DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, May 28, 2011

UMNO MEMUTARBELITKAN FAKTA UNTUK MERAIH SOKONGAN MELAYU DALAM PRU KE-13

DAP dituduh mahu memperbodohkan orang Melayu sedangkan realitinya rakyat sendiri sedar bahawa parti tersebut hanya bersandiwara untuk mendapatkan kuasa.

Jawapan: Siapa yang memperbodohkan siapa? Orang Melayu semakin sedar realiti semasa bahawa UMNO semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa. Kebanyakan pemimpin UMNO takut untuk berubah kerana ubah bererti pentadbiran telus dan adil manakala penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikurangkan kalau tak dihapuskan pun – ini juga bererti segala perubahan positif itu akan menutup peluang kebanyakan pemimpin UMNO dan kroni mereka mengaut keuntungan untuk diri dan keluarga mereka sahaja atas nama “Melayu”.

DAP dituduh menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan bagi meraih kedudukan kuasa politik semata-mata.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan untuk mendapat keududukan? Bukankah para pemimpin UMNO yang hidup senang-lenang sedangkan masih ramai Melayu miskin bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di dalam bandar?

DAP dituduh tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malah sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi.

Jawapan: Bukan sahaja DAP menghormati kebersamaan dan peranan semua kaum, malah DAP mengamalkannya dan bukan cakap kosong. DAP bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran cekap, akauntabel dan telus, dan ini dibuktikan di semua pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Siapa yang ada agenda tersembunyi? Siapa yang menjerit 1Malaysia dan 1Melayu 1Bumiputera dalam nada dan nafas yang sama? Siapa yang memberi amaran kepada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN supaya jangan pertikai amalan dan kepimpinan UMNO?

DAP dituduh parti yang akan gunakan apa sahaja cara asalkan dapat mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan kuasa.

Jawapan: Para pemimpin dari parti mana yang menggunakan apa sahaja cara asalkan dapat mengekalkan kuasa termasuk memfitnah kononnya ada usaha menubuhkan negara Kristian, kononnya mahu merampas hak Melayu? Yang terbukti membuat tuduhan-tuduhan ini adalah para pemimpin UMNO.

DAP dituduh tidak akan mengiktiraf orang Melayu dan meletakkannya di tempat yang tinggi kecuali mempunyai agenda tersembunyi.

Jawapan: Undang-undang tertinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan. DAP dan Pakatan Rakyat menjunjung Perlembagaan. Segala apa yang hak kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain diberikan sepenuhnya oleh pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, di Pulau Pinang, nasib dan kebajikan orang Melayu dijaga dengan baik tanpa menafikan hak-hak kaum lain. Guru-guru agama Islam, para huffaz, para warga tua dan mereka yang memerlukan sentiasa dibela. Pulau Pinang yang mempunyai dua majlis perbandaran MPPP dan MPSP masing-masing diketuai dua wanita Melayu Islam, yang pertama di Malaysia. Di mana bukti kononnya orang Melayu tidak diiktiraf oleh DAP? Tak kan cara UMNO bagi t-shirt percuma kepada para belia dalam kursus-kursus mereka sudah dianggap mengiktiraf orang Melayu…

DAP dituduh mahu orang Melayu menjadi ‘pak turut’ kepada mereka yang boleh dicucuk hidung, ‘disuruh angguk mereka angguk, suruh geleng mereka geleng’ seperti yang telah berlaku di Perak sewaktu diperintah pembangkang dan juga di Selangor ketika ini.

Jawapan: Ini kes kronik mata rabun seorang pemimpin UMNO, ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak’. Tanyalah orang Melayu, Cina, India, Orang Asli atau sesiapa sahaja di Selangor dan Perak; bantuan dan pertolongan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Pakatan, kalau pun tak terlalu hebat, jauh lebih baik hari ini berbanding zaman kroni UMNO-BN sahaja yang sapu bersih dahulu. Malah banyak lagi sumbangan yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri Pakatan jika Kerajaan Pusat tidak menyekat bantuan. Malah Kerajaan Pusat masih berdegil enggan memberi hak royalti minyak yang menjadi hak sah negeri Kelantan. Mengapa masih ramai Melayu miskin di negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO? Apakah kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sudah kaya-raya dan hidup mewah makmur di bawah pemerintahan BN? Jadi siapa yang mahu Melayu jadi pak turut yang boleh dicucuk hidung? Siapa yang tahu ada kura-kura dalam perahu tapi pura-pura tak tahu? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

DAP dituduh untuk menimbulkan kekeliruan kepada rakyat, menjadikan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa merasa tercabar serta marah, berlaku prasangka antara kaum sehingga keamanan negara tidak terjamin.

Jawapan: Siapa yang memfitnah angkara menubuhkan negara Kristian? Siapa yang mengadu domba kaum-kaum di Malaysia? Siapa yang sering memberi amaran kepada masyarakat pelbagai kaum supaya jangan menegur atau mempertikaikan amalan buruk UMNO? Siapa yang memfitnah Anwar Ibrahim? Siapa yang memfitnah Tok Guru Nik Aziz? Siapa yang memfitnah Lim Guan Eng? Siapa yang menggelar kaum India dan Cina sebagi pendatang? Siapa yang mencetuskan kekeliruan sehingga keamanan negara tidak terjamin?

