(EDISI DIKEMASKINI)
PETIKAN UCAPAN MP PASIR MAS (UMNO) DI DEWAN RAKYAT PADA 8 MAC 1993
Dan setengah Raja-raja telah ada yang sedar, yang belum sedar Sultan Kelantan. Sultan Kelantan tidak sedar, nanti saya cerita sebab apa. Asal-usul Sultan Kelantan dahulu, saya tahu sejarah, sebab saya juga anak daripada kota Kubang Lasu di Kelantan, saya tahu sejarah Kelantan ini.
“Pada saya telah lama selesai, tidak kisah soal consent atau tidak consent ini. Rakyat lran jatuhkan Raja Shah dahulu, ada dia pergi tanya consent, “Wahai Raja, kami hendak jatuh Tuanku”? Perlu kepada consent? Tidak ada. Tidak ada, Raja of Iran dahulu, King of Kings dahulu. Kita di sini mengikut undang-undang. Pada saya, Parlimen paling supreme dan tidak timbul masalah consent ini, sudah jelas dari segi Perlembagaan.”
“Pada saya telah lama selesai, tidak kisah soal consent atau tidak consent ini. Rakyat lran jatuhkan Raja Shah dahulu, ada dia pergi tanya consent, “Wahai Raja, kami hendak jatuh Tuanku”? Perlu kepada consent? Tidak ada. Tidak ada, Raja of Iran dahulu, King of Kings dahulu. Kita di sini mengikut undang-undang. Pada saya, Parlimen paling supreme dan tidak timbul masalah consent ini, sudah jelas dari segi Perlembagaan.”
“Dan diharap selepas dipersetujui Etika Raja-raja, maka Raja-raja tidak buat lagi perangai yang tidak senonoh ini, campur dalam perniagaan secara melampau, pinjam duit bank—tidak bayar, pukul orang, hendak rogol anak orangkah, hendak bawa lari anak orangkah, sudah tidak ada dan kita berharap tidak akan berlaku lagi. Tetapi berlaku lagi. Maka sebab itu berlaku pindaan Perlembagaan ini.
“Presiden S.46 (maksudnya Tengku Razaleigh Hamzah) memang menjadi dalang kepada Sultan Kelantan kerana Sultan Kelantan adalah anak saudara kepada Presiden S.46. Raja Perempuan Kelantan adalah anak saudara kepada Presiden S.46. Sehingga tindak-tanduk Presiden S.46 ini, kedudukan institusi Raja Kelantan, sememangnya seperti telur di hujung tanduk, kalau tidak kena gaya akan jatuh berkecai. Sudah ada dua puak dalam istana Sultan Kelantan sekarang inl.
Tuan Yang di-Pertua.
Satu kumpulan isteri Sultan Kelantan, satu kumpulan kerabat daripada Sultan Kelantan sendiri, dua kumpulan. Sudah tidak bertegur di antara satu sama lain, akibat campur tangan Sultan Kelantan dalam politik Negeri Kelantan dan menyokong S.46. Tengku Halim Tengku Laksamana tidak diizinkan masuk dalam istana sekarang ini. Dia tidak dapat izin untuk mengadap. Banyak lagi cerita-cerita lain. Orang PAS tidak cerita semua ini. Bercakap Islam, bila saya sebut Islam ‘tahi minyak’ dia marah.”
“Pendek kata sudah punah-ranah Sistem Beraja di Negeri Kelantan. Dan kenapa perkara ini berlaku? Kita tidak hairan, sebab itu, saya bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri. Kalau Sultan Kelantan boleh mempersoal validity sama ada sah atau tidak Dewan Rakyat ini bersidang pada 18hb.dan 19hb. kita boleh mempersoalkan asal-usul Sultan Kelantan. Siapa Sultan Kelantan ini? Anak kepada Al-marhum Sultan Yahya Petra. Sultan Yahya Petra ini anak kepada Al-marhum Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim ada anak seorang lagi bernama Tengku Indra Putera. Ini kes samun-menyamunlah ini. Kes samun-menyamun akhirnya Sultan Ibrahim murka kepada Tengku Indra Putera, lantik Sultan Yahya menjadi Sultan.”
“Pendek kata sudah punah-ranah Sistem Beraja di Negeri Kelantan. Dan kenapa perkara ini berlaku? Kita tidak hairan, sebab itu, saya bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri. Kalau Sultan Kelantan boleh mempersoal validity sama ada sah atau tidak Dewan Rakyat ini bersidang pada 18hb.dan 19hb. kita boleh mempersoalkan asal-usul Sultan Kelantan. Siapa Sultan Kelantan ini? Anak kepada Al-marhum Sultan Yahya Petra. Sultan Yahya Petra ini anak kepada Al-marhum Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim ada anak seorang lagi bernama Tengku Indra Putera. Ini kes samun-menyamunlah ini. Kes samun-menyamun akhirnya Sultan Ibrahim murka kepada Tengku Indra Putera, lantik Sultan Yahya menjadi Sultan.”
