DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, February 11, 2011

OPS LALANG: NAJIB ORANG PERTAMA YANG SEPATUTNYA DITAHAN ISA

KUALA LUMPUR: Jika benar polis bertanggungjawab terhadap Operasi Lalang 1987, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya turut sama ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika itu.


Ini kerana Najib yang merupakan Ketua Pemuda Umno pada masa itu merupakan orang pertama yang membuat hasutan mengapi-apikan kebencian sesama kaum.


“Najib adalah orang pertama yang harus kena (ditahan). Dia orang pertama yang mengapi-apikan kebencian sesama kaum sewaktu berucap di perhimpunan di Stadium TPCA Kampung Baru,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhamad bahawa polis bertindak tanpa arahan beliau semasa Operasi Lalang 1987.


Mahathir berkata demikian di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’. Johari juga berpendapat kenyataan Mahathir bahawa beliau tidak mengarahkan penahanan tersebut merupakan sandiwara dan lawak terbaik Mahathir pada tahun ini.


“Mahathir ini cuba buat lawak. Ketua Polis Negara tidak akan bertindak tanpa arahan daripada Menteri Dalam Negeri pada masa itu yang dijawat oleh beliau sendiri. Lebih-lebih lagi dalam hal politik yang m
emerlukan kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri sendiri,” katanya.


Beliau turut meminta agar Mahathir berhenti mencemar nama baik serta menjadikan polis sebagai kambing hitam bagi menulis semula sejarah lampaunya sendiri.


“Mahathir tak boleh cemar nama polis dan Mahathir perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri pada masa itu,” kata Johari-Sumber : Keadilandaily.com



IMBASAN 1987 : OPERASI LALANG REJIM MAHATHIR

Operasi Lalang atau Weeding Operation, atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Di Raja Malaysia bersama-sama Kementerian Dalam Negeri.


Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.


Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:


1) Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun
pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.
2) Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain.



3) Pemimpin MCA, G
erakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.
4) Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimnpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.



TAHANAN ISA


Antara mereka yang ditahan ialah :

Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAPChandra Muzaffar - Presiden ALIRANKarpal Singh - Timbalan Pengerusi DAPDato' Lim Kim Sai - Timbalan Presiden MCAChan Kit Chee - Ketua PerakKua Kia Song - Dong Jiau ZongLim Fong Seng - Pengerusi (Chinese Education Assosations)Halim Arshat - Ketua Pemuda PASIbrahim Ali - Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNOMohamed Fahmi Ibrahim - Pemuda Pengerusi Pendidikan UMNO.



Walaupun kebanyakan tahananan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah penahanan dua tahun. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh, 5 pemimpin parti DAP , beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.






UMNO TERLIBAT MENGAPI-APIKAN PERKAUMAN
UMNO DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA SERUPA IBLIS-SYAITAN
MAHA DAJAL


Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas.


Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih.


Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak.


Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.


Ramai yang percaya ISA bertentagan dengan Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan al Quran sendiri.
RAIS YATIM CELAKA INI JUGA TURUT TERLIBAT

Pada bulan April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir hanya mendapat majoriti 3 undi sahaja. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.


“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

1 comment:

Amuraria said...

ITULAH DI MALAYSIA SESIAPA SAJA BAIK PEMIMPIN,MENTERI,ARTIS ATAU KAYU PUN JIKA BERSKANDAL ,RASUAH,SALAHGUNA KUASA,SELEWENG ATAU ADA KES-KES SENSASI MESTI CEPAT POPULAR DAN MELAYU-MELAYU MANGKUK SEPERTI PERKOSA,GENG SONGKOK TINGGI JUGA KEPALA LEMBU AKAN ANGKAT MENJADI POPULAR DISAMPING JADI PEMIMPIN !
LIHATLAH SIAPA DALAM BARISAN PEMIMPIN PARTI SEKUTU APCO YANG TIADA SKANDAL ! MALAYSIA BOLEH DAN JUGA INI SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL (MUNGKIN DEPA LUPA AYAT NI)