DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, March 21, 2011

AWAS : HAJI HADI, NIK AZIZ, LIM KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG

Najib dan regim yang dipimpinnya semakin menjadi-jadi, tidak ketentuan hala dan menjadi gila. Najib dan regimnya akan merempuh apa sahaja yang ada dihadapannya, yang kiranya menjadi penghalang untuk beliau terus berkuasa sampai kiamat. Tidak kira apa akan bakal terjadi kepada Negara ini pada masa depan. Sebab itu Najib dalam perhimpunan agung UMNO ke-61 lalu telah membuat ucapan mengajak perwakilan (ahli-ahli UMNO?) dengan berkata :”Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan". ( Baharom Mahusin,UM,24.10.2010)


Tidak pernah terjadi sebelum ini Najib sebagai PM Malaysia dan menteri-menterinya mengeluarkan kenyataan agar Anwar Ibrahim menyerahkan sample DNAnya kepada mahkamah sedangkan kes liwat itu sedang dibicarakan. Dan tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO dibawah telunjuk Najib mempergunakan NGO-NGO tajaannya mengadakan demontrasi menuntut Anwar menyerahkan DNAnya.


Juga tidak pernah berlaku apabila mahkamah memutuskan menolak botol air mineral, tuala good morning dan berus gigi sebagai keterangan kerana ia diperolehi secara tidak sah serta melalui kaedah yang tidak adil oleh polis dan pihak pendakwaraya melalui Peguam Cara Negara II Mohamed Yusof Zainal Abiden tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah tersebut, tiba-tiba tidak sampai 24 jam (kes masih berjalan), Yusof telah menukarkan fikiran dengan memohon mahkamah menyemak balik keputusan yang telah dibuat dan menggunakan kuasanya untuk memerintah Anwar memberikan sampel DNAnya untuk dianalisis (kerana Najib merasai kes ini mulai goyah dan beliau bakal menanggung malu kerana rancangan jahatnya gagal serta ia akan memberi impak yang besar terhadap UMNO dalam PRU ke-13 nanti).


Dengan berbekalkan khidmat nasiahat dari APCO pada hemat saya, maka Najib sekali mencuba mempergunakan orang tertentu mendedahkan video tape (sempena pembubaran DUN Serawak) yang kononnya Anwar terlibat dalam hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel terkemuka di KL.


Selepas ini, jangan terkejut akan muncul pula video tape mempaparkan wajah-wajah Haji Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sedang melakukan seks dengan wanita-wanita di rumah-rumah tumpangan atau hotel-hotel 5 bintang di KL atau di luar Negara. Permulaanya, Najib melalui blogger-blogger upahannya telah mula melukis gambar (super-impose) Anwar, Haji Hadi, Nik Aziz dan Lim Kit Siang berkelakuan lucah dengan wanita. Ingat, Najib sanggup buat apa sahaja untuk menang dalam PRU ke-13. Bagi Najib, Allah tidak nampak apa yang diperbuatkannya. Allah tidak ada kuasa dan tidak hak untuk merampas kuasa yang ada dalam genggamannya sekarang.

Tulisan Wira Arjuna dalam Malaysiakini wajar diteliti atas tuduhan terbaru terhadap Anwar. Kepada Anwar, selepas ini akan muncul banyak lagi bahan-bahan dalam berbagai bentuk untuk menghancurkan saudara dalam arena politik di Malaysia. Oleh itu, semua pemimpin Pakatan Rakyat di semua peringkat harus bersiap sedia dari sekarang untuk menghadapi UMNO dan Najib. Pakatan tidak boleh lagi mengambil sikap mempertahankan diri, sebaliknya mulakan strategi menyerang. Orang buat baik, kita balas baik. Orang buat jahat, kita balas jahat juga. Itulah keadilan namanya.

Teknologi video dan kempen jatuhkan seteru


Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?


Kenapa harus tunggu seminggu?Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?Jelas tujuan untuk “menyembunyikan’ video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.

Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.


Di tangan polisJika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.Sebaliknya tidak.

Datuk T akan “menyimpan’ video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat.


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

No comments: