Majid telah membayar sejumlah wang melebihi RM10 ribu untuk mendapatkan khidmat Mustafa Maarof selaku kempen Manager. Jaafar Majid menyedari adalah sukar untuknya menang jawatan Timb Presiden MTUC kerana beliau bukanlah sepopular Shafie B.P Mammal (bekas Presiden NUTE) yg merupakan bekas Tim.Presiden NUTE dan terlibat active diperingkat antarabangsa dalam UNI International yg juga merupakan seteru kepada Jaafar Majid. Pertelagahan antara Jaafar Majid dan Shafie B.P Mammal bukanlah sesuatu yang menjadi rahsia dalam Kesatuan Telekom. Oleh kerana berlaku pertelagahan tersebut maka Jaafar Majid telah mengedarkan surat kepada semua badan gabungan MTUC dengan memaklumkan NUTE keluar dari Gabungan UNI International. Jaafar Majid yang agak low profile dalam approach untuk pemilihan MTUC telah mengambil sikap menyepi apabila dinamakan sebagai calun Setiausaha Kewangan dalam Team KH. Sikap low profile ini adalah satu perancangan yang diaturnya supaya beliau dapat ditawarkan ke jawatan Tim. Presiden oleh kumpulan KH. Strategi berikutnya dari Jaafar adalah dengan berpura-pura menyokong kumpulan SS dengan tidak menghadiri beberapa perjumpaan dengan Team KH. Team KH tidak ada pilihan lain apabila Mustafa Maarof berjumpa dengan Rajasekaran untuk menyokong Jaafar sebagi calun Tim.Presiden. Maka tercapailah hasrat Jaafar untuk dicalunkan sebagai Tim. Presiden MTUC melalui Team KH.

Anonymous said...

Tugasan Mustaffa Maarof masih belum selesai jika Jaafar dan Team KH belum confident untuk menang mengatasi Team SS. Satu perjumpaan telah diatur dengan ahli politik UMNO di Lake Club, Tasik Perdana untuk merencanakan perancangan berikutnya. Tim. Menteri UMNO telah memberI isyarat jelas kepada Team KH supaya mempengaruhi J.Solomon menyokong Team KH. Apa juga tindakan yang perlu hendaklah diusahakan asalkan matlamat UMNO BN untuk melihat tersungkurnya Team SS yg juga dikenali sebagai Team PKR tercapai. Mustaffa Maarof telah berjumpa dengan J.Solomon dan berbincang dengannya caramana untuk memastikan Team SS tewas. Apakah sebabnya J.Solomon mengubah arah dari menyokong kuat Team SS kepada sokongan untuk Team KH? J.Solomon mempunyai terlalu banyak masalah berkaitan dengan kes-kes mahkamah.

J.Solomon juga sedang menghadapi masalah tentangan dari MAYEU (Maybank Union) yang ingin menubuhkan in house union. Kedudukan J.Solomon dalam NUBE banyak bergantung pada keputusan mahkamah terhadap kes-kes yang dihadapinya termasuk status dirinya dan beberapa ahli kumpulannya yang dibuang kerja oleh pihak bank kerana terlibat dalam insiden piket. Mustaffa Maarof telah mengusahakan komitmen dari piahk Putrajaya supaya kes-kes J.Solomon akan diuruskan oleh mereka dengan syarat NUBE memberikan sokongan kepada Team KH.