“Yang satu ketika dahulu menjadi Agong yang paling baik, tidak ada kerja lain, hendak kahwin sahaja dia, lain tidak ada.”
“Dan siapa yang menjadi Raja ini? Macam mana dia boleh mengangkat dirinya menjadi Raja? Kalau dia berani, ada pengikut di belakangnya, di mana dia mengutip cukai bagi satu kampung, maka dialah yang menjadi Raja. Dia angkat sendiri dan oleh kumpulannya— jenis-jenis yang gedebe-gedebe. Kalau Tuan Yang di-Pertua, hendak tahu, arwah bapa saya dahulu kalau dia hidup lama sedikit sahaja, sudah lama menjadi Sultan. Sultan Ali namanya. Sebab dahulu, keturunan Raja asalnya lebih kurang begitu, kalau diikuti sejarah dahulu.”
“Maka marahlah pihak Petani dan menghantar rombongan samseng untuk menyerangkan Kelantan, iaitu Long Yunus dan Long Ghafar.Mereka inilah yang datang ke Kelantan dan menyerang kota Kubang Labu, iaitu sebahagian daripada kampung saya sendiri, dan akhirnya Raja Kubang Labu kalah, maka menanglah Long Ghafar dan Long Yunus. Mereka berdualah yang menentukan siapa yang hendak menjadi Raja Kelantan.”
“PAS cukup rimas, sebab itu dia kata Islam pun hendak pinda—sebab dia tahu rakyat Kelantan sokong, tetapi dia takut kepada Sultan Kelantan. Dia bercakap takut kepada Allah, tetapi masuk kain Sultan Kelantan. Dia masuk dalam kain Sultan Kelantan. Telur mereka pun sudah digoreng buat “telur omelette”. Telur orang PAS sudah jadi telur “omelette”, sudah digoreng oleh Semangat 46. Punya penakut—jadi “scramble egg”, di ramas begitu sahaja, tidak ada guna satu sen. “
“…maka Sultan Kelantan harus bersedia mulai daripada sekarang, beliau akan menerima tentangan daripada rakyat Kelantan secara tcrbuka selepas ini tanpa segan dan silu lagi.”
“Takkan Sultan Johor hendak ampun Sultan Kelantan? Saya tidak tahulah, bukannya kita ada prejudis. Tidak, tetapi di kalangan Raja-raja ini biasanya berbesan juga. Anak orang itu kahwin dengan orang ini, anak orang ini kahwin dengan orang itu, orang itu kahwin dcngan orang ini, kalau terlepas kat kita seorang pun alangkah baiknya.”
Sumber: Hansard Dewan Rakyat 8 Mac 1993
KOMEN:
Apa pandangan PERKASA dan GAPS dan golongan yang seangkatan dengannya.
Perkataan yang diboldkan berwarna merah dan diitalickan, termasuk perenggan bagi memudahkan PERKASA dan GAPS dan lain-lainnya membuat semakkan dan seterusnya membuat laporan polis.
Diharap Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali. Ayat (perkataan) yang dikeluarkan oleh Ibrahim jelas boleh dikategorikan sebagai "penghasut" dan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948".
Untuk PERKASA dan GAPS jangan "Kuman diseberang laut nampak, tetapi gajah di sebelah mata sendiri tidak nampak"
Siri penderhaka UMNO terhadap Raja-raja akan diterbitkan dari masa ke masa bagi menunjukkan kepada rakyat 'petualang' sebenar adalah UMNO. UMNO dapat melindungi diri kerana di tangannya ada kuasa. Bila kuasa telah hilang dari tangannya, kita akan nampak "Siapa sebenarnya UMNO". Selagi UMNO masih berkuasa, selagi itu kita tidak dapat menelanjangkan UMNO di hadapan rakyat. Rakyat yang berkuasa menentukannya melalui peti undi yang penuh tipu-muslihat UMNO, tetapi ini sahaja jalan yang ada. UMNO merancang, tetapi Allah juga merangcang. Kuasa dan perancangan Allah maha hebat dari kuasa dan perancangan UMNO.
Oleh sebab itulah ia bertungkus lumus siang-malam, pagi-petang berusaha untuk mengekalkan kuasa. Merangka strategi untuk memusnahkan kerjaya politik Anwar Ibrahim (Anwar dikekang oleh pasukan polis tidak dibenarkan berjumpa rakyat), disamping berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS. Matlamatnya, untuk memusnahkan PAS dari dalam sebagaimana UMNO memusnahkan kerjaya politik Anwar. Adakah PAS sedar hal ini?
"TOLAKLAH UMNO, DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGERA"
1 comment:
BILA RAJA KATAK BER'OINK OINK' !
Post a Comment