Terdapat dua golongan Islam dalam Negara ini. Satu golongan Islam yang mahukan Islam sebagai ad-din yang diwakili oleh PAS. Sedangkan golongan kedua keras menentang, mereka ini adalah golongan Islam sekular yang diwakili oleh UMNO dan rakan-rakan yang seangkatan dengannya. Golongan Islam sekular ini mahu Islam itu mesti mengikut tamadun dan kemajuan seperti amalan dan diperjuangkan oleh UMNO selama ini.
Golongan Islam (PAS) mahukan menegakkan Islam sebagai ad-diin, mahukan tamadun itu yang mesti mematuhi undang-undang dan nilai-nilai Islam yang telah diperjuangkannya sudah menjangkau usia 60 tahun sejak penubuhan PAS pada tahun 1951.
Islam, sebagaimana yang dipraktikkan oleh pemeluknya, ada macam-macam - ada Islam konservatif, jumud dan ortodoks dan ada Islam liberal, moden dan progresif Kedua-dua jenis Islam ini dari dahulu hingga sekarang sedang berlawan dan memang telah wujud lama dalam sejarah.
Islam konservatif (yang disebut juga Islam fundamentalis) berkembang sejak diwar-warkan oleh Maududi pada tahun 1930-an dan Sayid Qutb pada tahun 1950-an. Sekarang ada tanda ia semakin berkembang di kalangan orang Islam yang suka mentafsirkan Quran secara literal (harfiah).
Apabila pemimpin PAS bercadang hendak melaksanakan hukum hudud dan menegakkan negara Islam, malangnya orang Islam sendiri bangkit menentangnya para pemimpin UMNO yang menjadi juaranya. Kalau bukan Islam (bukan Melayu) menentangnya adalah bukan suatu yang luar biasa, ia adalah normal. Mereka akan menyokong dan berganding tangan dengan golongan sekular dan tidak mahu berada di bawah pemerintahan Islam.
UMNO tentu menjadi pilihan kerana UMNO tidak terlalu mementingkan hukum hakam dan tidak tergesa-gesa mahu mewujudkan apa yang dikatakan pemerintahan Islam. Walaupun pemimpin UMNO pernah mendakwa Malaysia adalah sebuah negara Islam, tetapi negara Islam ala-UMNO boleh diterima oleh kaum bukan Melayu kerana ia lebih menjurus kepada pembangunan umat atau tamadun kebendaan. Islam UMNO pada aspek kulit (ibadah khusus-fardhu ain) sahaja tidak termasuk bab-bab berkaitan social, pendidikan, perekonomian, apatah lagi untuk mengangkat martabat Islam sebagai ad-din.
Suasana politik di Negara telah berubah, semenjak tsunami meletus pada PRU ke-12 lalu, bukan Melayu khususnnya kaum Cina telah menolak UMNO dan BN. Ini dapat dibuktikan dalam beberapa kali pilihan raya kecil yang diadakan dan yang terakhir dalam PRN Serawak lalu. Secara total pengunci Cina menolak UMNO/BN. Kaum bukan Melayu sudah berani mendekati PAS dan mengormati perjuangan PAS. Semua ini berlaku kerana kepincangan politik yang di bawa oleh UMNO/BN mengakibatkan rakyat bertambah benci dan meluat dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang bermaharajalela dalam system pentadbiran Negara.
Islam tidak melarang kita mengambil apa-apa sahaja dari Barat yang diredhai Allah seperti belajar ilmu kejuruteraan, perubatan, sains dan teknologi. Yang Islam larang ialah ‘Tidak mematuhi Perintah Allah’. Kalau hendak fahami apa itu orang sekular ialah orang yang segala fikirannya dan tindakannya tidak mematuhi perintah Allah ayat 162 dalam Surah Al-An'aam. Katakanlah: "Sesungguhnya salat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)."
Misalnya, UMNO dikatakan sebagai sekular kerana hukum Hudud tidak mahu dijadikan undang-undang. Adakah tidak menjadikannya undang-undang itu selaras dengan perintah Allah dalam ayat 162 Surah Al-An'aam itu? Kenapa tidak hendak Hudud itu dijadikan undang-undang? Sebab pemikiran sekular memutuskan Hudud tidak sesuai kerana rakyat Malaysia bukannya semua beragama Islam, demikian asas alasan pemikiran Islam sekular. Hendak menunggu semua rakyat faham akan Islam dan seluruh masyarakat hegemoni, sampai kiamat pun kita tidak akan terjumpa perkara itu wujud dalam dunia ini.
Alasan kerana hendakkan keamanan. Singapura terlepas menjadi negara diperintah oleh kaum bukan Islam (bukan Melayu), itulah Islam dalam UMNO. Adakah UMNO, PERKASA dan GAPS hendak tuduh PAS dan PKR membuat pengkianatan kerana penyerahan Singapura kepada kaum CINA?
Dasar kapatalisme yang dilaksanakan oleh UMNO, membudayakan amalan rasuah berluasa di peringakat kepimpinan dan di dalam masyarakat, kegilaan melampau mengutip komisyen dalam aktiviti perniagaan oleh pemimpin yang memegang kuasa, menggunakan kuasa untuk mengejar kemewahan peribadi, menjadikan Melayu dan Islam terpinggir dalam tanah air sendiri, terpinggir dari berbagai sudut berbanding kaum lain. 54 tahun Negara merdeka, pemerintahan yang didominasikan orang Melayu sudah nampak porak-perandanya. Juga hendak salahkan PAS dan PKR? Itulah polisi senyap UMNO, yang memperjuangkan agar Melayu "menang sorak kampung tergadai" dan "Al Quran dan Sunnah menjadi terabai".
Cuba perhatikan wahyu Tuhan:
Almumtanah[ayat-2]
Jika mereka berupaya menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa dan lidah mereka untuk mengenakan kejahatan ke atas kamu, serta mereka sentiasa inginkan kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).
Allah menyatakan orang-orang kafir, sekiranya mereka kuat, mereka tidak akan redha kepada kita sekiranya kita mahu Islam. Mereka mahu kita ikut cara mereka. Itu statement Tuhan. Bukan setakat orang kafir sahaja, UMNO yang juga mengaku Islam menjalankan peranan seolah-olah mereka juga orang kafir. Mereka menjadi kuat kerana adanya kuasa di tangan, mereka paksa rakyat menjadi hamba kepada pemimpin. Mereka bebas melakukan apa sahaja ke atas rakyat. Kebajikan rakyat dinafikan, rakyat yang hendak dibela, dipilih-pilih dan dipecah-pecahkan berdasarkan fahaman poltik. UMNO amalkan budaya ‘haiwan’, siapa yang kuat, dialah yang menjadi raja.
Perjuangan Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam Jahilliah. Apa makna "Jahilliah atau bodoh"? Ini pendapat penulis sendiri iaitu "Tahu sesuatu perkara itu salah dan berdosa, tetapi dilakukan juga".
UMNO juga berkata dia berjuang atas nama Islam. Negara Malaysia ini, rakyatnya ramai yang Islam, pemerintah juga beragama Islam, UMNO sendiri berslogan memperjuangkan Islam, tetapi bila bab perundangan, UMNO perjuangkan perundangan secular, sedangkan Allah perintahkan umat Islam mesti patuhi ayat 44, 45 dan 47 Surah Al-Maidah. Macam mana?
Siapa yang bodoh, jika ikuti maksud definisi "bodoh" adalah UMNO bukan PAS? PAS sejak ditubuhkan ia telah berusaha sebaik mungkin ada yang kena bunuh (Memali), tetapi Allah belum menganugerahkan kuasa di peringkat persekutuan bagi membolehkan PAS meminda perlembagaan Negara, di samping itu ia akan tidak menganggu-gugat amalan keagamaan kaum-kaum lagi yang hidup di bumi Malaysia ini. Mereka bebas mengamalkan adat-budaya dan agama masing-masing. Undang-undang Islam hanya untuk orang Islam sahaja sepertilah juga ibadah sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya hanya untuk orang Islam sahaja tidak melibatkan orang bukan Islam.
Contoh Islam yang tidak diredhai yang dilakukan oleh UMNO ialah:
- Hukum Hudud tidak perlu diadakan
- Hukum Zina dihukum dengan RM3,000.00
- Hukum berbogel dikhalayak ramai denda RM25
- Pusat judi dan Kilang Arak dihalalkan
- Pesta-pesta maksiat disuburkan, mulakan dengan doa lagi mintak keberkatan... dan lain-lain yang bercanggah dengan keredhaan Allah swt.
Tetapi alangkah silapnya apabila orang Melayu yang mengakui ia Islam mendokong perjuangan UMNO, yang ternyata parti yang benar-benar telah dan sedang:
a. Membiarkan kalangan orang melayu terus murtad tanpa pembelaan walaupun ada.
b. Memberi lesen pada kelab-kelab malam sehingga ada yang berbogel di dalamnya walaupun ada KUASA menutupnya dan ada seorang bekas menteri yang sedang mabuk boleh memegang punggung seorang wanita.
- Membiarkan VIP-VIP dan orang-orang Melayu masuk Genting main judi walaupun ada KUASA menutup pusat judi tersebut.
