DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, February 1, 2011

DEMOKRASI TEMPANG: SELAMAT TINGGAL HOSNI MUBARAK REGIM YANG MENZALIMI IKWANUL MUSLIMIN


Sumber : Sanggahtoksago

Pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang sewajarnya memberi pengajaran pada pemimpin di negara lain agar tidak bermegah dengan kemenangan kerana akan berhadapan dengan rusuhan sekiranya menzalimi mereka.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily hari ini bagi mengulas perkembangan rusuhan yang berlaku di Mesir itu. Katanya, kemenangan yang mencapai 99 peratus merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

"Dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini," ujarnya.

Akibatnya, jelas Tuan Guru lagi rakyat telah memprotes kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi di negara itu walaupun pada zahirnya mendapat undi yang besar. Sambungnya, rusuhan itu sebenarnya satu mesej yang besar terhadap mereka yang menipu rakyat. "Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi," ujarnya.

KOMEN :


Kita harap benar perkara ini terjadi di Negara ini. Kebangkitan rakyat seperti di Mesir mampu meruntuhkan regim UMNO yang zalim, bongkak, angkoh dan sombong itu.Memerintah “bersultan di hati, beraja di mata”.

Tidak ambil kisah langsung penderitaan rakyat.

“NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

No comments: