Hari ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks yang didalangi oleh "Datuk T" adalah "tulen" namun tidak memberi penjelasan sama ada pelakon di dalam rakaman itu adalah Anwar Ibrahim.
Lebih mengejutkan, beliau mengumumkan siasatan kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Abdul Gani Patail untuk tindakan lanjut.
Setakat ini Anwar sendiri tidak dipanggil untuk memberi keterangan sungguhpun siasatan polis adalah berasaskan laporan Anwar bahawa beliau difitnah oleh Datuk T menerusi rakaman itu pada 21 Mac lalu di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur.
Datuk T merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik (perasuah dan perogol bersiri yang terkenal pada satu masa dulu) yang kini Pengerusi Risda, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim yang mendakwa kononnya video itu menunjukkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumour pada 21 Febuari lalu.
Seterusnya baca di sini
KOMEN :
Baguslah kalau macam itu. Bukanlah hasrat mengutuk pasukan polis. Mereka sebahagian besarnya berkerja dengan penuh profesional. Mereka telah memainkan peranan yang baik penuh bertanggungjawab. Mereka telah menjalankan penyiasatan. Penyiatan telah selesai. Habislah kerja mereka. Kerja-kerja selanjutnya hendak meneruskan kes atau tidak terletak dalam bidang kuasa Peguam Negara.
Yang jadi masalahnya ialah UMNO. Najib yang memimpin UMNO dan kerajaan tidak mahu kalah dalam pilihan raya. Memanglah tidak siapa yang waras masuk bertanding hendak kalah. Kalau menang pun biarlah bermaruah. Secara anak jantan. Bertarung secara anak jantan dalam padang permaian yang sama rata.
Tetapi, kerana dasar IBLIS dan SYAITAN yang ada dalam dirinya dan menjadikan ini sebagai dasar pemerintahannya, maka Najib tidak boleh menerima sebarang kekalahan. Najib masuk bertanding mahu menang saja, tidak mahu kalah langsung. Kalaulah dia MAHA BERKUASA, maka sudah tentu dia akan melawan takdir yang menjadikan dirinya dari sehari ke hari semakin tua dan masa yang beliau akan MAMPUS semakin dekat, bukan semakin menjauhkan darinya.
Tua-muda, mati-hidup, kuasa, rezeki, jodoh dan tanah kubur adalah terletak di dalam kekuasaan Allah swt, bukan di bawah kekuasaan beliau. Jika sekiranya, ia mempunyai kekuasaan itu nescaya ia meletakkan dirinya dalam keadaan muda dan bertenaga sepanjang masa dan beliau tidak akan MAMPUS dimakan cacing tanah selama-lamanya.
Begitu juga, sekiranya Nabi Muhammad saw hidup di zaman ia memerintah, Najib akan bertindak lebih ganas dan lebih kejam dari Abu Jahal dan Abu Lahab dalam usaha memusnahkan kehidupan Nabi saw kerana ia cintakan KUASA dari segala-segalanya. Berbeza dengan Abu Jahal dan Abu Lahab, mereka menentang Nabi saw kerana Nabi saw membawa IMAN kepada semua manusia, Nabi saw tidak menganggu-gugat kedudukan, kuasa dan kemewahan yang dimiliki oleh mereka berdua. Yang Nabi mahu mereka beriman kepada Allah swt, itu sahaja.
Berbanding dengan Najib, kuasa dan kekayaan adalah segala-segalanya atas dunia ini Dengan sedikit kuasa yang dianugerahkan oleh Allah swt kepadanya, beliau dengan rakus menggunakan sepenuhnya kuasa tersebut menguasai seluruh instutusi dalam negara ini (pasukan polis, sistem keadilan, parlimen, SPRM, SPR, media dan jentera-jentera kerajaan) bagi memuaskan hawa nafsu serakahnya untuk terus berkuasa sehingga dunia ini kiamat (kalaulah sekira dia ada IMAN percayakan hari kiamat dan hari akhirat).
Dengan khidmat nasihat APCO, Najib tanpa nilai akhlak dan moral (apatah lagi dengan ajaran agama diketepikan) memusnahkan musuh-musuh politiknya di luar batas-batas kemanusiaan dan agama. Najib menganggap UMNO dan dirinya serta para pemimpin UMNO/BN adalah golongan terbaik dari golongan lain. Golongan lain itu adalah golongan PARIAH (maaf bukan hasrat hendak menghina kaum India) yang wajar dimusnahkan dengan apa cara sekali pun tanpa mengambilkira berapa kosnya dan tanpa memperhitungkan dosa-pahala.
Setiap hari, malam-siang dan pagi-petang, mendendangkan lagu basi kerana mu UMNO dan dialah yang memberi makan-pakai, pendidikan, rumah, jalanraya dan berbagai kemewahan lagi kepada rakyat. Tuhankah Najib?
Manusia apa Najib ini. Najib perlu sedar bahawa semua dictator yang pernah hidup di dunia ini mengakuinya dialah yang terbaik untuk Negara dan rakyat. Setiap kali pilihan raya diadakan, diktator-diktator ini menang dengan majority yang amat besar dan dengan penuh bangga mereka menyatakan yang mereka disokong rakyat, tetapi pada masa yang sama banyak pemimpin pembangkang yang dipenjarakan dengan alasan yang sengaja direkacipta dengan bantuan institusi-institusi Negara yang disebutkan itu. Ruang demokrasi yang bebas dan adil ditutup rapat-rapat. Mulut rakyat digamkan.
Akhirnya, rakyat sedar dan insaf (sudah tentu dengan dorongan dan ilham yang didatangkan khas oleh Allah swt), mereka bangkit beramai-ramai menentang, mengulingkan dan mengusir para dictator itu. Nampaknya, Najib mengulang-tayang sejarah yang telah dilalui para dictator yang tercatat dalam sejarah dunia.
Saya amat berharap, pada kali ini siasatan dan tindakan lanjut yang bakal diambil ke skandal seks video lucah tersebut dibuat secara tulus dan ikhlas tanpa ada sebarang konspirasi dari tangan-tangan Najib dan orang-orangnya untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Anwar adalah musuh utama UMNO dan Najib. Perlu diingatkan di sini bahawa hari pembalasan pasti akan tiba ke atas orang-orang yang berlaku zalim ke atas sesama makhlok. Masih ingat lagikah kisah Lim Guan Eng yang dizalimi oleh Abdul Rahim Thamby Chik, beliau kini diangkat darjat oleh Allah swt sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan orang yang menzaliminya itu terkial-kial meneruskan kehidupannya dalam kehinaan dan mulai dilupakan orang. Kemudian, dia dikutip semula oleh Najib menjadi Pengerusi RISDA (mungkinkah dia dirancang untuk menjalankan operasi khas?) kerana Rahim pernah membuat jasa kepada Najib (seperti juga dengan Isa Samad, juga ada membuat jasa kepada Najib dikutip semula menjadai menjadi Pengerusi FELDA).
Allah swt tidak pernah menzalimi hamba-hambanya, walaupun hambanya tidak pernah bersyukur (orang bukan Islam tentunya, termasuk orang Islam sendiri yang tidak mengamalkan suruhanNya) tetap diberikan rahmatNya jua. Soal dosa-pahala akan dibalasNya pada hari akhirat nanti seperti yang dijanjikan.
Kes ini perlu diadili secara adil dan saksama, walaupun pada hati kecil saya berkata ia bakal mengulangi episode tape Lingam. Klip video 14 minit yang didakwa melibatkan seorang peguam VK Lingam (ingat peguam ini banyak memberi khidmat guaman kepada Dr Mahathir Mohamad) sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang Hakim Kanan dan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal klip ini mendapati klip video itu adalah TULIN dan mengesyorkan supaya Dr.Mahathir Mohamad dan dua bekas Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Eusoff Chin, Peguam Kanan VK Lingam, bekas Menteri Pelancongan Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung UMNO ketika itu (sekarang SU Kerja UMNO) serta tokoh perniagaan Vincent Tan terlibat.
Suruhanjaya itu juga mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan. Menteri di JPM ketika itu, Zaid Ibrahim pernah menjelaskan bahawa kabinet (pengerusinya ketika itu ialah Abdullah Ahmad Badawi yang juga PM) telah mengarahkan Pejabat Peguam Negara (Abdul Ghani Patail) untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka, tetapi tidak dilaksanakan.
Apabila Abdullah disinggirkan secara paksa dan diganti oleh Najib,maka kes tersebut ditamatkan riwayatnya dengan alasan biasa dari Peguam Negara dan disambut oleh Menteri di JPM yang menjaga Parlimen bahawa bukti yang ada tidak mencukupi bagi menyiasat keenam-enam individu terbabit mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-Undang 1976. Tutup kes dan hilang dibakulsampahkan.
Adakah kes ini akan berulang lagi? Tunggu dan lihat sepak terajang Najib seterusnya.
Seribu kemungkinan akan berlaku ke atas diri Anwar Ibrahim. Hanya Allah swt yang akan menentukannya dan kepadanya jua kita mengharapkan pertolonganNya. Kudrat yang ada, tidak berupaya menentang bala tentera Najib yang bersiap sedia untuk bertempor. Dengan kuasa Allah swt, tentera bergajah Abrahah dapat dimusnah oleh burung Ababil
“NYAHKAN UMNO, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”
No comments:
Post a Comment