Team SS berada dalam delima bila J.Solomon dengan tiba-tiba menarik diri dari Team SS dan memberikan alasan untuk bertanding jawatan Setiausaha Agong atas desakan EXCO nya. Sebenarnya J.Solomon bukan berhasrat untuk menang tetapi beliau berperanan sebagai pemecah undi kepada Team SS bagi memastikan survivalnya dalam NUBE dapat dikekalkan dengan bantuan Putrajaya. Perancangan UMNO BN ini dapat dikesan dengan ketara bila Khalid Atan berjumpa dengan J.Solomon dan berbincang bersama Rajasekaran seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Dalam perbincangan tersebut hasrat J.Solomon untuk menang jawatan Setiausaha Agong bukanlah agenda utamanya tetapi agenda khasnya adalah untuk membincangkan strategi memecahkan undi untuk jawatan Setiausaha Agong. Mereka membuat percaturan bagi memastikan ujud pertandingan 3 penjuru bagi jawatan Setiausaha Agung iaitu antara Halim Mansor, J.Solomon dan YB Abdullah Sani. J.Solomon juga ditugaskan untuk mendapatkan sokongan dari GLC Union yang dikepalai Shafie B.P Mammal bersama Mustaffa Maarof.

Apabila berita J.Solomon keluar dari Team SS tersebar, maka Shafie B.P Mammal telah menghubungi semua GLC Union bagi menetapkan kumpulan mana yang perlu disokong. Untuk rekod Shafie B.P Mammal tewas kepada Syed Shahir pada pemilihan 3 tahun lalu dan peluang bergabung dengan J.Solomon yang secra tidak lansung mempunyai kaitan dengan Team KH adalah semata-mata bagi memastikan Syed Shahir tewas dan dendam lama berbalas

Anonymous said...

samb.....

Antara ahli kumpulan GLC Union adalah Razak (RUM) yg merupakan Union keretapi. Razak RUM tidak bersetuju dengan Team KH kerana bercanggah prinsip dan Team KH sendiri telah memiliki calun Tim.Presiden iaitu Jaafar Majid. Bagaimanapun untuk mencapai kemenangan selaku calun Tim.Presiden Razak RUM memerlukan sokongan NUBE melalui J.Solomon. Razak RUM juga tertarik untuk memberikan sokongan kepada beberapa jawatan tertentu kepada kumpulan KH dan SS. Razak RUM bertindak selaku opportunist yang cuba memanipulasi keadaan perpecahan yang ujud bagi memenangi jawatan Tim. Presiden. Menyedari isu bangsa adalah paling mudah untuk melonjakkan jumlah undian, maka Razak telah meniupkan undi melayu untuk melayu agar belaiu boleh menang jawatan Tim.Presiden. Seperkara yang agak pelik adalah Razak RUM telah 6 tahun tidak membayar yuran gabungan MTUC dan tiba-tiba membuat bayaran dalam jumlah tunggakan yang besar sekaligus bagi memenuhi syarat untuk bertanding. Dimanakah RUM menperolehi kewangan dan adakah terdapat sumber kewangan yang membantunya? Razak RUM juga diketahui mempunyai contact yang baik dengan bekas Presiden MTUC- Dato Zainal Rampak (Transport Woirker Union-TWU).

Hasil dari strategi bersama dengan Mustaffa Maarof, pertemuan telah diatur dengan Dato Zainal Rampak untuk perancangan seterusnya. Zainal Rampak sememangnya bekas penyokong UMNO yang pernah dilantik sebagai Senator semasa menjadi Presiden MTUC. Beliau tewas kepada Syed Shahir 6 tahun lalu. Zainal Rampak juga membuat bayaran tertuggak 6 tahun kepada MTUC untuk melayakkan TWU menghantar perwakilan dalam Pemilihan MTUC.
Gabungan Team KH (Rajasekaran) yang turut disertai Mustaffa Maarof (agen UMNO), Kesatuan GLC yang dipimpin Shafie B.P Mammal, J.Solomon NUBE, Razak dan Zainal Rampak telah digerakkan untuk ‘membungkus’ Team SS. Tidak cukup dengan strategi yang diatur, pakatan jahat UMNO ini telah menyusup masukkan 2 ahli kumpulan mereka iaitu Zainal (Lembaga Air Perak) dan Helimi (KWSP Union) ke dalam Team SS. Zainal dan Helimi turut dinamakan oleh kedua-dua kumpulan dalam senarai Team masing-masing walaupun diperingkat awal hanya Team SS sahaja yang menamakan mereka.

