DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, May 14, 2011

JEFF OOI : RAZALI MUNGKIN DIPAKSA POLIS CAWANGAN KHAS

KUALA LUMPUR, 14 Mei: DAP tidak menolak kemungkinan seorang ahli partinya yang membuat laporan polis 'versi lain' berhubung konspirasi 'Kristian agama rasm'i semalam, ditekan untuk berbuat demikian.

Bercakap pada sidang media di ibu negara hari ini, Ahli Parlimen DAP-Jelutong, Jeff Ooi percaya lelaki tersebut, Mohamed Razali Abdul Rahman dipujuk oleh saudaranya yang merupakan polis cawangan khas.

"Kami diberitahu Mohamed Razali dan anggota polis itu ada pertalian keluarga dan anggota itu yang dikatakan berperanan membantu Utusan Malaysia mendapatkan berita itu," katanya.

Perkara itu didedahkan beliau dipercayai berkaitan dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam, yang mendakwa laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?' pada 7 Mei lalu itu berasas.

Hishammuddin berkata, penjelasan ketua pengarang kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak sewaktu dipanggil KDN adalah sama dengan bukti terbaru dalam sebuah laporan polis yang dibuat di Pulau Pinang semalam.

Bagaimanapun Jeff Ooi mendakwa laporan polis itu yang dibuat Razali, yang juga ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba semalam dibuat atas paksaan pihak tertentu.

"Saya harap polis juga boleh mula siasat dari sudut ini dan adil serta bebas dalam siasatan kes berkenaan," katanya.

Utusan pada 7 Mei lalu menyiarkan berita muka depannya bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?' dengan mendakwa DAP berkomplot dengan paderi kristian untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Akhbar itu memetik laporan dua laman blog sebagai mendakwa satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara berlangsung di Pulau Pinang membincangkan perkara itu pada 5 Mei lalu.

Ianya diambil dari entri blog Bigdog bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu.

Jeff Ooi juga mendakwa tindakan Razali, yang tampil membuat laporan polis kononnya sebagai individu yang 'ada maklumat' sama seperti laporan Utusan, adalah tidak logik.

"Jika wujud konspirasi, kami tidak akan menjemput sesiapa, apa lagi seorang Islam.

"Ini common sense dan bagi mendakwa saya adalah penganjur supaya ikrar seperti ini diadakan juga tak masuk akal. Mereka harus tahu, saya beragama Buddha dan mengamalkan ajaran itu,” katanya.

Lebih menghairankan katanya, Razali sebelum ini adalah antara yang membantah laporan Utusan Malaysia yang disifatkan banyak pihak sebagai provokasi dan boleh mencetus ketegangan kaum.

“Sebelum ini dia membantah laporan Utusan Malaysia tetapi secara tiba-tiba dia membuat laporan polis.

“Malah sebelum ini Razali yang meminta saya untuk buat laporan polis tapi sekarang selepas seminggu, dia pula yang buat laporan polis.

“Saya agak sedih dan terkejut, mungkin dia dipaksa tapi saya tidak tahu... sebab itu kita mahukan penjelasan itu,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu, DAP katanya memberi tempoh 24 jam kepada Razali agar mendedahkan kandungan laporan polis, yang dibuatnya semalam agar perkara sebenar dapat dirungkai.

“Kami berharap Mohamed Razali mengulangi apa yang dilaporkannya kepada polis supaya kami boleh mengambl tindakan undang-undang jika kenyataannya mengancam kedudukan DAP dan masyarakat Kristian,”.

Sumber : DISINI

KOMEN:

Kemungkinan itu berada dalam kedudukan 99% adalah benar seperti mana dalam isu untuk mendapatkan bukti DNA Anwar bagi tujuan mensabitkan Anwar dengan tuduhan liwat II. Pada mulanya mahkamah menolak tuala good morning, air mineral dan berus gigi sebagai bukti kerana penahana Anwar tidak sah kerana waran tangkap bukan tulin hanya salinan (salinan yang asal tidak ada- hilang ke?) dan pendakwaraya pun tidak mahu buat rayuan dan meneruskan perbicaraan seperti biasa.

Dengan tiba-tiba pada keesukan harinya pendakwaraya kata salinan asal sudah jumpa (boleh main-main perkara sepenting ini-macam kes pertama dulu 3 kali dipinda dengan alasan yang tidak mampu diterima akal) dan beliau mahu membuat rayuan ke atas kes semalam. Apa cerita dibelakang tabir? Semua orang tahu jawapannya.

Kes ini juga serupa. Sudah ditutup dan KDN pun sudah menghantar surat (dengan penuh sopan santun) memberi peringatan kepada Utusan pandi kutty,tiba-tiba ada laporan lain pula di Pulau Pinang dengan edisi yang diubahsuaikan (versi baru kononnya).

Matlamatnya adalah sama iaitu-kes pertama, Anwar akan didapati bersalah kerana DNA yang diambil itu sepadan dengan air mani yang di dapati di dubur Saiful (yang lain-lain itu tidak dipedulikan).

Kes kedua, UMNO berjaya memerangkap DAP dan berjaya merenggangkan sokongan orang Melayu-Islam terhadap PAS. Orang Melayu-Islam (UMNO sangat mengharapkan sokongan orang Melayu untuk mengekalkan kuasa) kembali menyokong UMNO kerana takut pegangan politik DAP yang kononnya anti-Islam (hendak menjadikan kristian agama rasmi dan hendakkan PM dikalangan orang kristian-seperti kempen PRN ke-10 Serawak terhadap Baru Bian menakutkan golongan Melayu-Melanau dan yang Islam lainya-gara-gara PRN Serawaklah UMNO terasa amat cemas terhadap sokongan undi Cina menjadikannya bertambah sasau). Jadi, matlamat bacaan politik Najib-UMNO tercapai.

Itu perancangan Naib-UMNO-APCO. Kita tenguk pula perancangan dari Allah swt, yang mana paling hebat. Perancangan Najib atau Allah swt.

No comments: