Malaysiakini.com melaporan Ketua Hakim Negara dimasukkan ke IJN kerana diserang penyakit jantung dan kini dilaporkan stabil
Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan lanjut setelah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Putrajaya pagi ini, kata Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Persekutuan Yasmin Abdul Razak.
Katanya laporan beberapa media sebelum ini bahawa Ketua Hakim Negara telah jatuh sewaktu berada di Hospital Putrajaya adalah tidak benar sama sekali.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan yang menyebut Zaki dimasukkan ke IJN setelah dilaporkan terjatuh di Hospital Putrajaya.
Seorang pegawai IJN ketika dihubungi mengesahkan Zaki, 66, dimasukkan ke institut itu kira-kira 10.30 pagi dan ketika ini menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh pakar di hospital berkenaan.
Zaki, 66, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang keenam pada 18 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad.
Bernama juga melaporkan Zaki dimasukkan ke IJN hari ini selepas mengadu sakit dada.
Zaki mengadu mengalami sakit dada ketika dalam perjalanan ke pejabat beliau di Putrajaya pagi ini.
Beliau kemudian meminta pengawal peribadinya menghantar beliau ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan.
Beliau dirujuk ke IJN selepas doktor di Hospital Putrajaya memeriksa beliau.
Seorang pegawai IJN ketika dihubungi mengesahkan Zaki dimasukkan ke institut itu kira-kira 10.30 pagi dan ketika ini menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh pakar di hospital berkenaan.
Keadaan beliau dilaporkan stabil
KOMEN:
Tentu Najib dan UMNO gelabah mendengar berita ini kerana kerja-kerja yang beliau perlu lakukan sangat banyak terutama yang bersabit dengan masalah Anwar Ibrahim. Banyak yang belum selesai yang priority yang sudah tercatat dalam diarinya bagaimana bagi memastikan Anwar Ibrahim dipenjarakan selari dengan kehendak undang-undang, kerana beliau tahu proses perundangan yang bakal dilalui oleh Anwar sangat panjang sebelum ia dihumban ke dalam penjara. Dibenaknya sekarang (kalau mati pun di mulut mungkin mengucap UMNO..UMNO..UMNO bagaimana engkau tanpa aku) tentu akan memikirkan survival UMNO
Sebagaiamana yang ketahui umum bahawa beliau merupakan seorang pembela dan pendokong UMNO tulin dari kecil sampailah ke tua Bangka. Darah yang mengalir dalam tubuhnya biru pekat. Beliau menjadi pembela UMNO sejak dari usia muda sampailah dia duduk di kerusi CJ tetap menjaga kedudukan UMNO supaya tidak goyang dan tumbang. Hendak harapkan Ghani Patail seorang beratlah sedikit. Meraka harus berkerja sama untuk memusnahkan Anwar dan menyelamatkan UMNO. KPN susah hendak cakap. Sat-sat macam tu, sat-sat macam ni. Susahlah sedikit. KPN ini orang jujur, tak pandailah untuk putar alam macam dua ekur ini.
Beliau juga pernah menjadi salah seorang Ahli Lembaga Disiplin UMNO dan terpaksa meletakkan jawatan kerana terlibat kes mahkamah syariah Perlis. Seorang wanita peranakan Perlis (pandai hang kebas duit orang tua ni) mefailkan tuntutan nafkah bernilai berjuta ringgit untuk bercerai dengannya. Wanita itu mengadu dia berkahwin dengan Azmi secara sulit (rahsia dari anak-isteri) di Siam. Dalam pada itu ia juga mengakui pernah bermain dengan rasuah.
Kes ini cukup mengembirakan Karpal, beberapa kaliKarpal cuba bawa kes ke mahkamah, tetapi akhirnya Karpal gagal juga.
1 comment:
MOGA ALLAH SWT MEMBUKA MINDA DAN MATA UNTUK KETUA HAKIM NAMPAK KEBENARAN AMEEN !
Post a Comment