DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, May 15, 2011

ANWAR IBRAHIM : DIPANGGIL BELA DIRI ATAU DIBEBASKAN?

Persoalan yang ditimbulkan di atas, sekarang ini sedang bermain-main di fikiran sebahagian besar rakyat yang mengikuti secara dekat perkembangan politik setan @ politik pandi kutty yang tidak bertamadun yang dimain oleh regim Najib laknatullah,khususnya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Esuk, 16 Mei adalah hari penentuan bagi Anwar Ibrahim sama ada beliau dibebaskan dari tuduhan meliwat atau dipanggil membela diri. Tindakan membela diri hanyalah sebagai formality sebelum ia dijatuhkan hukuman penjara sepertimana Anwar pernah merasainya pada tahun 1998-2004 dulu.

Kes ini hanyalah ulangan pada kes liwat I lalu.Kes liwat II ini berlaku kerana rasa tidak puas hati Dr.Mahathir Mohamad atas pembebasan Anwar pada tahun 2004 yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi yang mengambilalih kuasa dari Mahathir pada 3 November 2003. Mahathir tidak puas hati dan sangat marah kepada Pak Lah atas pembebasan Anwar itu kerana Anwar boleh mengancam survival politiknya dan kekayaan anak-anaknya. Bertambah-tambah lagi tsunami politik PRU ke-12 bertambah merisaukannya. Tsunami politik yang berlaku itu, salah satu factor adalah factor Anwar yang menyebabkan UMNO kalah teruk, tidak dapat mempertahankan majority 2/3nya di parlimen. Pengundi-pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina secara jelas menolak UMNO/BN disebabkan Anwar yang menjadi ikon penyatuan di antara PAS dan DAP.

Oleh itu, satu perancangan yang teliti (perkidmatan nasihat APCO mungkin digunapakai) wajar dilakukan bagi mensabitkan Anwar sekali dengan isu liwat dan seks. Isu seks ini penting bagi mengikis kepercayan rakyat khususnya masyarakat Melayu di luar Bandar. Isu ini juga dipercayai boleh memusnahkan kerjaya politik Anwar bagaimana yang terjadi ke atas beberapa pemimpin dunia yang jatuh kerana isu seks. Isu liwat ini dipilih kerana ia lebih menjejaskan maruah Anwar kerana Anwar senonim dengan Islam. Jadi, ia mengambarkan kerakusan hawa nafsu seks lebih buas dari haiwan.

Bagai pucuk di cita ulam mendatang. Pengusiran Pak Lah (permainan politik jahat Mahathir paling licik) berjaya menaikkan Najib laknatullah ke tampok kuasa sebagai PM Malaysia ke-6. Melalui Najib laknatullah inilah, Mahathir berjaya mencucuk jarum PHDnya atas kepecayaan yang diwar-warkannya bahawa survival UMNO dan BN terancam sekiranya Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar tidak disekat menjelang PRU ke-13 nanti.

Najib laknatullah ini juga bimbang akan masa depan politiknya. Anwar adalah pencabar politiknya nombor 1. Malah, Anwar adalah bekas mentor kepada Najib laknatullah ini dalam politik UMNO. Contohnya, jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandnag oleh Anwar diserahkan kepada Najib laknatullah ini tanpa bertanding ketika Anwar bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Bagi Anwar sangat mudah bagi beliau untuk mengalahkan Najib laknatullah ini dalam persaingan politik dalam Negara ini kerana Anwar mempunyai banyak kelebihan, lebih berwibawa dan lebih berpengalaman dalam sepak terajang politik di dalam Negara ini, berbanding dengan Najib laknatullah ini yang mempunyai berbagai kelemahan dan tidak mempunyai kewibawaan seperti Anwar.

Menyedari hakikat itulah Najib laknatullah ini memulakan gerak kerjanya sebaik sahaja beliau duduk disinggahsana kuasa berusaha memusnahkan Anwar Ibrahim dengan apa cara sekali pun. Oleh sebab itulah Najib laknatullah ini sering mengeluarkan perkataan “gunakan apa sahaja senjata yang ada untuk menawan balik negeri-negeri yang ditawan oleh Pakatan”, terutama Selangor (maksudnya memusnah Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat). Rangkaian perkataan ini mempunyai berbagai tafsiran mengikut fahaman seorang yang mempunyai pendirian masing-masing.

Berlatarbelakangkan semuanya itu, harapan Anwar untuk dibebaskan esuk adalah tipis. Senipis kulit bawang. Kita tidak perlu menyalahkan hakim 100%. Hakim bertindak (dipengaruhi banyak pihak dibelakang tabir) membuat keputusan berasaskan kepada tiga factor. Pertama, untuk menyelamatkan regim Najib laknatullah dan UMNO. Seandainya Anwar dibebaskan adalah matapetaka bagi Najib laknatullah dan UMNO. Suasana politik Negara akan lebih panas lagi, pertarungan mendapatkan pengaruh dari kedua-dua belah pihak (Pakatan V UMNO(BN) lebih sengit lagi. Anwar mempunyai modal lebih besar untuk menghentam Najib laknatullah dan UMNO.

Kedua, hakim perlu memainkan peranan pecah-perintah (dasar popular Inggeris untuk terus menjajah) iaitu merehatkan Anwar dalam penjara sekurang-kurangnya dapat meredakan suhu politik Negara, di samping dapat melumpuhkan kekuatan Pakatan kerana ikon penyatuan PAS dan DAP sudah dapat dimusnahkan. Maka, pada bacaan politik UMNO (hakim juga mungkin) sokongan rakyat terutama kaum Cina dapat kembali menyokong BN. Dalilnya, kronologi peristewa-peristewa yang berlaku akhir-akhir ini seolah sebagai satu perancangan yang rapi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam regim Najib laknatullah seperti isu 1M, 1Melayu dan isu Negara kristian yang ditimbulkan utusan setan yang merupakan lidah rasmi UMNO.

Ketiga, semenjak kes ini diperbicarakan di mahkamah, bermula di mahkamah majestrik lagi , Anwar tidak pernah menang apa yang beliau kehendaki bagi memperkemaskan hujah-hujahnya bagi mencabar kes ini. Keseluruhannya, apa yang dikehendaki oleh pendakwaraya diizinkan oleh mahkamah, termasuk pemindahan kesnya dari mahkamah majestrik ke mahkamah tinggi dan terakhir sebelum kes perbicaraanya ditutup, mahkamah membenarkan tuala good morning, sebotol air mineral dan berus gigi dijadikan bahan bukti yang pada mulanya mahkamah menolaknya. Jadi, adalah mustahil bagi Anwar yang ia dibebaskan esuk.

Kesimpulannya, hakim bertindak mengikut skrip yang sudah pun disediakan, bukan berdasarkan kepada fakta, keadilan dan kebenaran. Apa pun yang bakal diputuskan oleh hakim esuk, kita wajar menerimanya dengan kehendak Allah jua perkara tersebut berlaku. Sudah tentu ada hikmahnya disebalik keputusan itu esuk. Yang pasti, mana-mana kerajaan pun di dunia ini yang melakukan kezaliman tidak akan kekal lama. Pasti tumbang akhirnya. Masa akan menentukannya.

Lihat Najib laknatullah ini berpolitik di SINI dan di SINI

1 comment:

Amuraria said...

RASANYA KEPUTUSAN HAKIM AKAN IKUT SKRIP . KITA AKAN TAHU SEJAUH DAN SEZALIM MANA TINDAKAN MEREKA UNTUK MENJATUHKAN DSAI !