DAP dituduh merencanakan alternatif lain dengan menjadikan orang Melayu pula calon dalam parti mereka.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri? Sejak bila parti politik tidak boleh menjadikan orang Melayu sebagai calon? Apakah itu hak UMNO semata-mata untuk meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya? DAP sebagai parti pelbagai kaum telah dan akan terus meletakkan calon-calon Melayu dalam pilihan raya, sebagaimana yang dilakukan sejak penubuhannya 45 tahun lalu. Malah DAP sentiasa meletakkan calon Melayu sepanjang 10 pilihan raya yang disertainya dan akan terus berbuat demikian selaras dengan prinsipnya sebagai wadah pelbagai kaum.

Sumber : Roketkini.com.

ULASAN TAMBAHAN :

Hendak tanya UMNO dan para pemimpinnya sedikit : Di antara DAP dan UMNO, siapakah yang lebih mengancam survival orang-orang Melayu?

1. DAPkah yang melesapkan hampir separuh tanah rizab Melayu? Dari kira-kira tiga juta hektar negara menyambut kemerdekaan dulu, kini hanya tinggal 1.7 juta hektar sahaja. DAP yang belasahkah atau UMNOputra menghentamnya untuk kekayaan peribadi dan terus untuk memperhambakan orang Melayu?

2. DAPkah yang melakukan pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dahulu yang kawasan Melayu menjadi minority. Kawasan pilihan raya di negeri-negeri majority Melayu tidak ditambah?

3. DAPkah yang menjadikan peneroka Felda yang rata-ratanya orang Melayu tidak ubah seperti rakyat India yang miskin sedangkan negara mereka kaya-raya,malah para pemimpin UMNO memiliki kekayaan yang melimpah ruah?

4. DAPkah yang kendurikan saham RM50 bilion-saham Bumiputera yang kini hanya tinggal RM2 billion sahaja?


5. DAPkah yang berpakat dengan Gerakan memingirkan orang-orang Melayu Pulau Pinang yang kini hanya tinggal gusi dan lidah sahaja, sedangkan para pemimpin UMNO memiliki kekayaan yang luar biasa sekali?

6. Adakah MCA, Gerakan dan MIC baik sangat terhadap orang-orang Melayu? Tidak cukupkah lagi apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang ketika negeri itu diperintah oleh Gerakan?


7. DAPkah yang suatu masa dahulu merentap bantuan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR)?

8. DAPkah yang bunuh orang-orang Melayu Islam di Memali dan di Lubok Merbau?

Kesimpulannya, UMNO dan para pemimpinnya memang merupakan pengkianat bangsa dan agama. Mereka berterusan menjadikan orang Melayu sebagai hamba kepada pemimpin. Kehidupan orang Melayu masih mundur dan terpinggir berbanding dengan bangsa-bangsa lain walaupun sudah diberi masa 54 tahun untuk merubahkan kedudukan social, ekonomi dan pendidikan orang Melayu, tetapi UMNO gagal melakukannya. Orang Melayu masih ditakuk lama, lebih baik sedikit berbanding di zaman penjajah dahulu.

5 comments:

Gedebe said...

Tak tahu pulak aku bahawa ada melayu tak sedor diri n bangap.

Moristo said...

Ya Allah, ada juga melayu yg buta sejarah. Kerana terlalu taksub kpd parti sanggup pulak mendoakan sdr seagama dijahanamkan sedangkan di bibir menyebut ayat Al- quran. MasyAllah! Kalaulah Hang Tuah tahu, dari dulu lagi dibenamkan Tun Telanai bengap ini.

Amuraria said...

HANG TUAH PUN GENG PANDY KUTTY, NANTI DIA MASUK UMNOI@APCO PERBODOH LAGI MELAYU ,KAUT & SAUK KHAZANAH NEGARA BAGI KAT KRONI UMNO@APCO,CONTOH KERJA MELAYU DAJAL YANG MENYEKAT REZEKI ALLAH SWT PADA KELANTAN DALAM ROYALTI MINYAK ! APA DEPA TU BUKAN MELAYU ISLAM KAH ? BUKA LA MINDA DAN OTAK WAHAI PANDY KUTTY SEMUA ? DOK MELALUT MACAM NANGOI BODO APA HAL ! KALU MACAM NI PUNYA OTAK & MINDA MELAYU DOK ADA LINGKOP 1MALAYSIA !

Antispin said...

Aku setuju dgn ko Amu yang senile. Apa yg ko kata tu senada dgn apa yg dikatakan oleh Lim Kit Siang selama dua tiga abad sudah. Kerajaan balun duit sejak dari dulu lagi. Buat jambatan ppinang salah.. buat twin tower tindakan bodoh... projek kereta nasional projek bangang... Dan sekarang apa jadi kpd negara kita.... udah bangkrap bro!!!! Memang korang udah nyanyok...

Anonymous said...

UMNO HARAM JADAH!!!!!!!!!!!!!!!!!