DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, April 1, 2011

INI DIA PERLAKUAN RASUAH ABDUL RAHIM THAMBY CHIK


SIASATAN BADAN PENCEGAH RASUAH TERHADAP TAN SRI ABDUL RAHIM BIN THAMBY CHIK (B1),KETUA MENTERI MELAKA

1. Siasatan yang dijalankan adalah untuk menentukan samada B1 melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Dharurat 1970.

2. Siasatan setakat ini telah mendedahkan fakta-fakta seperti berikut:

2.1 Pada 23.3.1989 (B1) telah mempengerusikan Jawatankuasa Belah Bahagi Tanah. Mesyuarat tersebut telah meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk memecah sempadan Lot. 902 kepada dua lot dan menukar jenis kegunaan tanah dari "pertanian" kepada bangunan perniagaan (pam minyak). B1 tidak mengisytiharkan kepentingan dan tidak keluar daripada mesyuarat.

2.2 Pada 16.10.1991 B1 telah mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka. Mesyuarat tersebut telah meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk menukar status Lot 1727 daripada pajakan kepada Tanah Adat Melaka (Malacca Customory Land). B1 tidak mengisytiharkan kepentingan dan tidak keluar daripada mesyuarat.

2.3 Perbuatan rasuah B1 adalah tertumpu kepada fakta bahawa beliau mengambil bahagian di dalam mesyuarat-mesyuarat yang dinyatakan di perenggan 2.1 dan 2.2 yang mana mesyuarat-mesyuarat tersebut telah membuat keputusan yang memberi faedah kepada Syarikat Dayamik.

2.4 Pada 3.10.1984 Syarikat Dayamik telah ditubuhkan dengan pemegang saham dan Pengarah Syarikat ialah Jaafar bin Abdullah, adik ipar B1 dan Yaakub bin Bachik, saudara angkat B1 yang juga Ketua UMNO Cawangan Paya Rumput, Masjid Tanah (Kawasan ADUN B1). Pada 20.10.1986 Abdul Sani bin Abdul Ghani masuk menggantikan Jaafar bin Abdullah yang berhenti 21.10.1986. Abdul Sani bin Abdul Ghani ialah pemandu kepada isteri B1 sejak 1.5.1982 hingga 1.5.1992. Pada 15.10.1987 Mohd Zin bin Othman telah menggantikan Yaakub bin Bachik yang berhenti pada 16.10.1987. Mohd Zin bin Othman adalah pembantu khas sementara bagi ADUN kawasan Masjid Tanah sejak 1.9.1986 hingga 1.4.1990.

2.5 Alamat berdaftar Syarikat Dayamik pada awal penubuhan hingga 31.3.1986 ialah di No. 5331-C, Jalan Paya Ikan, Bukit Baru, Melaka. Disahkan alamat ini adalah alamat rumah milik B1 sendiri.

2.6 Dari 20.12.1984 hingga 28.4.1988 penandatangan cek-cek Syarikat Dayamik ialah Jaafar bin Abdullah dan Datin Sri Zabedah iaitu isteri B1.

2.7 Pada 9.7.1985 B1 yang memiliki Lot 1726 telah memindah milik tanah tersebut kepada Syarikat Dayamik. Menurut Form 14A Kanun Tanah Negara balasan pindah milik tersebut ialah 40,000 saham Syarikat Dayamik. Pihak Badan Pencegah Rasuah tidak memperolehi bukti-bukti langsung yang menunjukkan pembayaran RM40,000 oleh Syarikat Dayamik kepada B1 seperti yang dinyatakan oleh B1 dalam kenyataannya. Adalah dipercayai bahawa kenyataan B1 ini adalah tidak benar sama sekali.

2.8 Pada 2.5.1987 B1 telah menjual tanah miliknya iaitu Lot 902 kepada Syarikat Dayamik.

2.9 Menurut Annual Report dan Kertas Odit Syarikat Dayamik sehingga 31.12.1987 B1 telah menghutangkan kepada Syarikat Dayamik sejumlah RM375,000.00.

2.10 Dari keterangan-keterangan yang diperolehi adalah didapati bahawa B1 mempunyai perhubungan yang rapat dengan Syarikat Dayamik dan oleh yang demikian, beliau mempunyai kepentinga di dalam syarikat tersebut. Dengan keterangan yang sedia ada dua kesalahan di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Dharurat 1970 boleh dibuktikan terhadap B1. B1 boleh dituduh di Mahkamah seperti tuduhan-tuduhan yang dinyatakan di bawah ini:

TUDUHAN PERTAMA

P. R. lwn. Tan Sri Abdul Rahim bin Thamby Chik

That you on the 23rd. March 1989, at Wisma Negeri Melaka, in the District of Melaka Tengah, in the State of Melaka, being a member of the administration, to wit, Chairman of the Committee on the Sub-Division of land, Melaka, committed corrupt practice in that while you being such Chairman did take part in the decision of the said Committee in which you have an interest, to wit, the decision to approve the application of Syarikat Dayamik Sdn. Bhd. to sub-divide Lot No. 902 into 2 lots and to change the status of use of the said land from agriculture to business, and that you have thereby committed an offence punishable under section 2(1) of the Emergency (Essential Power) Ordinance No. 22 of 1970.

TUDUHAN KEDUA

P.R. lwn. Tan Sri Abdul Rahim bin Thamby Chik

That you on the 16th. October 1991, at Wisma Negeri Melaka, in the District of Melaka Tengah, in the State of Melaka being a member of the administration, to wit, Chief Minister of Melaka, committed corrupt practice in that while you being the Chief Minister of Melaka did take part in the decision of the State Executive Council Melaka in which you have an interest, to wit, the decision to approve the application of Syarikat Dayamik Sdn. Bhd. to change the status of Lot No. 1727 from leasehold to Malacca Customary Land, and that you have thereby committed an offence punishable under section 2(1) of the Emergency (Essential Powers) Ordinance No. 22 of 1970.

3. PENGISYTIHARAN HARTA B1

4. SIASATAN TERHADAP HARTA B1.

4.1 Siasatan yang dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah menunjukkan bahawa B1 mempunyai akaun dengan Asia Commercial Finance Bhd., Melaka. Penyata akaun menunjukkan bahawa pada 9.5.1993 terdapat sejumlah RM7.776 juta dalam akaun B1 di Asia Commercial Finance Bhd. B1 tidak mengisytiharkan kepada YAB Perdana Menteri berhubung dengan simpanan sejumlah RM7.776 juta tersebut.

4.2 Siasatan juga menunjukkan bahawa B1 memiliki lima unit rumah kedai di Taman Melaka Raya. B1 juga tidak mengisytiharkan pemilikan ini kepada YAB Perdana Menteri.

4.3 Siasatan juga menunjukkan bahawa B1 mempunyai akaun simpanan di Maybank Finance, Melaka. Pada 10.5.1993 beliau telah mengeluarkan wang simpanan tetapnya berjumlah RM6.350 juta. Adalah didapati bahawa B1 dalam pengisytiharannya kepada YAB Perdana Menteri tidak menyebut wang simpanan ini.

4.4 B1 didapati tidak mengisytiharkan wang-wang simpanannya di Malaysian French Bank, Melaka. (No. Akaun 2211800111) berjumlah sebanyak RM26,719.31 pada 31.5.1993. B1 juga didapati tidak mengisytiharkan wang-wang simpanan beliau, isteri dan anak-anak di bank-bank berikut:-

BIL

BANK

BAKI

1

Bank Bumiputra Malaysia Bhd Caw. Bukit Baru Melaka
No. Akaun 010880025394 (Akaun bersama B1 dan isteri)

RM 28,884.06 (31.5.93)

2

Public Bank Bhd Cawangan Melaka .
No. Akaun 0104034882

RM 58,077.67(10.5.93)

3

MUI Bank Bhd. (Hong Leong Bank Bhd) Cawangan Melaka .No. Akaun 26-00-00001-3

RM 142,804.72(10.5.93)

4

Bank Islam Malaysia Bhd Caw. Jln. Hang Tuah, Melaka.
No. Akaun 10110000145

RM 96,040.00(7.5.93)

5

Bank Islam Malaysia Bhd Caw. Jln. Hang Tuah Melaka .
No. Akaun 10110000256 (Akaun Datin Sri Zabedah, isterinya)

RM 8,894.78

6

Oriental Bank Bhd. Caw. Melaka .
No. Akaun 163-1215-09 (Akaun anak)

RM - (dokumen belum diperolehi)

7

Oriental Bank Bhd. Caw. Melaka
No. Akaun 163-1216-07(Akaun anak)

RM - (dokumen belum diperolehi)

8

Oriental Bank Bhd. Caw. Melaka
No. Akaun 163-1217-05 (Akaun anak)

RM - (dokumen belum diperolehi)

9

Bank Bumiputra Malaysia Bhd Caw. Bukit Baru, Melaka .
No. Akaun 020880039764 (Akaun anak)

RM - (dokumen belum diperolehi)

10

Malaysian French Bank Bhd. Caw. Melaka
No. Akaun 2212110123 (Akaun Arteesee Enterprise Sdn. Bhd. Tan Sri A. Rahim Thamby Chik)

RM - (akaun dibuka pada 22.9.93)

4.5 Pengisytiharan harta kepada YAB Perdana Menteri adalah satu pengisytiharan yang dibuat secara Akaun Statutori (Statutory Declaration) yang dibuat secara bersumpah di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah. Oleh yang demikian B1 telah membuat satu Pengakuan Palsu kepada YAB Perdana Menteri yang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaan (FMS Cap. 45) dan boleh dihukum di bawah seksyen 193 Kanun yang sama dengan hukuman maksima 3 tahun penjara dan juga denda. B1 boleh dituduh di mahkamah seperti tuduhan di bawah ini:

Tuduhan

P.R. lwn. Tan Sri Abdul Rahim bin Thamby Chik

"That you on the 15th July 1993 at the Prime Minister's Office, Prime Minister's Department, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan in a Statutory Declaration made by you, made a false statement, which you knew to be false in that you failed to declare in full the list of all your properties and which declaration was by law receivable as evidence, and thereby you have committed an offence under section 199 of the Penal Code and punishable under section 193 of the said Penal Code".

5. SIASATAN-SIASATAN LAIN YANG SEDANG DIJALANKAN TERHADAP B1.

5.1 Badan Pencegah Rasuah telah juga menerima maklumat bahawa B1 mempunyai kepentingan-kepentingan di dalam beberapa buah syarikat dan perniagaan. Siasatan masih dijalankan berhubung perkara ini. Syarikat-syarikat dan kepentingan perniagaan di mana B1 dipercayai mempunyai kepentingan adalah seperti berikut:

5.1.1 Hotel Ayer Keroh D'Village.

5.1.2 Stesen Pam Minyak Shell, Melaka.

5.1.3 Lot 706 yang dijual kepada EON.

5.1.4 17 Anak Syarikat Daya Promik.

5.1.5 Dusun Durian seluas 53 ekar Bertam.

5.1.6 Rumah kedai di Masjid Tanah (Kentucky Fried Chiken)

5.1.7 Tanah 2.7 ekar di Ayer Keroh.

5.1.8 Tanah 4.51 ekar di Ayer Keroh.

5.1.9 5 unit rumah kedai di Taman Melaka Raya.

5.1.10 Ibjay Quarry Sdn. Bhd.

5.1.11 Peringgit Point.

5.1.12 Taman Buaya (Melaka) Sdn. Bhd.

5.1.13 Tanah 1 ekar di Pengkalan Balak Melaka.

5.1.14 Taman Mini Malaysia & Mini Asean

5.1.15 Taman Ikan (Melaka).

5.2 Siasatan juga sedang dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah berkaitan perolehan kereta-kereta mewah oleh B1 seperti berikut:

5.2.1 BMW 525 (BCF 5) (Harga RM 180,203.40).

5.2.2 Porche 928 (MP 1) (Harga RM 448,475).

5.2.3 Mercedez Benz 300 (MX 1) (Harga RM 790,000).

Badan Pencegah Rasuah sedang menyiasat berhubung dengan pembiayaan perolehan kereta-kereta mewah tersebut.

5.3 Siasatan menunjukkan B1 memiliki harta yang banyak seperti tanah, rumah, saham, kenderaan mewah dan simpanan wang di beberapa buah bank di Melaka. Sehingga 31.5.1993 beliau memiliki harta bernilai RM 39,782,772.69.

6. KESIMPULAN

6.1 Siasatan tertumpu terhadap pemilikan harta yang diperolehi dengan cara yang mencurigakan. Walaupun projek-projek itu adalah untuk pembangunan Negeri Melaka tetapi telah banyak menguntungkan B1 dari segi kepentingan peribadi keluarganya. Jumlah keuntungan dan kepentingan yang diperolehi oleh B1 masih dalam siasatan lanjut oleh pihak Badan Pencegah Rasuah. Dari siasatan yang sedia ada kesimpulan dapat dibuat bahawa B1 telah menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya untuk kepentingan peribadi dan keluarganya. Untuk mencapai tujuan tersebut B1 sanggup membuat satu Akuan Statutori Palsu kepada YAB Perdana Menteri.

6.2 Berdasarkan siasatan di peringkat ini B1 boleh dituduh di mahkamah dengan 4 tuduhan seperti yang dinyatakan di atas. Maklumat-maklumat yang lain ada juga diterima daripada YB Lim Guan Eng di mana tidak kesemua maklumat tersebut dapat disahkan kebenarannya kerana terlampau umum manakala sebahagian besar daripadanya adalah merangkumi apa yang telah dijalankan siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah.

6.3 Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Peguam Negara bersetuju bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes "prima facie" terhadap B1 dengan 4 pertuduhan seperti yang dinyatakan di perenggan 2.10, 3.2 dan 4.5. Walau bagaimanapun, demi kepentingan negara, satu pertimbangan semula mungkin boleh dibuat untuk menuduh B1 di mahkamah di atas keempat-empat tuduhan tersebut atau pun hanya untuk menuduh B1 atas beberapa pertuduhan sahaja sekiranya B1 melepaskan kesemua jawatannya dalam Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Parti Politik.

SUMBER : http://anwar98.tripod.com/BPRRahim.html
(Laporan Anwar Ibrahim di BP Dang Wangi)

No comments: