DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, May 3, 2011

APA SEBENAR PERANAN POLIS? PIHAK POLIS WAJIB MENGELUARKAN KENYATAAN MENAPIKAN BERITA INI-KALAU TIDAK PDRM AGENSI PALING HINA DI KACA MATA RAKYAT

1 comment:

Tun_Telanai said...

Kalau macam itu fahamlah kita. Selama ini Anwar Ibrahim tidak boleh buka mulut langsung. Di mana beliau pergi dikepung oleh pasukan polis. Rupa-rupanya pasukan polis melaksanakan agenda UMNO rupa-rupanya. Kalau macam itu pihak atasan polis perlu berkerjasama dengan SPR dan lain-lain agensi yang berkaitan mencadangkan kepada Najib supaya kerajaan memansuhkan atau mengharamkan amalan demokrasi yang kita amalkan selepas negara mencapai kemerdekan pada tahun 1957. Disamping itu, JPN boleh mencadangkan juga kepada Najib supaya kerajaan mengubal satu undang-undang mewajibkan bayi yang baru lahir ketika hendak mendaftar kelahiran secara otomatik menjadi ahli UMNO. Manakala pihak Pejabat Petubuhan pula mencadangkan kepada Najib supaya turut meminda atau mengubal undang-undang baru supaya parti-parti politik yang ada kini perlu diharamkan, tidak dibenarkan wujud(kecuali parti UMNO), bagi individu atau golongan atau puak-puan yang bercadang menubuhkan persatuan, pertubuhan-pertubuhan atau NGO-NGO lain mesti bergabug dengan UMNO. SPR pula boleh mengadakan pilihan raya seperti biasa, tetapi parti-parti lain tidak boleh dipertandingkan (kerana diharamkan). Semua pertandingan dalam pilihan raya diwajibkan pakai lambang UMNO/BN. Bertandinglah banyak mana pun, tetapi diwajibkan pakai nama UMNO/BN, selain dari dari UMNO/BN tidak dibenarkan.

Melalui kaedah ini pasti UMNO akan kekal berkuasa selama-lamanya. Pihak polis, SPR dan lain-lainnya tidak perlu pening kepala memikirkan bagaimana untuk mengekalkan kuasa UMNO selama-lamanya selagi ada matahari dan bulan.

Jika sekiranya amalan demokrasi dibenarkan seperti sekarang masih wujud adalah mustahil untuk menyatukan semua fikiran menjadi 1 Malaysia sebab agenda Najib (kerajaan)tidak akan sama dengan agenda pembangkang (Pakatan Rakyat)sampai bila-bila. Masing-masing akan tetap mencari kelemahan dan kekuatan masing-masing bagi meraih undi rakyat.

Jadi, sekiranya UMNO mahu berkuasa selama-lamanya, amalan demokrasi wajib diharamkan. Perintahlah Malaysia ini selama-lamanya ya UMNO.