- Seronok memerhatikan orang-orang Melayu beratur membeli no. 4 ekor walaupun ada KUASA untuk menghalang atau menutup kedai tersebut. Kemudian lulus pula judi bolasepak kepada Berjaya Group untuk jadikan Malaysia terkenal dengan pusat perjudian.
e. Sekarang berangan-berangan pula untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat hub hiburan malam bertaraf dunia bagi menjana pendapatan Negara.
f. Dan macam-macam lagilah perkara-perkara dilarang Allah dilaksanakan sesuai denga slogan Malaysia Boleh.
Kes-kes melibat Anwar Ibrahim (kes liwat dan video seks) disebarluas ke seluruh negara malah ke seluruh dunia, keseluruhan masyarkat tanpa mengira usia telah membaca, melihat dan menontonnya. Bagi mereka yang beriman tertanya-tanya, tidak adakah dalam regim Najib seorang pun yang beriman yang mampu untuk mematuhi perintah Allah, ayat 6 Surah Al-Hujurat:
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
Saluran media kawalan Najib memainkan peranan menyebarkan berita-berita yang mengaibkan itu kerana hendak menjaga tahta kekuasaannya. Satu persoalan tercetus diminda saya: Najib ini Islam ke, kafir ke ia atau munafik ke ia? Kalau Najib seorang muslim sejati, beliau akan menegah perbuatan tersebut kerana ia bertentangan dengan Islam, kalau ia pun gilakan kuasa, Najib tidak bebas untuk melakukan perkara-perkara yang dia suka, sekiranya Islam melarangnya berbuat sedemikian. Jadi, keislaman Najib boleh dipertikaikan. Kalau itulah pegangan Najib (dia bebas melakukan apa sahaja yang ia suka), maka Najib lebih jahat dari Abu Jahal atau lebih jahat dari setan yang Allah sendiri laknat dan dikeluarkan dari syurga.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ada Mahkamah Syariah dan Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa bagi membicarakan pertuduhan jenayah melakukan liwat II, begitu juga dengan penyebaran video seks yang dibenarkan oleh regim Najib. Kenapa pertuduhan tidak dilakukan di Mahkamah Syariah, tetapi dilakukan di Mahkamah sekular? Jika Malaysia Negara Islam, kenapa pertuduhan terhadap kes tersebut tidak dilakukan di Mahkamah Syariah sedangkan Mahkamah tersebut mempunyai bidang kuasa untuk membicarakannya?
Dalam Islam, perkara pertuduhan adalah amat serius, demikianlah juga dengan perkara saksi. Islam berkehendakkan 4 saksi yang tidak fasik. Allah lebih tahu apa yang iaNya tetapkan. Jangan pandai-pandai mengatakan zaman ini sukar untuk mendapatkan saksi seperti yang ditetapkan oleh Islam. Regim Najib lebih bijaksanakah dari Allah ke? Mengikut ajaran Islam, Najib yang mencanangkan kepada rakyat secara yang amat mengaibkan Anwar dan keluarganya dan apabila diminta hadir ke mahkamah sebagai saksi, PERINGATAN UNTUK Najib, jangan jadi kurang ajar semacam Mahathir dulu (enggan hadir ke mahkamah sebagai saksi). Apakah hukumannya mengikut undang-undang Allah, iaitu Islam kerana keenggan menjadi saksi?
Mereka yang mengatakan agama adalah hak peribadi ialah mereka yang menerima pandangan mengikut pandangan sekular, bukan mengikut ajaran Islam. Seseorang menganut agama Islam, hak-hak peribadinya tidak boleh keluar dari maksud perintah Allah, ayat 162 dalam Surah Al-An'aam, dan ayat 56 dalam Surah Al-Dhariyat. Jika agama itu hak peribadi, kenapakah dalam Islam, adanya perkara-perkara berikut:
- Adanya seruan Azan dikumandangkan.
- Adanya Hukum Hudud
- Adanya "amal makruf nahi mungkar"
- Adanya "Kiraman Katibin" di kiri-kanan kita
- Adakah hukum dan kewajipan terhadap jiran.
- Adanya al-hadis yang memerintahkan anak yang berusia 7 tahun disuruh dirikan sholat dan apabila berusia 10 tahun yang enggan dirikan sholat hendaklah dipukul.
- Adanya undang-undang makan di khalayak ramai pada siang hari pada bulan puasa boleh didenda.
- Adanya Hukum mereka yang murtad.
- Adanya hukum wajib menjawab ucapan Salam.
Sejarah FITNAH yang tetap tercatat dalam rekod malaikat Atiq akan dibuka semula di mahsyar nanti, tukang fitnah, tukang sah fitnah, tukang sebar fitnah, tukang yang setuju dengan fitnah, orang-orang yang membela mangsa fitnah (Datuk T masih bebas sehingga kini, siapa yang terlibat melindungi setan-setan ini), kesemuanya ada ‘share’ di mahsyar kelak, sekalipun mungkin semua yang terlibat tidak yakin ini berlaku kerana bagi mereka hidup hanyalah di dunia. Tidak ada kehidupan lain melainkan di dunia ini saja. Tunggulah azab Allah, lebih pedih akan menimpa ke semua mereka yang terlibat. InsyaAllah, janji Allah adalah benar.
Soal Anwar, bukan soal peribadi, ianya soal KEADILAN untuk semua, untuk kita dan keluarga, untuk anda dan keluarga, untuk seluruh rakyat malaysia. Masalah ini dan perkara yang serupa juga boleh menimpa anda, keluarga anda dan sahabat-handai anda pada bila-bila masa sahaja. Sebab itulah Allah swt menyuruh umat Islam mendokong keadilan, bukan kepuakan dan kezaliman seperti yang dilakukan oleh regim Najib dan UMNO memanipulasikan system perundangan Negara bagi kepentingan kuasa politiknya yang amat jelek dan amat disukai oleh setan-setan yang mengelilinginya.
Allah dan Nabi sudah beritahu bahawa 3 orang hakim, hanya seorang sahaja yang masuk syurga, yang dua lagi itu akan dimasukkan ke neraka jahanam. Bersiaplah Ariffin Jaka (Augustin Paul sudah ada dalam neraka sekarang dan cuba telefon Moktar Abdullah tanya apa khabar beliau sekarang di alam kubur), Mohamad Zabidin Mohd Diah dan lain-lain hakim yang bersubahat dengan UMNO mempersundalkan system keadilan dalam Negara ini.
Najib dan regimnya sendiri sudah pasti tidak melihat sendiri Anwar melakukan liwat, cuma hanya mendengar cerita yang dibawa oleh pencerita atau pelapor iaitu Saiful. Najib sebagai PM, jika mengikut ajaran Islam selaku Ulilamrai(?), ketakwaan mestilah tinggi kepada Allah dalam hal mematuhi segala perintah Allah. Adakah Najib dan regimnya sebelum mencanangkan kononnya Anwar melakukan liwat dan melakonkan video seks itu terlebih dahulu mematuhi perintah Allah ayat 6 dalam Surah Al-Hujurat?
Pada 16 Mei lalu, hakim Zabidin membuat satu kejutan luar biasa kata seorang pengamal undang-undang Mohamed Hanipa Maidin. Katanya, bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar biasa dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh (OKT) dipanggil bela diri, pihak hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa, tetapi kerana hakim terlalu gembira hendak mendapat durian runtuh dari regim Najib, maka beliau terus membuat kesimpulan bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."
Unggapan ini serupa apa yang ditulis dalam skrip yang dibacakan oleh hakim Arifin Jaka yang menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu. Hakim itu juag serupa hakim zabidin turut memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar. Adalah dipercayai skrip yang sama ditulis oleh orang yang sama. Siapakah orang itu?
Seluruh dunia tahu Anwar telah ditargated dengan "Senjata Fitnah" kecuali budak-budak suruhan dan 'apple polishers." Kita rasa malu tentang plot yang keji ini, tetapi apa hendak buat? "Anwar is a man with principle." He will stand up again. He will rock Malaysian politic, wait and see.
Kalau dikaji "Perbicaraan Anwar" tentu sekali itu suatu fitnah. Ramai orang kata 'Anwar is history". Mereka yang berintelek tahu perkara sebenar yang berlaku kepada Anwar. Malangnya, di Malaysia ini ramai yang tidak suka membaca dan mengkaji "gunakan akal fikiran."
"Anwar is a fighter - freedom and corruption fighter." Mereka yang menghina Anwar akan bertukar imej menjadi "apple polishers". Apa yang mesti dilakukan oleh mereka yang bersimpati kepada Anwar-Berdoa agar beliau dalam kesihatan yang sejahtera dan panjangkan usia beliau.. Anwar tidak pernah meminta simpati daripada sesiapapun. Beliau memperjuangkan untuk bangsanya dan rakyat Malaysia umumnya.
Kalau beliau fikirkan kepentingan dirinya, tentu beliau akan menyelusur jalan mudah iaitu mengampu PM dan UMNOnya, dan tidaklah berlaku seperti apa yang berlaku hari ini. "Keredhaan" itu perlu disebut supaya anak cucu kita nanti tahu mana Islam yang Allah redha atau tidak.
Kesimpulannya, UMNO adalah perosak bangsa dan ummah. Jika rakyat hendakkan kesempurnaan, keadilan dan urus-tadbir Negara yang baik untuk seluruh rakyat dalam Negara ini, maka wajib apa cara sekali pun UMNO mesti ditumbangkan dalam PRU ke-13 nanti. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment