Kerana terlalu banyak politiking kita lupa kepada asas politik yang sebenarnya. Kesungguhan dalam politik sudah tiada bagi kita orang Melayu. kita melebihkan tumpuan kepada politiking; siapa yang menang dan siapa yang kalah, siapa yang berkuasa dan siapa yang tidak berkuasa. Politik yang asasi, iaitu politik yang membawa penyatuan secara jujur sudah tiada. Politik dan kuasa adalah empunya orang yang berkuasa.
Apabila kita menjadi ahli sesebuah parti matlamatnya ialah untuk menyatukan pemikiran dia antara ahli-ahli dan jika ada perbezaan kita ‘co-exist’ dalam parameter toleransi yang luas. Di awal zaman kemerdekaan negara dahulu pemimpin-pemimpin kita dari berbilang kaum telah meletakan asas kerjasama di antara parti yang di asaskan kepada kaum-kaum di negara ini. Orang Melayu dengan UMNOnya, orang Cina dengan MCAnya dan India dengan MICnya.
Orang Melayu, Cina dan India bekerjasama di antara satu dengan lain melalui kekuatan sokongan parti masing-masing dan telah berjaya membawa negara kearah kemajuan yang pesat dan imej Malaysia yang mundur telah menjadi sejarah. Perbezaan pendapat bukannya tidak wujud tetapi oleh kerana ketelusan di antara pemimpin-pemimpin puak dan kaum maka perbezaan itu mampu dikawal dalam semangat toleransi yang tinggi.
Dalam pada itu, seperti juga negara-negara demokrasi yang lain kita ada beberapa buah parti pembangkang yang dibenarkan wujud dan membenarkan parti-parti itu bergiat mengikut undang-undang yang sedia ada. Semua parti itu adalah parti yang halal di sisi undang-undang tubuh dan ditadbir oleh pendaftar pertubuhan. Hanya Parti komunis Malaya (PKM) sahaja yang telah diharamkan kerana parti itu memilih untuk mengangkat senjata bagi mendapatkan kuasa pemerintahan negara.
Tidak menjadi kesalahan jika sesiapa menyokong parti-parti ini, kerana parti ini adalah halal di sisi undang-undang negara. Di dalam sebuah negara demokrasi parti-parti pembangkang ini merupakan parti-parti alternatif yang mempunyai hak untuk memerintah jika diberikan mandat oleh rakyat yang memilih. Itu adalah asas demokrasi yang tulin.
Di Amerika Syarikat parti-parti Demokrat dan Replublican bergilir-gilir mendapat mandat dari rakyat untuk memerintah. Begitu juga di Britain; Parti Buruh dan Conservative bergilir-gilir memerintah negara itu mengikut kehendak rakyat. Sekarang ini pula Britain ditadbir oleh kerajaan capuran Coservative dan parti Liberal Demokkrat dan itu juga kehendak rakyat dan bukannya kehendak parti-parti itu.
Di negara demokrasi seperti di Britain parti yang memerintah menghormati kehendak dan selera rakyatnya. Tidak terdapat tekanan kepada rakyat di kawasan yang diwakili oleh parti pembangkang. Tidak ada pula mana-mana parti yang memerintah mengingatkan rakyat supaya berterima kasih kepada kerajaan yang telah membekalkan air bersih, membekalkan api letrik, memberikan subsidi gigi palsu dan membina jalanraya kecil ataupun lebuhraya.
Di dalam pilihanraya di Germany tidak ada kedengaran kerajaan yang memerintah meminta rakyatnya mengenang jasa parti pemerintah kerana memberikan pelajaran percuma kepada rakyat sehingga keperingkat universiti dengan buku teks percuma. Begitu juga di kesemua kesebelasan negara-negara Scandinavia.
Tidak pernah kedengaran pemimpin Parti Buruh semasa memerintah Britain mengingatkan rakyat dalam kempennya supaya mengingati jasa parti itu kerana telah membekalkan boat-boat nelayan dan sebagainya. Kalau kita memandu di Lebuhraya M25 di kotaraya London tidak ada pula papan tanda yang mengingati rakyat yang projek perumahan yang ada di tepian lebuhyara itu sebagai ‘satu lagi projek kerajaan campuran Conservative dan Lib Demokrat.’
