DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, March 15, 2011

INTERNET, TELEFON BIMBIT DAN MESIN FAKSIMILI SENJATA JATUHKAN DIKTATOR

Rangkaian Internet dan aktiviti blog, Facebook dan Twitter menjadi salah satu faktor menjatuhkan Presiden Zine El Abidin Ben Ali, Tunisia dan Presiden Hosni Mubarak, Mesir. Keadaan sosio-ekonomi dan politik dan ruang komunikasi yang "dibuka" oleh internet saling "mencuit" hati dan memperkasakan rakyat di kedua-dua Negara tersebut untuk memberontak dan meluahkan perasaan pemberontakan ini.


Ditambah dengan masalah kemiskinan, pengangguran, harga barang keperluan yang melambung tinggi, rasuah, dan juga ketiadaan (atau kekurangan) akauntabiliti dan ketelusan serta penyalahgunaan kuasa bagi diri pihak pemerintah, antara lain, merupakan beberapa faktor utama yang menggerakkan hati rakyat untuk bangkit menuntut keadilan dan kesaksamaan. Dan dalam konteks ini media baru dan media sosial saling membantu meningkatkan kesedaran politik rakyat.


Hakikatnya bahawa rakyat Tunisia dan Mesir terus bangkit memberontak walaupun rangkaian internet dicengkam kuat oleh regim Zine El Abidin Ben Ali dan regim Hosni Mubarak menunjukkan faktor sosio-ekonomi dan politik menjadi pemangkin utama dalam pergolakan ini. Penutupan rangkaian internet ini menggerakkan lagi rakyat, lebih-lebih lagi generasi muda yang pandai-teknologi (tech-savvy), terus berdegil memprotes di khalayak ramai.


Rupa-rupanya rangkaian internet merupakan senjata yang boleh digunakan rakyat untuk menjatuhkan pemimpin rasuah. Sekarang dunia menunggu kejatuhan dictator Muammar al- Qaddafi pula. Teori domino, insyaAllah akan berlaku di seluruh Negara Timur Tengah. Regim dictator akan diganti dengan pemimpin yang lebih menyayangi rakyat dari pemimpin yang rakus terhadap kuasa dan mengaut harta Negara untuk diri sendiri dan keluarga serta kroni. Tidak terkecuali regim UMNO dapat ditumbangkan melalui teknologi ini sekiranya ia dapat diuruskan secara berstrategik.


Mari kita menoleh ke belakang sebentar. Kemajuan dalam teknologi komunikasi telah pun membuktikan ia memberi kesan besar terhadap perubahan kepimpinan dalam sesebuah Negara. Ia juga berjaya mencetuskan revolusi dan membina tamadun baru yang lebih besih. Contohnya, mesin faksimili (pada ketika itu tiada ada lagi rangkaian internet seperti sekarang) pula menjadi senjata pelajar China mengumpul kudrat di Medan Tiananmen pada Jun, 1989. Pergerakan rakyat-siswa itu yang bermula sejak April 1989 merebak ke bandar-bandar utama untuk menuntut reformasi dan penghapusan rasuah, bagaimanapun ditewaskan dengan lumuran darah di Beijing.


Di Filipina, Prsiden Estrada terpaksa melepaskan jawatannya apabila mesej teks melalui telefon bimbit (SMS) digunakan dalam gerakan rakyat (people’s power). Kira-kira 70 juta mesej berteks disalurkan melalui telefon bimbit menyebabkan beratus-ratus ribu rakyat (400,000 hingga 700,000) keluar di Tugu Revolusi, Manila.


Di Indonesia, internet digunakan secara meluas untuk menggugat Suharto. Laman-laman web yang diwujudkan berjaya dimanfaatkan untuk menggalakkan debat dan mengasak idea pendemokrasian yang meluas di Indonesia. Secara jelas, ia bermula sejak wujud senarai perutusan (mailing list) "Apakabar" pada 1990. Ia membenarkan pelbagai idea, daripada paling radikal kepada sederhana termasuk agen-agen propaganda-perisik Suharto, disampaikan di sebalik identiti yang tidak dikenali.


Akibat kawalan ketat media dan semua saluran maklumat, ‘Apakabar’ menjadi medan menarik untuk menyebarkan maklumat-maklumat politik anti-Suharto. Bagaimanapun, kerajaan diktator itu sering juga mensabotaj kemudahan internet-khususnya ketika saat-saat kritikal seperti beberapa hari sebelum pelancaran demonstrasi siswa besar-besaran 1998 iaitu beberapa bulan sebelum Suharto tumbang.


Untuk mengelak dikesan, komunikasi antara aktivis anti-Suharto dirahsiakan melalui sistem kod sulit atau "encryption". Aktivis juga melancarkan serangan pencerobohan (hacking) terhadap laman-laman web dan komunikasi tentera Indonesia, selain saluran-saluran propaganda kerajaan. Sekatan media yang direka cipta oleh Suharto ditewaskan dari maklumat alternatif daripada internet dicetak dan disebarkan secara meluas. Kemuncak sebaran ini ialah senarai kekayaan Suharto, anak-anaknya dan kroni-kroninya.


