Saya terbaca sebuah buku menyatakan bahawa fitnah itu mudah sekali dilakonkan melalui adegan seks. Filem India contohnya banyak menggambarkan tentang skandal. Dalam masyarakat Melayu khususnya pula mudah ghairah dan mengambil perhatian berat tentang seks, berbanding dengan cerita-cerita berbentuk rasuah dan menyalahgunaan kuasa, mereka kurang peka dan kurang minat kerana amalan rasuah dan menyalahgunaan kuasa telah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu moden.
Oleh itu, pemikir dalam UMNO (APCO?) pimpinan Najib (dulunya Mahathir) seks dianggap kononya menjadi senjata ampoh untuk menjatuhkan lawan. Musuh UMNO dan Najib di abad ini adalah seorang manusia yang paling HEBAT berani, tegas dan konsisten iaitu ANWAR IBRAHIM.
Berbagai usaha telah dan sedang dilakukan untuk menjatuhkan Anwar dalam arena politik kini. Namun usaha-giat UMNO itu terus menghadapi kegagalan. Faktor Anwar penting bagi mengwujudkan hegemoni UMNO ke atas rakyat Malaysia dan memecahkan kesatuan yang wujud dalam Pakatan Rakyat. Matlamat UMNO untuk terus kekal berkuasa, bukan untuk kemaslahan rakyat. Tiba-tiba muncul watak Anwar yang menjadi batu penghalang kepada cita-cita UMNO itu. UMNO pantang dicabar. Maka bermulalah usaha memusnahkan kerjaya politik Anwar.
UMNO gagal mengekang pengaruh politik Anwar dalam masyarakat Malaysia (sama ada sebelum, semasa dan selepas Anwar dengan UMNO), malah pengaruh Anwar semakin membiak dan berkembang selepas ia dibebaskan dari penjara pada tahun 2004. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas dalam PRU ke-12 lalu. Anwar melalui Pakatan Rakyat berjaya menyekat menguasaan UMNO secara mutlak selama separuh abad ke atas kehidupan rakyat Malaysia. UMNO pertama kali dalam sejarahnya hilang majority 2/3 dalam parlimen. Undi popular yang diperolehi Pakatan dalam PRU itu adalah dalam lingkungan 51 peratus. UMNO berjaya diselamatkan oleh undi dari Sabah dan Serawak yang sebahagian penduduknya masih mundur, miskin dan kadar buta huruf rakyat masih tinggi.
Menyedari hakikat tersebut, UMNO mengulangi skrip lama 1998 dengan membawa tuduhan liwat II dan ditambah pula dengan video adegan seks dengan seorang wanita pelacur untuk tayangan umum. Selepas ini akan muncul lebih banyak lagi cerita-cerita Anwar yang dikatakan terlibat dalam skandal seks akan didedahkan satu persatu menjelang PRU ke-13 nanti. Itu sahaja modal yang ada pada UMNO ketika ini untuk mengaibkan dan menghina Anwar dengan harapan Anwar mengundurkan diri dari arena politik Malaysia. Mereka betul-betul yakin yang Anwar akan mengundurkan diri selepas banyak kes-kes skandal seksnya didedahan kepada umum nanti. Itu strategi UMNO. Strategi UMNO untuk berkerjasama dengan PAS kerana UMNO mempunyai agenda politik yang tidak dapat disembunyikan berdasarkan peristewa lalu.
Modal lain UMNO tidak ada. Hendak menuduh Anwar rasuah dan menyalahgunaan kuasa ketika berkuasa dulu, para pemimpin UMNO khususnya yang telah dan masih memegang jawatan menteri, MB, KM dan wakil rakyatnya, sebahagian besar dikalangan mereka adalah pengkianat amanah rakyat, pembelot, pencuri, perompak dan lanun membaham harta rakyat semahu-mahunya. Siapa dikalangan yang disebutkan itu hidupnya sederhana sesuai dengan kehidupan seorang pemimpin ummah? Jawapannya tiada seorang pun bersifat sedemikian. Semua mereka hidup dalam kemewahan dengan kekayaan yang melimpah ruah hasil kedudukan mereka dalam kelompok elit politik yang berkuasa, iaitu UMNO, bukan atas dasar merit dan kebolehan bersaing dalam padang permainan yang sama rata.