Pemimpin-pemimpin negara-negara seperti ini menumpukan sepenuh masa untuk perancangan membangunkan negara. Tidak ada Ahli Parlimennya turun padang untuk melepaskan anak itek atau anak ayam atau mengadakan majlis penyerahan lembu pawah di depan kamera TV3 dan TV1 dan sebagainya kononya sebagai kaedah mendekati rakyat.
Di negara itu pemimpin-pemimpinnya secara fisikal tidak mendekati rakyat. Tetapi yang mendekati rakyat ialah dasar-dasar dan perlaksanaan dasar yang sempurna yang tidak ada ketirisan dalam membelanjakan wang dan harta rakyat. Pemimpin-pemimpin mereka tidak ada progran turun padang kerana yang turun padang ialah dasar serta perancangan pembangunan yang baik untuk mereka yang di gubal oleh pemimpin-pemimpin mereka yang berkerja keras sebagai ahli Legislatif. Dasar-dasar yang baik amat dirasai rakyat itu mendekati mereka. Parti Conservative atau Parti Buruh tidak mempunyai ahli yang berjuta-juta orang orang seperti parti kita di sini.
Yang rakyat hendak tengok ialah dasar-dasar yang baik yang dihormati orang ramai yang boleh meyakinkan mereka sebagai dasar yang mesra rakyat, bukannya pemimpin yang mesra rakyat. Tidak guna mempunyai pemimpin yang mesra rakyat tetapi dasar yang digubal tidak memberikan impak secara terus kepada orang ramai. Zaman berkempen dengan hanya menepuk belakang pengundi sudah lama menjadi sejarah. zaman bercakap dengan manis mulut sudah tidak laku lagi. Slogan yang sedap di dengar tidak membawa apa-apa lagi.
Pemimpin yang dipilih oleh rakyat ialah pemimpin yang dirasakan mempunyai kemampuan untuk berfikir dan melunaskan tanggungjawab untuk menggubal dasar yang baik bagi negara…. tidak kira dari parti kerajaan atau pembangkang kerana parti kerajaan membawa bersama pemimpin pembangkang untuk membina dasar yang baik untuk negara tadi.
Apabila ada pihak di sini memuji sistem di negara-negara maju ini pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang mengidap penyakit ‘inferiority complex’ akan menyelarnya dengan mengatakan yang kita mempunyai demokrasi adunan sendiri dan tidak perlu ikut demokrasi orang lain.
Kita wajar memulakan langkah untuk memperkayakan demokrasi di negara kita ini. Alangkah eloknya jika semua pihak diberikan peluang untuk menhubungi rakyat melalui saluran media perdana seperti saluran TV nasional supaya masing-masing parti boleh mendekati rakyat dengan mudah. Pembangkang yang dituduh bertalu-talu kononnya membuat fitnah tidak akan dapat berbohong seperti yang cuba dimomokan kerana mereka bercakap terus kepada rakyat melalui TV dan saluran media yang lain. Lagi pun stesyen TV itu dibangunkan dengan wang rakyat yang terdiri dari cukai-cukai yang dikutip dari semua rakyat termasuk ahli-ahli UMNO, DAP, PAS, PKR dan parti-parti yang lain.
Jika peluang ini terbuka kepada semua pihak maka barulah rakyat dapat menilai parti mana yang baik pada pandangan masing-masing pengundi dan memilihnya di dalam peti undi semasa pilihanraya yang di adakan. Salah benar tentang apa yang dikatakan oleh mana-mana pihak biar orang ramai yang menilainya. Ianya penting kerana negara ini adalah kepunyaan rakyat bukannya kepunyaan Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sahaja. Di negara kita jiwa pemimpin-pemimpin kita terlalu kecil dan fakir yang menyebabkan mereka tidak berani memberikan ruang untuk parti-parti lain untuk berhubung dengan rakyat melalui saluran perdana tadi.
Banyak negara yang dahulu menekan pihak yang membangkang sudah mula terbuka demokrasinya. Contohnya Indonesia telah melakukan transformasi yang besar di dalam sistem pilihanrayanya. Pemimpin-pemimpin pembangkang sekarang boleh menyampaikan pesanan kepada rakyat melalui media perdana elektronik dan cetak, malahan Indonesia sekarang ini merupakan sebuah demokrasi yang terbesar di Asia selain dari India.
Di Singapura baru-baru ini rakyat bebas bercakap melalui media perdana dan akhirnya rakyat membuat pilihan dengan mengekalkan kerajaan yang sedia ada dengan undi popular yang jauh lebih rendah dari dahulu. PAP merasakan yang popularitinya telah menurun maka sebelum rakyat terus menyiahkan sokongan kepada parti itu maka Lee Kuan Yew telah menolak tawaran untuk berada di dalam kabinet baru Singapura. Sebabnya isu beliau merupakan isu besar dalam pilihanraya itu walaupun beliau sendiri memenangi kerusi kawasannya tanpa bertanding.
Beranikah mana-mana pemimpin yang jelas tidak di senangi oleh rakyat menarik diri walaupun mereka tahu keadaan itu adalah ‘real’ dan nyata? Jawabnya; tidak berani, kerana kononnya kita mempunyai demokrasi acuan sendiri. Pemimpin kita rela partinya jatuh bersama dengan mereka. Untuk berhenti dan berkorban untuk menyelamatkan negara tidak sekali. Kalau parti kalah rakyat akan dipersalahkan.
Dulu ada pemimpin besar kita kata, “menang satu undi pun saya tetap menang. Kalau kalah sekali pun saya boleh meminta sokongan dari Parlimen”. Itulah dia demokrasi acuan kita sekarang ini.
Sumber : Di SINI
Saya amat menghormati pandangan saudara Aspan. Begitulah konsep demokrasi yang patut kita amalkan. Parti pemerintah dan pembangkang hendaklah berkerjasama dalam semua sector. Semua parti mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk membangunkan rakyat dan Negara,tiada ada parti yang ingin menghancuran rakyat dan negaranya. Cuma pendekatan sahaja yang berbeza.
Apa puncanya yang menyebabkan politik Malaysia menjadi bertambah serabut dan bersimpang siur?
Jawapannya : Kerana UMNO.
UMNO menjadikan parti sebagai lubuk rezeki. Semakin tinggi seorang itu dalam heiraki dalam UMNO, maka semakin banyak peluang-peluang untuk menambah kekayaan peribadi dan keluarga. Jadi, ramailah tokoh peniaga yang berlumba-lumba masuk UMNO untuk berebut-rebut untuk mendapatkan lesen, permit dan projek. Rakyat dipinggirkan. 5 sahun sekali datang berjumpa rakyat untuk menagih undi. Selepas menang, rakyat dilupakan. Datang lagi pada tahun ke 5 ketika sampai waktu pilihan raya, taborlah duit sekupang-dua, selepas tu hilang lagi apabila menang. Mereka berjuang untuk kepentingan diri sendiri, bukan untuk rakyat. Untuk rakyat hanya dibibir mulut saja.
Dulu lain, para pemimpinnya di kalangan kaum guru dan yang beragama, mereka berjuang untuk rakyat. 1 untuk pemimpin 99 untuk rakyat. Sekarang sudah berubah 99 untuk pemimpin 1 untuk rakyat. Mereka kini terdiri di kalangan peniaga dan usahawan dan dikalangan ular dalam semak. Rakyat bertambah benci dan meluat tengok muka dan perangai para pemimpin kita sekarang ini.
Pemimpin sekarang gila kuasa, dulu tidak. Kebanyakannya tidak mahu dilantik menjadi pemimpin kerana ianya satu amanah. Takut tidak tertunai amanah yang diberikan. Ia akan akan ditanya di hadapan Allah diakhirat kelak. Sekarang amanah boleh dijual beli, lupakan azab Allah menanti sebab itu mereka takut mati.
Sekarang pemimpin berpolitik beramalkan politik jakun. Politik tidak bertamadun dan tidak berakhlak. Matlamat menghalalkan cara. Takut teramat sangat kehilangan kuasa kerana pemimpin banyak melakukan dosa dan melakukan pelbagai penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa.
Mereka takutkan suara rakyat. Sekiranya demokrasi diamalkan seperti di US dan di Britain sudah lama UMNO golong tikar-bantal.
Untuk terus kekal berkuasa dan terus merompak harta rakyat, saluran demokrasi mesti disempitkan. Gunakan jabatan dan agensi kerajaan untuk membantu mengekalkan kuasa.
No comments:
Post a Comment