KES SCORPENE, PEGUAM PERANCIS AKAN DATANG KE MALAYSIA
Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene. Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.
Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat. Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.
Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.
Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.
Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.
Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.
“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia
KOMEN:
Kalau ikut pendapat Ustaz Kazim demi menjaga ketuanan Melayu dan Islam pemimpin (UMNO ?) boleh melakukan rasuah dan bunuh orang.
Demi ketuanan Melayu dan Islam pemimpin (UMNO?) boleh merompak harta rakyat dengan sewenang-wenangnya dan memfaidkan sesama segerombolannya.
Demi ketuanan Melayu dan Islam sistem urus tadbir negara boleh ditunggang-terbalikkan, boleh gunakan mahkamah, polis dan lain-lain jentera kerajaan untuk kekalkan kuasa.
Demi ketuanan Melayu dan Islam pemimpin (UMNO?) boleh menipu, memfinahkan, berbohong sana-sini, gunakan media untuk memalukan orang dan bak kata semuanya dibolehkan kerana matlamat boleh menghalalkan cara (untuk ketuanan Melayu dan Islam).
Kenapa Ustaz tidak syorkan jadikan negara ini Negara Islam dan haramkan amalan demokrasi yang memberi kuasa hak pengundi bukan Melayu. Haramkan MCA, MIC, Gerakan dan seangkatannya.
No comments:
Post a Comment