Seorang wartawan radio Indonesia terkenal bernama Tedjabayu yang menulis artikel "Indonesia: The Web as a Weapon," dan beliau pernah ditahan oleh regim Suharto-Golkar pada tahun 1997. Beliau ditahan selama dua tahun kerana menyebarkan bahan-bahan bercetak daripada laman-laman web. Ertinya, wartawan itu menyebarkan bahan tersebut sebelum krisis ekonomi Asia 1997 dan Suharto berjaya ditumbangkan pada Mei, 1998. Bagaimana dengan Pakatan Rakyat yang belum bersedia menghadapi PRU ke-13 melalui kaedah ini. Pengalaman dari beberapa siri pilihan raya didapati Pakatan terbelakang sedikit dari blog-blog pro UMNO.


Pakatan Rakyat gagal memanfaatkan sepenuhnya kemudahan rangkaian Internet dan aktiviti blog, Facebook dan Twitter dengan sebaran-sebaran semasa (kalau boleh, setiap hari) yang pro Pakatan. Malah, tiada ada pusat-pusat yang menyediakan kemudahan internet yang pantas, telefon bimbit dan mesin faksimili. Bahan-bahan bertulis di internet pro Pakatan tidak dicetak dan disebarkan secara meluas ke peringkat akar umbi sehingga ada bloger yang ‘frust’ tidak mahu berkarya lagi kerana karya-karya yang mereka hasilkan tidak disebarkan kepada masyarakat. Serangan yang dibuat oleh bloger UMNO tidak dapat ditangkis seperti isu kerjasama PAS dengan DAP, isu pengharaman judi di Kelantan dan sebagainya tidak sampai ke akar umbi.Oleh itu, maklumat alternatif ini sangat terbatas-ia hanya dinikmati oleh penggemar laman-laman berkaiatan sahaja.


Fenomena sebaran ini (walau terbatas) hanya bertahan beberapa ketika pada PRU ke-12 tahun 2008 lalu. Keberkesanan maklumat yang diambil dari internet diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi selepas post-mortem mencari punca kekalahan besar UMNO/BN mendapati salah satu factor ialah rakyat telah hilang kepercayaan terhadap laporan-laporan yang dibuat oleh media kerajaan yang terlalu bias dan rakyat mulai percaya terhadap laporan maklumat media alternative iaitu laporan dari internet seperti isu kenaikan harga barang. Selepas itu Pakatan sendiri tidak berminat melihat internet atau memantau pergerakan maklumat yang disalurkan sebagai alternatif kepada propaganda kerajaan, khususnya melalui televisyen, radio dan akhbar. Aktivis Pakatan tidak pernah mengambil berat soal ini - soal media, bilik berita dan bilik gerakan sebaran maklumat untuk memecahkan rangkaian propaganda UMNO.


Sebenarnya semua rangkaian Internet dan aktiviti blog, Facebook, Twitter, telefon bimbit (perlu guna kod sulit mengelak dari dikesan) dan mesin faksimili dengan kemudahan teks, grafik dan pandang-dengar, boleh menandingi sampah-sampah propaganda media UMNO, tetapi jika tiada tenaga manusia dan kreativiti, maka teknologi ini tidak dapat membantu Pakatan Rakyat menumbangkan UMNO dalam PRU ke-13 nanti.


Tidak memadai bagi Pakatan hanya bergantung harap kepada ceramah semata-mata (itu pun banyak mendapat kekangan dari UMNO melalui tindakan pihak polis yang enggan mengeluarkan permit), terbitan berkala (sebulan 2 kali penerbitan) akhbar Harakah, Roket dan Suara Keadilan (permitnya dirampas oleh KND) menemui pembaca yang terhad di kalangan ahli-ahli sahaja dan sukar pula orang ramai bukan ahli untuk mendapatkannya di pasaran seperti akhbar-akhbar harian milik UMNO/BN.


Terlalu banyak ruang isu dicipta oleh media UMNO yang boleh dimanfaatkan untuk serangan balas (counter-attack) untuk mencairkannya atau membawa pulangan kepada Pakatan, walupun regim Najib cuba meminta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi menyekat penyebaran maklumat dari internet dan setiap pemilik telefon bimbit diwajibkan mendaftar, namun masih ada ruang untuk dimanfaatkan. Sayangnya, tidak ada siapa dari aktivis Pakatan yang mahu memanfaatkannya. Masa tidak menunggu kita. PRU ke-13 semakin hampir.


Penyokong Pakatan mungkin ghairah ingin mengetahui bagaimana telefon bimbit menjatuhkan Estrada atau internet boleh menumbangkan Suharto. Pokok pangkalnya bukan teknologi kerana kemudahan itu sudah terpampang di depan mata. Pokoknya ialah tenaga manusia, kreativiti aktivis, kepintaran pakar strategi dan pengorganisasian, tetapi Pakatan Rakyat yang membantutkan penggunaan teknologi ini. Jika datang lagi teknologi lebih canggih pada masa depan, nescaya orang cetek akal akan ketinggalan lagi.


Pakatan Rakyat harus sentiasa lebih pintar dan licik daripada musuh, ibarat kancil dengan buaya dan harimau. Maklumat itu kuasa.


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

No comments: