Perdana Menteri,Najib Razak berkata sebenarnya negara kebajikan itu telah lama diperjuangkan oleh UMNO dan kerajaan selama ini.
"Ini bukan satu perkara baharu, cuma sejak kebelakangan ini sahaja (negara kebajikan) tapi apa yang kita buat dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan, minyak dan sebagainya, ini semua adalah ciri-ciri negara kebajikan," katanya.
Benarkah Malaysia negara berkebajikan. Kos pendidikan semakin meningkat, kos perubatan meningkat, harga minyak, barangan semakin melambung, rakyat ditakut-takutkan dengan ISA, OSA, akta polis dan sebagainya, kekayaan berlgear di kalanagan pemerintah dan kroni, rasuah, penyelwengan berleluasa, demokrasi pincang, pendakwaan dan hukuman hanya untuk orang bawahan, diskriminasi kaum, kedudukan, politik begitu teruk, institusi seperti SPR, SPRM, Jabatan Agamadan lain-lain dokonkong dan sebagainya.
Bagaimana pula dengan pelaksanaan Islam. Undang-undang Islam terus dipinggirkan. Masjid dan surau dipolitikkan di mana hanya orang Umno yang dibenarkan menjadi pegawai dan AJK masjid walaupun tidak layak dari segi ilmu dan akhlaq.
Kos pendidikan dan perubatan semakin meningkat. Hari ini kalau tidak ada duit jangan harap anak dan masuk Universiti. Selepas tamat pengajian hutang menunggu puluhan ribu. Inikah negara berkebajikan?
Undang-undang zalim ISA yang boleh manahan rakyat tanpa bicara, AUKU yang menutup mulut mahasiswa, OSA yang menjaga rahsia penyelewengan kerajaan terus menghantui rakyat. Hak Asasi rakyat untuk berhimpun juga dinafikan dalam negara berkebajikan Najib.
Ternyata Najib cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa Malaysia sebuah negara yang sudah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan sedangkan hakikatnya kebajikan hanyalah untuk pemimpin dan kroni sahaja.
Sumber : DISINI
No comments:
Post a Comment