TVSelangornews melaporan bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz akan mengusulkan kepada Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat sama ada Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah Datuk T.
Alasan yang diberi Nazri ialah Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia dan justeru itu harus “lulus” penelitian Suruhanjaya DiRaja bersabit video itu.
Nazri juga memberi kenyataan dangkal bahawa isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak untuk memutuskan individu dalam video itu mempunyai susuk badan (perut boroi dan dada luas) jauh berlainan dengan Anwar.
Perakuan seorang isteri lebih 50 tahun dan presiden sebuah parti politik diketepikan begitu sahaja oleh Nazri! Namun biarlah rakyat, khususnya kaum wanita menjawab Nazri atas perkara itu.
Yang lebih penting ialah cubaan Nazri meletakkan “syarat” Anwar mesti lulus ujian Suruhanjaya DiRaja (SDR) sebelum boleh diangkat menjadi Perdana Menteri.
Secara tiba-tiba Nazri dan juak-juak dalam Umno mengiktiraf kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri . Atau, adakah ia semata-mata untuk menghalalkan penubuhan SDR?.
Jika SDR menjadi ukuran untuk memastikan hanya mereka yang “bersih” menjadi pemimpin - kenapa tidak ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja untk menyiasat Datuk Seri Najib bersabit pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.
Najib - dahulu dan sekarang dibelit dengan tuduhan beliau terbabit dalam skandal Altantuya. Belum lambat untuk menubuhkan Suruhanjaya itu bagi memastikan tuduhan dan dakwaan bersabit Altantuya tidak lekat selama-lamanya.
Umum tahu pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 melibatkan penasihat Najib Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis yang menerima arahan daripada pegawai kanan di pejabat Najib.
Umum juga tahu Altantuya dan Razak dibelit dengan isu pembayaran komisyen hampir RM500 juta untuk pembelian kapal selam yang diluluskan oleh Najib ketika beliau Menteri Pertahanan.
Dan umum juga tahu pada tahun lalu, pihak berkuasa Peranchis sendiri memulakan siasatan bersabit pembayaran komisyen kapal selam itu kerana ia membabitkan syarikat perkapalan negara itu.
Apakah ini semua tidak melibatkan kepentingan nasional yang sepatutnya membawa kepada sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat isu komisyen kapal selam, Altantuya dan hubung kait dengan Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu?
Sepatutnya sebelum melangkah masuk pejabat Perdana Menteri, Najib menawarkan untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja itu bagi memperakui beliau sebenarnya bersih-sebersihnya.
Namun tidak. Dua anggota polis yang tidak pun mengenali Altantuya disabit kesalahan mengebom Altantuya manakala Abdul Razak Baginda dibebaskan.
Dua minggu lalu, Najib dengan gah menawarkan DNAnya dalam cubaan menyindir Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.
Sayang, Perdana Menteri hanya membuat tawaran itu setelah perbicaraan Altantuya berakhir dan Najib selesa menduduki taktha pemimpin utama negara.
Sepatutnya Nazri menjawab soalan mudah ini – kenapa standard yang dikenakan terhadap Anwar, itupun bersabit video lucah, dikecualikan terhadap Najib Razak dalam kes yang membabitkan pembunuhan seorang warga asing dan duit rakyat berjuta-juta ringgit.
Kenyataan Nazri mahukan SDR adalah berbaur politik dan dipinjam daripada agenda Rahim Thamby Chik (Tahi), Shayzl Eskay dan Shuib Lazim ketika mereka menayangkan video lucah itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu.
Sekali gus pengumuman Nazri mengesahkan usul penubuhan SDR adalah satu lagi taktik keji Umno untuk memanjangkan fitnah video seks terhadap Anwar.
Ia bukan mengenai mencari kebenaran kerana jika itulah yang dicari, maka polis sudah tentu menangkap Datuk T dan mendedahkan sama ada pelaku dalam rakaman 21 minit itu adalah Ketua Pembangkang atau sebaliknya.
Namun itu tidak berlaku. Ketua Polis Negara Ismail Omar hanya mengesahkan video itu adalah tulen dan siasatan 95 peratus siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara.
Hanya ismail dapat menjawab keperluan untuk beliau memberi kenyataan sebegitu, malah kenapa beliau perlu memberi sebarang kenyataan jika siasatan belum dimuktamadkan.
Mungkin kerana yakin orang ramai akan mencurigai hasil siasatan polis, maka wujud tekanan baru ke atas Umno untuk menubuhkan SDR.
Namun apabila Jemaah Menteri bermesyuarat esok untuk menimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya di Raja bagi menyiasat video lucah Anwar, mereka harus bertafakur seketika untuk memperingati mendiang Altantuya Sharibuu yang tidak mendapat pembelaan sedemikian.
Dalam pada itu, Anwar Ibrahim berkata beliau bersedia berdepan dengan Suruhanjaya tersebut, tetapi beliau mahu suruhanjaya sama ditubuh bagi menyiasat misteri kejadian lain termasuk kes Altantuya Shariibuu dan ‘skandal’ Port Dickson.
“Satu (suruhanjaya) untuk Altantuya, satu untuk (dakwaan khalwat Najib di) Port Dickson, satu untuk Beng Hock, dan satu untuk (kematian pegawai kastam),” kata Anwar.
KOMEN :
Itulah payahnya, apablia semua orang melihat kita, kita kelihatan tidak bersih. Bermuih mulut Najib menafikannya. Beliau tidak terlibat dengan pembunuhan mistri Altantuya Sharibu. Sungguh pun seluruh dunia tidak mempercayai cakap-cakap Najib itu, termasuklah apa yang didakwa oleh WikiLeak pada Disember 2010 lalu menyatakan Najib perlu menang dalam pertarungan politik (di antara Anwar dan Pakatan Rakyat) untuk mengelakkan dirinya didakwa. Pegawai diplomatik Singapura, Bilahari Kausikan
secara jelas mengaitkan Najib dengan skandal pembunuhan Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu. Utusan Malaysia mengelapkan laporan ini dan mendedahkan secara meluas dakwaan WikiLeaks menuduh Anwar telibat dalam kes liwat (diperangkap?).
Perbicaraan kes pembunuhan ini memakan masa selama 151 hari, mula November 2006 sehingga 31 Oktober 2008 (hari keputusan penghakiman dibuat), melibatkan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi yang akhirnya Razak Baginda dibebaskan (Pendakwaraya tidak mengemukakan rayuan kerana berpuas hati dengan keputusan tersebut) dan mendapati Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi kerana ada prima facei.
Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun itu yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati. Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun 2006. Manakala, Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara jam 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 malam 19 Oktober tahun 2006.
Azilah yang mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003, mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting (VVIP) sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan. Manakala, Sirul yang menyertai UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi.
Pada 10 November 2008, Azilah dan Sirul Azhar membela diri. Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan sehingga kini kes itu lenyap hilang entah ke mana. Mayat Altantuya telah diletupkan dan cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.
Persoalan yang ada dibenak sebahagian besar rakyat dalam Negara ini dan juga di dunia adalah seperti berikut :
Betul ke Najib terlibat?
Najib kerap kali bagi tahu yang dia tidak terlibat
Kenapa Sirul dan Azilah meng-c4- kan Altantuya?
Sebab apa dia dibunuh?
Kenapa mahkamah tidak umumkan motif Altantuya dibunuh?
Kalau betul Najib tidak terlibat kenapa dia tidak saman media luar (termasuk WikiLeaks) yang kata dia terlibat?
Kenapa dia tidak cuba bersihkan nama dia?
Sebelum kita tuduh orang, bersihkanlah diri kita dulu. Apa lagi Nazri Aziz tubuhkan juga Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat Najib terlibat atau tidak dengan pembunuhan tersebut. Ini lebih penting kerana ia melibatkan maruah Negara kerana Negara ini (buat masa ini) berperdanamenterikan seorang penjenayah. Ini sangat-sangat memalukan. Jangan memberi sebarang alasan yang tidak masuk akal seperti orang tua nyanyuk. Ayuh Nazri tubuhkan juga Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat Najib juga untuk membuktikan siapa yang lebih bersih di antara Najib dengan Anwar. Lawanlah secara anak jantan, jangan berlindung disebalik kata-kata yang rakyat sudah muak mendengarnya.
Selepas itu, barulah molek tubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat kes video seks Anwar pula barulah betul kaedahnya. Janganlah jadi seperti ayam jantan tidak sedar diri berkokok seluruh kampong, tetapi dubor penuh bergelumang dengan tahi. Anwar belum tentu jadi PM lagi, ni……. yang telah menduduki kerusi PM hampir 3 tahun itu perlu dibersihkan dahulu.
Malu….malu……..
”NYAKANLAH UMNO DARI MUKA BUMI INI UNTUK KEEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA”

No comments:
Post a Comment