Team KH juga sebenarnya cuba mendapatkan bantuan kewangan dari YB Khairy Jamaluddin (Pemuda UMNO) ketika membuat penganjuran bersama Program Gaji Minima antara MTUC dan Pemuda BN di hotel Putra. Difahamkan sumber bantuan kewangan dari Khairy telah ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di Putrajaya untuk disalurkan ke Team KH melalui Zainal Rampak. MTUC juga kini dijanjikan gran pendidikan berjumlah 7 juta oleh BN atas kejayaan menumbangkan pengaruh PKR.

Anonymous said...

samb....


Perancangan licik UMNO BN jelas dibuktikan melalui kata-kata azimat dari Presiden UMNO seperti yang dilaungkannya semasa Persidangan Perwakilan UMNO- at whatever cost..we must defend Putrajaya. Tidak hairan jika Team SS kalah untuk jawatan utama jika Putrajaya menjadi tulang belakang bersama segala macam haiwan dan monster berada dalam gerakan melumpuhkan pengaruh PKR di MTUC! Persoalannya adakah nasib pekerja akan dibela atau terus tertindas dibawah bayangan UMNO BN di MTUC? Kemenangan Team SS juga akan memberikan imej bahawa MTUC kini telah dibebaskan dari pengaruh PKR dan UMNO BN boleh membuat kenyataan – MTUC MENOLAK PKR kerana pimpinan MTUC yang ada adalah pro UMNO BN. Berita terkini menjelaskan Presiden MTUC yang baru Khalid Atan telah berjaya mendapat contract yang diusahakan oleh Dato Noh Omar. Malahan bekas Setiausaha Agung MTUC-Rajasekaran disahkan telah menerima habuan besar berupa permit membawa masuk warga kerja asing ke Negara ini. Setiausaha Agung yang baru –Halim Mansur mungkin akan menambah koleksi dari 11 buah kereta termasuk 4x4 BMW yang dimilikinya kini ke beberapa buah lagi kereta selepas ini. Isteri yang kini 2 orang boleh ditambah ke angka tiga ataupun 4…………….

Sekali lagi Negara akan menyaksikan nasib pekerja digadaikan oleh mereka yang tidak berprinsip dan mengejar kemewahan hidup diatas nama perjuangan pekerja!

Malang sungguh nasib pekerja Negara bila perwakilan ke Persidangan pekerja bertukar mengamalkan ajaran RM perwakilan UMNO……RM pilihan kami……..

Anonymous said...

Yahooo!!!!!!!! si bedebah Jaafar Majid menang jawatan tim. presiden MTUC….

mari kita kaji mcm mana si anjing ni boleh menang:

1. Anjing ini menggunakan tiket PKR yang kononya sekutu kuat Syed Shahir pada peringkat awalnya.

2. Anjing ini kemudianya pada saat2 akhir menukar kem kepada UMNO dan mengutuk Syed Shahir dengan HEBAT sekali, diantaranya anjing ini mengatakan bahawa Syed Shahir adalah Petualang besar didalam MTUC dan mesti disingkirkan dan Syed Shahir menggunakan dana MTUC untuk PKR.

3. Anjing ini memberitahu ahli2 MTUC yang mana dia kononya mendapat restu dari orang2 kuat didalam MTUC…. pukimak punya anjing….

4. Anjing ini telah menggunakan DUIT yang amat banyak sekali dengan “membeli” undi dari ahli2 didalam MTUC, sebagai contoh yang sahih, anjing ini telah sponsor mereka untuk tinggal di Armada Hotell Petaling Jaya, RM 500 sebagai duit shopping dll….

ikuti penemuan xklusif dari kami untuk tatapan anda semua..

Tun_Telanai said...

Baguslah anda saudara anonymous memberi input untuk orang berfikir. tahniah.Lakukan lagi seperti ini.