
Bukan itu sahaja. Sebelum ini, regim Hosni Mubarak mengambil tindakan untuk menutup biro Al-Jazeera di Mesir kerana nampaknya disebabkan pelaporan beritanya yang meluas dan kritis tentang pergolakan di Mesir yang tidak disenangi regim itu.
Kejadian ini bukanlah sesuatu yang luar biasa khususnya bagi orang Mesir dan juga pemerhati media kerana sebelum tercetusnya konflik dan protes besar-besaran di Mesir ini suda

Tindakan ini nampaknya "selaras" dengan sikap dan dasar regim Mubarak yang rata-rata tidak menghormati prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan media di negaranya. Dan tindakan regim Mubarak baru-baru ini menutup rangkaian Internet dan sekali gus menjejaskan aktiviti blog, emel, Facebook dan Twitter serta rangkaian telefon bimbit - walaupun mengejutkan ramai orang - adalah secocok dengan paradigma kolot dan merbahaya ini. Ini kerana ianya merupakan satu usaha pihak berkuasa Mesir untuk melumpuhkan komunikasi, aktiviti dan solidariti antara ribuan orang Mesir yang membawa protes mereka ke jalan-jalan di Kahirah dan kota lain di Mesir.
Pendekata, inilah cara atau kaedah yang digunakan oleh sesebuah regim yang mengalami keretakan hegemoninya di mata rakyat jelata dan merasakan kepentingannya terancam. Tindakan ini adalah selain daripada menggunakan kekerasan pada peringkat akhirnya melalui "khidmat" apparatus negara seperti polis dan tentera bertujuan untuk "mendiamkan" orang ramai.
Sesungguhnya rakyat jelata Mesir selama lebih kurang tiga dekad yang lalu tidak mempunyai peluang dan ruang (kalau adapun, kurang) untuk melafazkan secara terbuka perasaan tidak puas hati, kegelisahan, kekecewaan, kemarahan, keinginan dan impian mereka melalui media massa arus perdana yang ada di negara itu. Seperti di kebanyakan negara yang mengalami kebebasan media yang tersekat, Internet dilihat atau diangkat sebagai satu "cahaya" yang boleh menerangi bumi Mesir pada tahap dan keadaan sosial tertentu.
Seterusnya baca di sini…..
No comments:
Post a Comment