DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, March 25, 2011

CERAMAH ANWAR DIGANGGU FRU, DUA DITAHAN


Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak malam ini.

Kira-kira 10 anggota polis bertindak untuk menghalang ketua umum
PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.

Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan (kami tidak mahu perkara seumpama ini berlaku kerana ia merugikan kedua-dua belah pihak, tetapi janganlah bertindak keterlaluan).

Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan.

Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa
menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.

Bagaimanapun , Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.

Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Helmi, dan seorang lagi tidak dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.

Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.

Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.

Sumber : Keadilan.com

KOMEN:

Apa ni. Hidup dalam negara ini macam neraka dunia bagi orang-orang tidak sealiran dengan kamu. Siang-malam,pagi-petang, kau lagak umpama Syaitan boleh menggunakan macam-macam saluran media untuk menghasut rakyat (macam Syaitan menghasut anak-anak Adam supaya mengingkari perintah Tuhan) kau dan barua-barua engkau menghina Anwar Ibrahim puas-puas, tetapi apabila Anwar bangkit untuk memberi penjelasan engkau menggunakan anjing-anjing (maaf bukan tujuan menghina, tetapi sakit hati melihat gelagat FRU-FRU ini, lebih kuah dari sudu) kamu untuk menganggu majlis.

Apa ni. Kau kata, kau sudah kembali kuat dan disokong oleh seluruh rakyat. Tunjukanlah kejantanan yang ada pada diri mu itu. Hujah lawan hujah. Berani kerana benar, tetapi kamu takut kerana kamu melakukan berbagai kesalahan. Jalan mudah kamu gunakan pasukan polis, sepatutnya mereka jaga keselamatan rakyat. Anwar dan Pakatan Rakyat bukan hendak perang hendak mengguna senjata . Sekadar hendak memberi penerangan. Biar rakyat dapat mendapat maklumat dan dengar dari kedua-dua belah pihak.

Jangan jadikan kamu sebagai betina pelacur yang rela diupah untuk membiayai kehidupan yang memewah dengan cara mudah. Kangkang sana, kangkang sini menadah cipap untuk mencari kesenangan. Kamu jangan jadi macam itu. Tegakkan diri kamu sebagai seorang pejuang tulin. Takut apa sebab kamu kata kamu yang membawa kebenaran. Kalau kamu benar, saya salah seorang akan yang menyokong kamu dan menentang orang-orang yang membawa kebathilan

Malulah pada diri kamu sendiri, sejarah pemerintahan kamu akan di baca oleh generasi akan datang. Kamu tidak melarang (malah memberi galakkan macam kamu galakan massa buat demontrasi seluruh negara tuntut DNA Anwar) kepada orang yang menayangkan video lucah itu titak ditangkap dan dihalang-tetapi kamu halang Anwar memberikan ceramah. Biadap dan kurang ajar sungguh kamu. Sepatutnya kamu tunjukkan kamu seorang kepahlawan keturunan Bugis.

Kalau kamu takut kalah dalam pilihan raya. Haramkan semua parti politik, kecuali UMNO pimpinan kamu sahaja. Dibiarkan hidup. Tidak ada pilihan raya lebih baik dari pilihan raya yang kamu adakan itu. Tipu sana, tipu sini, rasuah sana, rasuah sini.Balik-balik bila kamu menang, kamu mendabik dada penuh kebanggaan mengatakan kamu disokong rakyat. Kamu dan juak-juak kamu kata pilihan raya di Malaysia ini paling bersih, adil dan tulus. Adil kepala otak kamu.Celaka sungguh kamu dengan juak-juak kamu memperbodohkan rakyat sepanjang masa.

Jadi, dengan kaedah itu kamu boleh berkuasa selama-lama ini. Tetapi kamu kena ingat, kesabaran rakyat di negara ini ada hadnya. Kami tahu kamu jahil dalam soal beragamna, tidak apalah kamu ada penasihat agama. Kamu tentu baca sejarah mengenai kebangkitan rakyat menentang penjajahan dulu sehingga Malayan Union dibatalkan.

Kami tidak mahu kamu lagi, kecuali kamu membuat pembaharuan yang memberi kebaikan seluruh rakyat.Baiki segera sistem negara yang rosak di bawah pentadbiran UMNO 54 tahun demi kebaikan rakyat dan negara.Buang keangkohan dan keegoan kamu. Akhirnya kamu akan bersara, menjadi orang tua dan mampus ditelan bumi. Insaflah.

No comments: