DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, February 10, 2011

OPS LALANG: MUSTAHIL MAHATHIR IKUT TELUNJUK POLIS

KUALA LUMPUR: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Dr Nasir Hashim menyatakan adalah mustahil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut telunjuk polis sewaktu Operasi Lalang 1987.


Dr Nasir, yang turut ditahan selama 15 bulan di bawah ISA dalam operasi itu menambah, jika Mahathir tidak setuju dengan penahanan itu beliau pasti tidak akan menandatangani arahan penahanan lanjutan selama dua tahun terhadap mereka yang ditangkap.


“Isu tersebut juga mendapat perhatian ramai di peringkat nasional pada masa itu. Jadi, mustahil untuk Mahathir langsung tidak terlibat dalam operasi tersebut,” tambahnya lagi yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia.


Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang mempertahankan Mahathir dan mendakwa bekas Perdana menteri itu tidak bertanggungjawab ke atas operasi tersebut.


Dalam Operasi Lalang yang berlaku pada 27 Oktober 1987 itu, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan menyaksikan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.


Selain Dr Nasir, turut ditahan ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Suhaimi Said, Kua Kia Soong, Chandra Muzaffar, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.


Menurut Dr Nasir, bukti paling jelas Mahathir sebenarnya merestui penahanan di bawah ISA dalam Ops Lalang adalah kewujudan satu badan penilai yang perlu mendapat kelulusan Mahathir untuk membebaskan tahanan.


Badan ini menurutnya, membuat pemeriksaan samada mereka yang ditahan sudah ‘insaf’, atau ‘pulih’ dan ‘selamat’ untuk dibebaskan.


Mengulas lanjut, Dr Nasir berkata operasi itu dilakukan ketika Umno berdepan krisis yang parah akibat pertembungan dua kumpulan dalam Umno antara Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah.


Justeru itu, katanya, Mahathir menggunakan strategi politik licik untuk memangsakan ahli politik pembangkang demi mencapai matlamat politiknya.


“Mahathir diktator yang menguasai segala-galanya. Kalau kacau bilau politik berlaku, mustahil dia tidak terlibat sama untuk menenangkan suasana,” katanya.
Dr Nasir menganggap Mahathir mengalami gangguan psikologi kerana berterusan menafikan kesalahan lampau yang pernah dilakukannya.


“Dia ada gangguan psikologi. Dia berada dalam keadaan total denial dengan masa lampaunya,” kata Dr Nasir.


Sementara itu, Penasihat Dap, Lim Kit Siang berkata Dr Mahatahir sepatutnya tidak mempersalahkan polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang memandangkan beliau pada masa itu merupakan Menteri Dalam Negeri.


Menurut Lim, Mahathir bukan sahaja tidak menghalang penahanan seramai 106 orang terbabit, malah mengguna kuasanya di bawah seksyen 8 Akta ISA mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun membabitkan 49 individu.


Lim juga berkata, Dr Mahathir sentiasa membuat dakwaan palsu dan tidak berasas dengan menyatakan mereka yang ditahan cuba untuk mencetuskan rusuhan kaum.


Sebagai contoh katanya, Dr Mahathir memberitahu majalah Asiaweek keluaran 11 November 1988 bahawa beberapa orang masih ditahan kerana enggan memberi jaminan tidak akan mencetuskan perkauman lagi.


Sumber :
Keadilandaily.com

1 comment:

Anonymous said...

percayalah,tahun 2011 adalah tahun kejahanaman PR terutamanya PKR,mampus anwar,mampus lim guang eng