Mereka terlupa (mungkin buat-buat lupa) bahawa ANWAR IBRAHIM tidak boleh dijatuhkan melalui penyebaran cerita-cerita seks seperti itu. Anwar seorang PEJUANG RAKYAT TULIN sejak dari zaman mudanya lagi. Adalah mustahil Anwar menyerah kalah dalam isu-isu seperti ini. Adat PEJUANG dan PAHLAWAN, beliau lebih rela mati dan dijatuhkan dalam medan perjuangan dan pertempuran, bukan melalui kaedah kotor seperti itu yang diaplikasikan oleh Najib dan kuncu-kuncunya di era Adoft Hitler, Stalin dan Shah Iran memerintah. Anwar akan terus bangkit, LAWAN tetap LAWAN. Biarkan beliau dijatuhkan dalam medan politik yang ia perjuangkan sekarang. Biar rakyat menghukum beliau dalam system pilihan raya yang jelas bias dan berpihak kepada UMNO. Kita akan terima juga jika ditakdirkan begitu.
Sekiranya Anwar Ibrahim hendak hidup bersenang-lenang dan dikelilingi dengan segala kemewahan seperti mana ramai para pemimpin UMNO lakukan dulu,kini dan selama-lamanya, sebaik sahaja beliau dibebaskan atau pun ketika beliau disingkirkan pada tahun 1998, beliau akan mengisytiharkan dirinya sehaluan dengan politik UMNO yang penuh korup dan menyalahgunaan kuasa atau pun beliau boleh mengambil sikap menyepikan diri dari kancah politik atau dengan lain perkataan bersara terus dari bergiat aktif dalam politik Negara. Itu kaedah yang lebih mudah untuk menyelamatkan dirinya, tetapi Anwar tetap Anwar.
Beliau mengambil masa yang panjang untuk untuk menetapkan pendirian politiknya selepas ia dibebaskan dan selepas ia selesai menjalani rawatan di German.Desakan demi desakan dibuat oleh rakyat untuk mendapatkan kepastian arah tuju politik masa depannya. Selepas berfikir panjang dan menemui beberapa tokoh politik dalam dan luar Negara meminta pandangan serta nasihat, maka beliau mengambil keputusan politik melawan arus, iaitu melawan UMNO yang sarat dengan sampah kekotoran yang berada didalamnya berbau amat busuk menyelinap ke seluruh dunia.
Beliau sedar, ketika beliau membuat keputusan tersebut bahawa beliau bakal menghadapi berbagai dugaan, cabaran dan rintangan. Dia mengambil jalan yang penuh onak dan berduri dan sanggup mengorbankan jiwa raganya untuk kebahagian generasi masa depan. Pengorbanan dan semangat kental yang ditunjukkan oleh Anwar seiring dengan semangat pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu seperti Datuk Maharaja Lela, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Hasan Ali Al-Banna, Umar Mokhtar, Sheikh Yassin dan ramai lagi pejuang-pejuang keadilan dan kebenaran sama ada di peringkat tempatan dan dunia. Berbeza sama sekali dengan perjuangan yang ditunjukkan oleh pejuang-pejuang UMNO. Mereka berjuang untuk menegakan sebuah kerajaan korup. Berjuang menegakkan kebathilan, menindas yang haq. Berjuang untuk mengisi tembolok masing-masing.
Rakyat Malaysia keseluruhannya perlu bersyukur kepada Allah swt kerana menganugerahkan seorang manusia bernama ANWAR IBRAHIM ini. ANWAR manusia yang paling berani, tegas dan konsisten dalam membongkar segala perbuatan kianat, kejahatan, kerakusan, kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO selama ini. Tanpa Anwar, rakyat Malaysia dengan senang ‘dilembupawahkan’ dan ‘dijalangkan’ oleh UMNO sepanjang zaman selagi ia berkuasa.
Kerana Anwar, rakyat celik politik. Kerana Anwar, rakyat jadi berani menentang penguasa yang munafik. Kerana Anwar, rakyat sedar bahawa UMNO dan Najib sebaris dengan para syaitan-iblis dan dajjal menentang pihak yang mahu menegakkan keadilan dan kebenaran. Kerana Anwar, rakyat baru sedar bahawa UMNO merupakan sebuah parti politik yang paling JAHAT dan ZALIM di abad ini sama taraf dengan kezaliman yang dilakukan oleh golongan Yahudi-Zeonis laknatullah terhadap Islam.
Kerana mu Anwar, rakyat mulai sedar dan bangkit menentang kezaliman UMNO yang memperkosa dan merogol institusi-instiusi Negara dengan menafikan hak pihak lain untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan demi menyelamatkan politik UMNO yang rakus dan zalim. Kerana mu Anwar dan Pakatan Rakyat, asas-asas Revolusi Jasmin telah ditanam di jiwa anak-anak muda yang menjadi tunggak dan harapan bangsa dan agama buat masa depan. Mungkin kita tidak sempat melihat kejatuhan dan kemusnahan UMNO, tetapi yakinlah generasi akan datang dapat bernafas dengan lega dan sejahtera tanpa UMNO dajjal laknatullah.
Teruskanlah perjuangan menentang UMNO di mana saja bumi dipijak dan langit dijunjung. Tanamkan semangat bencikan UMNO dikalangan kaum keluarga kita (isteri dan anak-anak lebih aula didahulukan), kemudian sesame jemaah kita dan seterusnya baharulah ke tengah-tengah masyarakat. Jangan lupa selalu berdoa kepada Allah swt supaya dipercepatkan kemusnahan regim UMNO yang sudah 54 tahun memerintah Malaysia.
Malam akan bertukar menjadi siang. Air ada pasang surutnya. Semua makhluk pasti menemui ajal apabila tiba masanya. Semuanya itu adalah sunnahtullah. Regim dictator yang memerintah dunia satu masa dulu, berdiri dengan penuh kebanggaan, kemewahan, kehebatan dan kemegahan, kini satu demi satu regim-regim tersebut runtuh menyembah bumi dan para pemimpinnya dihalau keluar macam kucing kurap berlindung di Negara luar. Peristewa sebeginilah yang kita harapkan berlaku kepada UMNO pada satu masa nanti. Ia bukan perkara mustahil. InsyaAllah.
Temasik jatuh ke tangan Majapahit kerana anak Sang Rajuna Tapa difitnah dan disula dikhalayak ramai. Peristewa ini amat mengaibkan dan menjatuhkan maruah seluruh keluarga Sang Rajuna Tapa yang akan akhirnya membawa beliau melakukan pembelotan membuka pintu kota kepada Majapahit. Begitu juga kejatuhan empayar Melayu Melaka adalah disebabkan angkara fitnah, dendam dan iri hati yang berkaitan dengan kedudukan, kuasa, kekayaan dan wanita. Peranana Raja Mendaliar (Mahathir?) dan Si Kitol mempergunakan pembesar negeri untuk mempengaruhi Sultan (seks dan kuasa) melakukan tindakan zalim terhadap kononnya musuh (seperti Tun Perak seluruh keluarga, kecuali Tun Fatimah-taat setia tidak bertempat) yang menjadi factor penghalang kepada golongan yang berkepentingan.
Peristewa ini diulangtayang oleh regim Najib (dulu Mahathir). Percayalah dan yakinlah bahawa Allah tetap memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang dizalimi. Contoh terdekat Lim Guan Eng, Allah menaikkan darjatnya sebagai KM Pulau Pinang, setelah ia dizalimi Abdul Rahim Thamby Chik dan regim Mahahir, memaksa beliau merengkok dalam penjara selama 2 tahun dan hilang semua kelayakan beliau sebahagai wakil rakyat.
Orang yang mengzalimi beliau (dan Anwar kini) mulai ditimpa kehinaan (dulu pun sudah terpinggir dan dikutip semula oleh Najib dijadikan Pengerusi RISDA untuk merencanakan operasi khas menjatuhkan Anwar Ibrahim). Kita harap dan berdoa semoga Najib dan kuncu-kuncunya yang terlibat dalam kes video seks ini tidak terlepas akan ditimpa kehinaan, tidak di dunia ini, nanti diakhirat kelak. Itu janji Allah kepada hambanya yang kena zalim. Era UMNO dan Najib merintah sudah ada tanda-tanda penghujungnya. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya pentas sandiwara yang didramakan oleh regim Najib laknatullah ini.
“NYAHKAN UMNO, RAKYAT DAN NEGARA SEJAHTERA”
No comments:
Post a Comment