DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, June 15, 2011

BERSIH HARAP POLIS LEBIH TERBUKA, BERI RUANG DEMOKRASI KEPADA RAKYAT

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan meneruskan Himpunan Bersih pada 9 Julai ini walaupun polis mengatakan tidak akan mengeluarkan sebarang permit perhimpunan aman menuntut pilihan raya adil dan telus itu.

Selain tidak akan mengeluarkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu.

Menurut jawatankuasa pemandu Bersih, pendirian terbaru polis itu tidak akan menghalang usaha mereka untuk meneruskan perhimpunan aman selain menambah bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa itu.

“Walaupun polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan Bersih 2.0, kami berhasrat akan untuk meneruskan kerjasama dengan pihak polis pada 9 Julai nanti.

“Kami percaya kerjasama dengan semua pihak termasuk pihak berkuasa akan memastikan protes ini dapat diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang gangguan dan ini telah dibuktikan dalam beberapa protes lain sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan bersama.

Selain Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenavesan, jawatankuasa itu turut dianggotai Andrew Khoo, K. Arumugam, Dr Farouk Musa, Harris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay dan Arul Prakkash.

Tegas jawatankuasa itu, pihaknya akan memastikan Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan dalam keadaan aman selain menjamin keselamatan orang ramai.

“Ekoran banyak laporan polis telah dibuat terhadap Himpunan Bersih 2.0, kami akan memastikan ia akan berjalan dengan lancar, aman, bertanggungjawab dan kami akan memastikan langkah-langkah keselamatan dijaga sepanjang ia dijalankan.

“Justeru kami meminta agar kerajaan menghormati kehendak orang ramai untuk menuntut pilihan raya yang adil dan telus,” katanya.

Tambah Khalid, pihaknya menerima 418 laporan dari peniaga, ejen pelancongan dan individu yang membantah perhimpunan itu diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai.

Pada 2007, Bersih menggunakan slogan “Gelombang Kuning” telah menganjurkan perhimpunan aman, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara atas alasan sama.

Himpunan Bersih 2.0 mendapat tentangan dari banyak pihak terutamanya dari Barisan Nasional (BN) yang membantah cadangan itu.

Bagaimanapun Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali memutuskan akan mengadakan perarakan balas serentak pada hari yang sama.

Ibrahim berkata pihaknya akan menganjurkan protes balas bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 selain mendakwa ia akan menimbulkan huru-hara.

Ulasan :

Bukan masalah pasukan polis. Pasukan polis tiada masalah. Yang bermasalah adalah UMNO. UMNO yang memperalatkan dan memperkudakan pasukan polis kerana UMNO dan para pemimpinnya takut menghadapi rakyat.

Salahkah tuntut pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas. Tidak salah gunaan harta awam. Tidak rasuah.

Salahkah berhimpun supaya SPR menjalankan peranan yang lebih adil dan saksama. Jangan biarkan UMNO melakukan pembohongan demi pembohongan, penipuan demi penipuan, rasuah demi rasuah, salahgunaan harta awam sewenang-wenangnya.

Salahkan berhimpun untuk memberi kesedaran rakyat berpolitik secara lebih matang dan rasional. Beri kebebasan kepada rakyat memilih. Biar rakyat kenal yang mana batu dan yang mana intan permata.

Sumber : Disini

No comments: