Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.
Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.
Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".
Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.
Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.
Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.
Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.
Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.
"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.
Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.
"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/160536
KOMEN:
Dak eh. UMNO tak buat kerja tu. Polis yang pandai-pandai tak bagi Anwar berucap. UMNO cukup matang berpolitik. Mahathir pun kata polis yang pandai-pantai tangkap orang diISAkan. Mahathir tak mau, tapi mau. Mahathir kata dia hapuskan ISA, polis kata dia mau.
Jadi, jahat sungguh polis di Malaysia ni. Lawan kerajaan UMNO.
2 comments:
MENGAPA POLIS TERSANGAT TEGAS JIKA PADA PEMBANGKANG ? APAKAH MEREKA DIGAJI OLEH UMNO@APCO-BN ? DIMANA KETELUSAN DAN AMANAH YANG DIJUNJUNG ?
Soalan bodoh tu! Begini bunyi jawapan yang cerdik... Jika bapanya borek, tentulah anaknya rintik. Selama lebih separuh abad mereka ini mendidik Jabatan ini menggunakan wang rakyat untuk menjadi pengawal peribadi dan penjaga harta serta kepentingan mereka. Tidak sekali-kali untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat. Itu cuma donggengan sahaja.
Post a Comment